tag:blogger.com,1999:blog-29335283379766607512024-03-22T10:41:40.451+08:00Panji IslamAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.comBlogger72125tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-50659106588359841872012-03-03T01:00:00.001+08:002012-03-03T01:00:19.167+08:00Kalimah Syahadah

Semua umat Islam pasti tahu tentang kalimah syahadah. Namun adakah kita pernah terfikir atau cuba untuk berfikir apakah sebenarnya yang terkandung dalam 2 kalimah syahdah yang sekurang-kurangnya kita akan melafazkannya sebanyak 10 kali sehari.

Pernahkah kita menyoal diri kita persoalan persoalan besar kepada diri kita sendiri? Persoalan tentang kewujudan kita di dunia ini. Apakah sebenarnya tujuan kita diciptakan Allah. Pernahkah kita bertanya jika aku percayakan kewujudan Allah, dimanakah Allah? Pernahkah pula kita berfikir kenapa seorang lelaki arab yang bernama Muhammad itu di pilih Allah sebagai pesuruh Allah.

Kita juga percaya bahawa Iblis telah dilaknat Allah dan juga percaya bahawa Allah juga Maha Pengampun. Pernahkah kita mencabar pemikiran kita sama ada Allah akan mengampunkan Iblis satu masa nanti?

Adakah berdosa jika bertanya tentang apa yang saya sebutkan diatas tadi?

Berfikir adalah satu fitrah manusia lebih lebih lagi jika kita ingin mempercayai sesuatu perkara. Jika kita mendengar satu fakta bahawa sebenarnya manusia mampu untuk terbang seperti Superman, pasti kita ingin lihat dengan mata kepala kita sendiri sebelum mempercayainya. Sudah tentu kita akan memberi soalan bertalu talu kepada pencerita untuk memastikan kebenaran ceritanya. Itulah fitrah akal sebelum menerima sesuatu untuk dipegang sebagai sesuatu yang perlu dipercayai.

Jadi bagi aku persoalan persoalan di awal artikel ini adalah satu keperluan dan satu yang harus dicari jawapannya untuk kita benar benar yakin kepada kalimah syahadah yang kita sering lafazkan sebagai seorang Islam. Selagi jawapanya masih kabur, secara tidak langsung tahap kepercayaan kita atau aqidah kita masih rapuh.

Kalimah syahadah ini amat besar dan ia adalah kunci utama terhadap kepercayaan kita kepada perkara perkara lain yang tersenarai di dalam Rukun Iman. Sebagai contoh, mana mungkin kita percayakan kewujudan kitab kitab terutama Al Quran jika kita sendiri tidak yakin akan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Tidak mungkin kita akan percayakan Al Quran, jika kita masih ragu ragu yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Malang sekali bagi kita sekarang ini apabila kita cuba memberi soalan soalan begini kepada ustaz ustaz, kita sering diberi jawapan yang agak mengecewakan. Antara jawapan yang popular, "Jangan tanya soalan macam tu, belajar la lain dulu sebelum tanya benda benda camtu...". Cuba bayangkan kalau kita berada di zaman nabi, adakah itu jawapan yang akan diberikan oleh baginda. mana mungkin kita dapat mendirikan solat dengan kusyuk dan ikhlas jika kita masih samar tentang aqidah kita.

Semoga kita berupaya menjawab persoalan yang akan mengukuhkan lagi pegangan kita terhadap kalimah syahadah ini.
Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-13908264485194625952011-11-19T22:52:00.001+08:002011-11-20T00:18:38.383+08:00Solar-powered talking Bible

Beberapa hari lalu Dr Hasan Ali ada memberi kenyataan yang salah satu punca umat Islam di Malaysia menjadi murtad kera pihak gereja menyebarkan ajaran Kristian melalui solar-powered talking Bible. Kenyaan sebigini sebenarnya amat memalukan orang Islam khususnya di Malaysia. Adakah hanya dengan adanya alat ini membuatkan akidah umat Islam terus goyah? dari kecil sehingga sekarang kita membaca Al QUran dan tafsirnya, mendengar ayat ayat Al Quran yang sering berkemundang dan kemudian dengan datang alat solar-powered talking Bible ini aqidah umat islam tergugat? Apakah benar kenyataan Dr Hasan ini atau cakap cakap yang tidak berasas yang bermotifkan politik semata mata?

