Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, April 18, 2009

Malaysia - Barisan Kepimpinan Baru

Mungkin ramai juga rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka hasil dari perubahan besar kepimpinan negara. Pada aku, tidak ada apa sangat yang boleh diharapkan. Ia hanyalah umpama sebuah kereta yang diganti pemandunya, sedangkan kondisi kereta itu masih tetap sama dan jalan yang dilaluinya juga masih sama. Maka destinasinya juga akan tetap sama. Jika pemandu dahulu memandu kearah destinasi hitam, maka destinasi hitam jua yang sedang pemandu baru ini tuju. Namun jika pemandu ini bertekad menukar keretanya, ia juga tidak memberi apa apa makna jika jalan yang dilalui masih jalan yang sama. Jika jalan juga ditukar, namun destinasinya sama, maka ia masih tetap begitu.

Matlamat/Destinasi yang perlu dituju adalah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sekadar untuk menyatukan Malaysia dengan slogan "Satu Malaysia". Untuk mendapat keredhaan Allah, seperti yang semua umat Islam tahu, iaitu dengan melakukan apa yang disuruhNya dan tinggal apa yang dilarangNya. Adakah sistem Demokrasi yang menuhankan manusia dengan meredhakan manusia manusia menggubal undang-undang dengan tangan tangan mereka sendiri diredhai Allah? Tepuk dada tanya Iman. Adakah sistem yang membolehkan manusia manusia menolak hukum yang telah Allah tetapkan dengan sekadar mengangkat tangan ini diredhai Allah? Tepuk dahi tanya akal..

Wallahualam

Jemariku mengetuk semula...

Sekian lama jemariku tidak mengetuk, bukan kerana ketandusan idea, cuma aku berada didalam salah satu situasi dalam hadis ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)