Di zaman teknologi yang serba canggih ini, tanpa solar-powered talking Bible sekalipun, sesiapa saja dapat mengakses sama ada bible atau Al Quran. Apa relevennya dengan penyebaran alat ini menyebabkan orang Islam di Malaysia boleh murtad. Dr Hasan seolah menganggap umat Islam di Malaysia mempunyai Aqidah yang amat lemah. Itu kah yang cuba dikatakan beliau? Jika itu adalah benar perlukah dia menuding jari kepada penyebaran solar-powered talking Bible ini?

Di Malaysia ini bukan sedikit Jabatan Agama Islam. Setiap Jabatan agama mempunyai dana yang tidak sedikit. Sepatutnya banyak usaha dan tindakan yang boleh diambil untuk memperkukuhkan dan menyebar agama Islam ini. Kalau di pihak sana menyebarkan solar-powered talking Bible, sepatutnya counter dengan solar-powered talking Al Quran di tambah lagi dengan ceramah ceramah kat dalam alat tu. Atau fikir cara yang lebih kreatif untuk menanganinya dengan lebih baik lagi.

Kadang kadang terasa pelik melihat telatah mereka ini. Bila berdepan dengan orang yang cuba menyampaikan agama Islam, Mereka sekat dan tahan kerana tidak ada tauliah. Kemudian salahkan orang lain cuba nak sebar ajaran lain. Mungkin itu sebabnya tak ada yang nak kuarkan dan sebarkan solar-powered talking Al Quran Mungkin sebab nanti ada yang kena tangkap sebar solar-powered talking Al Quran tu tanpa tauliah.

Wallhualam.

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-44633440419501225492011-11-16T18:30:00.001+08:002011-11-16T18:46:07.712+08:00Berkorban apa saja

Tiba-tiba aku teringatkan lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham tan Sri P Ramlee dalam Filem Hang Tuah

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan Mulia

Kepentingan sendiri

Tidak diingini

Bahagia kekasih

Saja yang diharapi

Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati

Itulah tandanya

Jika mahu diuji

Senikata yang ringkas tapi penuh pengisian. Kepada yang berfikir, tentu persoalan kepada siapa sebenarnya pengorbanan ini. Bila merenung jauh, baru aku tersedar P Ramlee membuka ruang untuk kita menafsir sendiri tentang pengorbanan. Sesungguhnya kepada siapa kita letakkan perasaan cinta itu. Kita akan menjadi seperti yang diceritakan dalam lagu ini. Kalau kita betul betul mencintai Negara Malaysia, kita akan sanggup lakukan pengorbanan ini. Jika kita cintakan isteri, anak anak dan keluarga, kita juga pasti sanggup melakukan pengorbanan. Kalau kita benar benar mencintai Allah dan RasulNya, sudah pasti mafhumnya, kita akan sanggup melakukan pengorbanan ini.

Selagi kita tidak sanggup melakukan pengorbanan kepada yang kita kata kita cintai maka ia bukanlah lagi cinta sejati.

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-70535684233359257362011-11-11T15:54:00.001+08:002011-11-11T16:04:01.519+08:00Majlis Ilmu

Dengan kesibukan kita mencari rezeki, kita sering terlupa salah satu tuntutan penting kepada umat manusia amnya dan umat islam khususnya. Mencari ilmu adalah satu yang patut dilakukan setiap hari tanpa mengenal rasa jemu.

Dalam kecanggihan teknologi masa kini mencari ilmu dapat dilakukan dengan mudah. Salah satu medium yang boleh digunakan adalah medium internet. Di sini buat permulaan, saya cuba kongsikan beberapa Kuliah Dr Asri di satu tempat. Anda juga boleh menontot video video ini di Youtube.

Insyaallah di masa akan datang saya akan cuba memuatkan video video dari ulama ulama lain.

Klik di sini untuk menonton atau klik pada link i-Channel di bahagian atas blog ini.

Selamat menonton.

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-37027676086934048522009-12-06T15:48:00.004+08:002009-12-06T16:39:09.320+08:00OneMalaysia : OneUmmahDi Malaysia sekarang ungkapan OneMalaysia atau Satu Malaysia semakin popular. Namun begitu ketidakstabilan politik semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika ini berterusan, umat melayu yang juga umat Islam di Malaysia akan menjadi lemah.

Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. (Sila rujuk Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia). Namun sebenarnya jika ingin mengkaji asal usul bangsa misteri ini anda boleh merujuk http://mistisfiles.blogspot.com .

UMNO adalah sebuah parti Melayu, maka UMNO juga adalah parti orang Islam. PAS pula sememangnya parti orang islam. PKR walaupun bukan parti melayu namun kebanyakan ahli dan penyokong-penyokongnya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama Islam. Terima atau tidak, umat Islam khususnya di Malaysia semakin lemah akibat pertelingkahan orang Islam itu sendiri. Sedar atau tidak, di sekeliling Malaysia atau di Nusantara yang parti pemerintahnya terdiri daripada parti yang mementingkan agama Islam. UMNO yang kita tahu sememangnya sekular, namun sebenarnya jauh di hati hati mereka masih wujud keimanan.

UMNO boleh dianggap abang kepada parti parti politik yang dianggotai orang melayu ketika ini. PAS adalah adik kepada UMNO. PKR pula adik bongsu kepada UMNO dan PAS. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS ini cuba sedaya upaya untuk bersama-sama saling bantu membantu, tegur menegur antara satu sama lain. Kedua-dua pihak ini sebenarnya mempunyai satu persamaan yang jelas, iaitu ISLAM. Alangkah baiknya jika PAS tidak mengkafirkan UMNO malah sentiasa berdakwah dengan cara yang lebih halus agar hati hati pemimpin UMNO terbuka membuang fahaman sekularnya sedikit demi sedikit. Bukankah lebih mudah PAS berbuat demikian berbanding cuba untuk mengajak DAP untuk menegakkan negara Islam?

Tentu anda ingat ketika ura ura PAS dan UMNO cuba duduk semeja? Sebenarnya ada pihak yang tidak senang jika ini benar benar berlaku. Pihak ini adalah pihak yag mahu umat Islam di Malaysia ini berpecah. Jika di negara2 arab umat islam berpecah kepada sunnah dan syiah. Di Malaysia mereka cuba memecahkan umat islam kepada PAS dan UMNO. Selama 50 tahun mereka berjaya mempertahankan perpecahan ini. Mereka tidak akan senang jika hari ini atau esok penyatuan ini dapat direalisasikan.

Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang wujudnya Hizbut Tahrir di Malaysia. HT adalah satu parti politik yang juga bercita cita mendirikan semula Sistem Pemerintahan Islam di muka bumi Allah. Mungkin HT dapat menjadi "bridge" bagi merealisasikan penyatuan PAS dan UMNO. HT yang pandai dalam memanipulasikan "realiti" dalam gerakannya tentu tidak terlepas melihat realiti ini. Realiti perpecahan umat Islam di Malaysia yang semakin meruncing. Walaupun perjuangan HT lebih kepada perjuangan global, permasaalahan setempat sepatutnya menjadi keutamaan. Ini kerana permasaalahan setempat adalah titik mulanya permasaalahan yang global.

Cukuplah kita berpolitik dgn cara menuding jari anatara satu sama lain. Berusahalah mencari cara yang lebih membina. Kepada UMNO, cukuplah, lupakanlah usahamu utk melemahkan PAS. Kepada PAS, cukuplah. Jangan lagi mengkafirkan UMNO. Ajar mereka dengan lebih berhikmah. Kepada HT, janganlah bertindak sendirian. UMNO dan PAS boleh disatukan atas nama ISLAM. bawalah mereka bersama untuk berjuang mengembalikan kegemilangan ISLAM. Jika kita percaya OneMalaysia dapat memberi impak kepada kemajuan negara, OneUmmah akan berjaya memberi impak yang lebih besar. Ia akan memberi impak kepada kemajuan dunia.

Wallahualam.Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-83193342953770242852009-12-04T08:32:00.002+08:002009-12-04T08:43:47.612+08:00Hanya 2 Golongan ManusiaPada saya hanya terdapat 2 sahaja golongan manusia sahaja yang wujud di dunia ini. Boleh juga dianggap 2 Parti atau 2 Pasukan. Golongan pertama adalah golongan yang menjadi pengikut kepada kebenaran iaitu golongan yang disebelah Sang Pencipta, manakala golongan yang satu lagi adalah pengikut sang Penderhaka yakni syaitan.

Pasukan elit kedua-dua golongan ini sedang berusaha untuk mempengaruhi manusia agar menjadi anggota pasukan mereka. Pilihlah yang terbaik. Muhassabah lah diri agar kita sedar disebelah manakah kita berada sekarang.

Wallahualam

Nota : Blog ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang peperangan antara 2 golongan ini. http://mistisfiles.blogspot.com/ . Selamat membaca.Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-87506811829498232982009-09-04T23:17:00.002+08:002009-09-04T23:23:20.443+08:0017 RamadhanSelain Nuzul Quran, kita sering melupakan satu peristiwa besar yang berlaku pada tarikh ini, Peristiwa yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peristiwa ini sepatutnya dikenang seperti Rakyat Malaysia mengenang Hari Kemerdekaan. Perang Badr Qubra berlaku pada tarikh ini. Dalam Perang ini terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran terbaik bagi umat Islam. Kemenangannya menjadi satu permulaan sejarah keagungan Islam. Perang ini memberi erti kemerdekaan sebenar kepada kita semua umat Islam.

Wallahualam
Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-2865756534990447532009-08-06T22:27:00.004+08:002009-08-06T22:56:49.166+08:00Pejuang VS PengganasSemakin hari semakin hilang ungkapan pejuang Islam di bibir masyarakat umum. Semakin hari semakin popular istilah "Pengganas", lebih malang lagi apabila masyarakat umum mempunyai pandangan stereotype bahawa Pengganas adalah orang yg berjanggut lebat dan beragama Islam dan biasanya dari bangsa arab. Itulah yang terpancar di mata minda masyarakat umum?

Sedar atau tidak gambaran ini jika diselidiki ia adalah satu konspirasi jahat untuk meliberalkan umat Islam yang lain. Bayangkan peribadi pengganas yang dicipta dan dimiripkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berbangsa Arab, dan menjadi sunnah beliau menyimpan janggut yang agak lebat. Cuba anda bayangkan jika pemikiran umum ini ditanam kepada kanak-kanak sejak dari kecil. Apa agaknya tanggapan mereka jika kita cuba menceritakan tentang Rasulullah SAW? Berkemungkinan besar otak mereka dengan secara tidak sedar membuat kesimpulan aatau menyamakan Rasulullah SAW dengan watak yang dicipta bagi mengelirukan umat islam. Nauzubillah.

Sebagai umat islam, kita perlu berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak seharusnya menerima apa jua berita tanpa berfikir secara Islami walaupun berita itu datang dari orang Islam sendiri.

Di bawah ada link ke satu blog baru yang cuba menyingkap apa yang berlaku, Wallahualam

http://mata-akal.blogspot.com

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-19812782963853926322009-04-18T23:20:00.002+08:002009-04-18T23:35:22.565+08:00Malaysia - Barisan Kepimpinan BaruMungkin ramai juga rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka hasil dari perubahan besar kepimpinan negara. Pada aku, tidak ada apa sangat yang boleh diharapkan. Ia hanyalah umpama sebuah kereta yang diganti pemandunya, sedangkan kondisi kereta itu masih tetap sama dan jalan yang dilaluinya juga masih sama. Maka destinasinya juga akan tetap sama. Jika pemandu dahulu memandu kearah destinasi hitam, maka destinasi hitam jua yang sedang pemandu baru ini tuju. Namun jika pemandu ini bertekad menukar keretanya, ia juga tidak memberi apa apa makna jika jalan yang dilalui masih jalan yang sama. Jika jalan juga ditukar, namun destinasinya sama, maka ia masih tetap begitu.

Matlamat/Destinasi yang perlu dituju adalah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sekadar untuk menyatukan Malaysia dengan slogan "Satu Malaysia". Untuk mendapat keredhaan Allah, seperti yang semua umat Islam tahu, iaitu dengan melakukan apa yang disuruhNya dan tinggal apa yang dilarangNya. Adakah sistem Demokrasi yang menuhankan manusia dengan meredhakan manusia manusia menggubal undang-undang dengan tangan tangan mereka sendiri diredhai Allah? Tepuk dada tanya Iman. Adakah sistem yang membolehkan manusia manusia menolak hukum yang telah Allah tetapkan dengan sekadar mengangkat tangan ini diredhai Allah? Tepuk dahi tanya akal..

WallahualamAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-87551512726502418882009-04-18T23:16:00.002+08:002009-04-18T23:20:31.333+08:00Jemariku mengetuk semula...Sekian lama jemariku tidak mengetuk, bukan kerana ketandusan idea, cuma aku berada didalam salah satu situasi dalam hadis ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”

(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-76480538053780002009-02-22T18:27:00.004+08:002009-02-24T07:50:58.112+08:00Demokrasi: Menuhankan ManusiaDemokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Inilah definasi demokrasi. Ramai yang menganggap demokrasi itu adalah pilihanraya, sedangkan pilihanraya itu cuma satu cara utk memilih wakil. Demokrasi adalah satu sistem yang memberi kekuasaan kepada manusia untuk mentadbir sesebuah negara di atas tangan tangan manusia sendiri. Ini termasuk menggubal undang undang. Penggubalan undang undang ini ini ditentukan oleh suara majoriti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini bermaksud, rakyat memilih wakil wakil untuk menggubal undang undang.

Sistem Demokrasi ini umpama menuhankan manusia. Jika manusia berhasrat menghalalkan riba, ini dapat dilakukan dalam demokrasi. Jika manusia ingin menghalalkan perkahwinan Gay mereka dapat melakukannya menggunakan jalan demokrasi. Sedangkan hukum tuhan secara jelas mengharamkan kehendak manusia itu. Adakah tangan tangan manusia lebih baik daripada Allah?

Oleh itu, memilih wakil dalam pilihanraya di dalam sebuah negara Demokrasi adalah sesuatu yang salah kerana kita memilih wakil kita untuk mengambil hak Allah.

Wallahualam
Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-35263303675226071502009-02-22T16:21:00.005+08:002009-02-22T17:57:18.131+08:00Derhaka kepada sultan..

يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَ أَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَ أُوْلىِ الْأَمْرِ مِنكم....

An-Nisa 59

Ketika ini isu perderhakaan kepada Sultan menjadi perdebatan oleh dua pihak. Ia berlaku rententen peristiwa Sultan Azlan Shah menitahkan menteri besar perak,Nizar meletak jawatan dan melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru. Nizar dituduh derhaka kerana ingkar dengan titah Sultan. Mufti Perak menyatakan bahawa berdosa jika mengingkari titah Sultan berdasarkan nas di atas dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan Sultan tidak pernah menyeru kepada kemaksiatan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat".
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Namun apakah pula yang kita perlu lakukan jika pemimpin2 kita melakukan maksiat? Rasulullah SAW telah menyenaraikan tiga perkara yang Allah redai untuk diamalkan bagi hamba-hamba-Nya yang mana salah satu darinya adalah: "…Kalian menasihati orang-orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian."

Bagaimana cara terbaik menasihati pemimpin?

Rasulullah SAW telah mengajar kepada umatnya tentang cara untuk menasihati pemimpin melalui sabda Baginda: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat tersebut) maka itulah yang diharap-harapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat tersebut) telah melaksanakan tanggungjawabnya". - Hadis riwayat Imam Ahmad

Sampai bila kita nak membiarkan pemimpin yang melakukan maksiat?

Rasulullah SAW bersabda:
"Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Para sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (sahaja) dengan pedang? Baginda menjawab: "Jangan, selama mana mereka masih menegakkan *solat di tengah-tengah kalian".
- Hadis riwayat Imam Muslim

* "solat" dalam hadis tersebut merupakan kiasan (kinayah). Maksud "selama mereka masih menegakkan solat" ialah "selama mereka masih menegakkan hukum Islam". Dalam ilmu balaghah, perumpamaan sebegini termasuk dalam kategori "ithlaq al-juz'i wa iradatu al-kulli" i.e. menyatakan sebahagiannya, sedangkan yang dimaksudkan adalah keseluruhannya. Solat merupakan perkara yang terpenting dalam Islam. Oleh yang demikian, ia digunakan bagi "mewakili" hukum Islam keseluruhannya sesuai dengan statusnya sebagai "tiang agama".

Dengan beberapa potong hadith di atas, ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak. Namun soal siapakah pemimpin Ulil Amri yang dimaksudkan dalam ayat 59 An Nisa perlu diperjelaskan. Selain itu bagaimana perlantikan pemimpin mengikut Islam juga adalah satu yang perlu diperjelaskan.

Wallahualam

"Takut menderhaka kepada Allah.. "Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-25642747171325836132009-02-20T00:47:00.002+08:002009-02-20T00:51:10.790+08:00Hitam PutihAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-18978935405366187112009-02-18T04:02:00.002+08:002009-02-18T04:04:15.073+08:00Wilayah Malaysia, Daulah KhilafahAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-39498113792308481622009-02-10T00:42:00.002+08:002009-02-10T02:19:32.207+08:00The MaskAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-1026386858718261302009-02-09T02:10:00.002+08:002009-02-09T02:22:17.398+08:00Perak : Bukti kegagalan sistem demokrasiRakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah pemerintahan di Perak. PR mendakwa mereka adalah pemerintah sebenar yang dipilih rakyat. BN pula mendakwa mereka mempunyai majoriti mudah dalam DUN dan berhak memerintah. Sultan pula enggan membubarkan DUN seperti yang dicadangkan oleh PR. Akhirnya Perak mempunyai dua MB.

Lihatlah betapa kucar kacirnya sistem demokrasi ini. Kita tolak kisah si Sultan. Maka siapa yang mempunyai kerusi DUN yang lebih maka dengan sistem ini kumpulan ini layak memerintah. Oleh itu jika minggu depan 3 orang dari BN melompat ke PR sekali lagi perubaha tampuk pemerintahan akan berlaku, maka upacara angkat sumpah berulang semula.Yang mendapat kerugian dengan apa yang terjadi adalah rakyatnya.

Sistem demokrasi adalah satu sistem yang kucar kacir. Carilah satu sistem ynag diredhai allah.Sistem yang diajar oleh pencipta manusia.

WallahualamAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-81664937206383172882009-02-07T11:02:00.001+08:002009-02-07T11:04:20.482+08:00TauhidAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-72055465662242226632009-02-06T11:51:00.001+08:002009-02-06T11:52:51.319+08:00Pasti ...Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-61106791472602295382009-01-31T08:06:00.003+08:002009-01-31T08:50:32.999+08:00Islam utk siapa?Masyarakat di kebanyakkan negara yang memiliki majoriti penduduk yang beragama Islam mempunyai persepsi yang begitu bertentangan bagi persoalan "Islam utk siapa?" Bagi negara Malaysia atau di nusantara, Islam dianggap hanya kepada bangsa melayu. Di negara negara arab pula persepsi Islam itu hanya berkisar kepada bangsa arab sahaja. Inilah salah satu persepsi yang menyebabkan dakwah Islam di negara negara yang bermajoritikan umat Islam menjadi lemah. Kita lihat di Malaysia sendiri kaum cina yang beragama Islam amat sedikit. Ini kerana persepsi yang dibawa oleh umat Islam itu sendiri menjauhkan non-muslim berbangsa non-melayu ini dari ruang lingkup keislaman. Tidak seperti di US, umat Islam di sana adalah golongan minoriti dan mereka tidak mempunyai persepsi yang Islam itu milik satu bangsa tertentu, maka dakwah menjadi lancar dan bilangan non muslim yang memeluk Islam lebih ramai.

Berbalik kepada persoalan Islam untuk siapa. Berikut adalah 5 ayat Al-Quran berkaitan dengan persoalan ini :

"Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam." (Al Anbiyaa 107).

"Dan tiadalah Kami mengutus angkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Qs. Saba' 28).

"Al Qur'an adalah suatu peringatan untuk semesta alam" (Qs. At Takwiir 27 dan Al Qalam 52).

"Dan Kami turunkan Al Qur'an kepadamu (Muhammad) supaya engkau jelaskan kapada umat manusia, apa-apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka berpikir." (Qs. An Nahl 44).

"Muhammad bukanlah bapak salah seorang dari laki-laki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs. AlAhzaab 40).
Ayat-ayat di atas jelas menyatakan Islam bukan hanya untuk sesatu bangsa, ia adalah utk seluruh alam dan kepada seluruh Umat Manusia.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik non-muslim, Nabi Muhammad dianggap sebagai seorang pelopor kepada anti racialist:

"FourYears after the death Justinian or, A.D. 569, was born at Mecca, in Arabia the man who, of all men exercised the greatest influence upon the human race, Mohammed"

"4 tahun selepas kematian Justinian 560M, lahir seorang lelaki di Mekah,jazirah Arab,seorang yang kemudian mempunyai pengaruh sangat besar terhadap umat manusia, iaitu Muhammad".

(John William Drapper, M.D. LL.D.A., History of Intelectual Development of Europe, London 1875, vol. I, hal. 329)

Marilah kita sama sama buang persepsi yang salah tentang "Islam utk siapa?" ini. Kemudian barulah kita boleh mengubah persepsi non-muslim yang lain.

Wallahualam.Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-69210826208696186282009-01-30T02:13:00.002+08:002009-01-30T02:17:38.566+08:00Pantang Berundur.....Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-83972871749451028382009-01-29T00:26:00.002+08:002009-01-29T01:00:58.134+08:00Fikrah Dan ThariqohDalam post yang lepas saya memberi pendapat tentang punca kegagalan parti politik Islam dalam usaha membangkitkan umat. Ia dapat disimpulkan bahawa kecelaruan fikrah dan thariqoh menjadi punca yang utama.

Islam bukan hanya sebagai agama yang dianuti. Sesuai dengan penakrifan Islam ialah Al-deen yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada Umat Manusia bagi mengatur segala urusan kehidupan iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan manusia lain. Maka Islam adalah sebuah idealogi yang mengandungi Fikrah dan Thariqohnya atau lebih senang difahami dengan Pemikiran Dasar dan Method perlaksanaannya.

Sebagai contoh, idealogi kapitalisme yang dalam fikrahnya terdapat "kebebasan individu" dan sebagai thariqohnya, ia mewujudkan Sistem Demokrasi di mana suara majoriti di ambil kira untuk menetapkan sesuatu hukum. Apabila fikrah digabungkan dengan thariqoh tertentu ia akan menjadi satu cara hidup. Oleh itu kita harus terima pada masa sekarang, dunia, termasuk umat islam sendiri sedang berada di dalam cara hidup Kapitalisme. Di mana slogan syang sering meniti di bibir umat islam bahawa "Islam adalah satu cara hidup" sedangkan cara hidup yang diambil adalah cara hidup kapitalisme?

Contoh lain, dalam fikrah Islam, riba adalah haram, namun apakah thariqah bagi melaksanakan pengharaman ini? Wujudkah undang-undang yang menghukum pengamal pengamal riba? Aktiviti riba diberi lesen oleh pemerintah untuk diamalkan. Adakah ini method yang disarankan oleh Islam? Inilah kecelaruan fikrah dan thariqoh yang saya maksudkan. Pemerintah pemerintah Islam ini tahu bahawa haramnya riba, jadi fikrahnya ada namun thariqohnya tidak ada. Pemisahan Fikrah dan Thariqoh ini yang tidak menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Ia hanya mengambil sebahagian dari takrifan Islam itu, iaitu ia mengatu hubungan manusia dengan penciptanya. Bila bercerita tentang Islam ia hanya berkisar solat puasa haji.

Oleh yang demikian, parti parti politik Islam harus memperbetulkan fikrah atau pemikiran dasarnya, serta thariqoh yang jelas dan Islami jika mahu melihat Islam kembali bertapak di muka bumi ini. Selagi ini tidak tercapai selagi itu kita tidak mengamalkan cara hidup Islam, kita hanya seorang muslim yang mempunyai cara hidup Kapitalisme, Komunisme atau sosialisme.

WallahualamAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-9608432320088130042009-01-28T01:02:00.002+08:002009-01-28T01:46:47.475+08:00Punca Kegagalan Parti Politik IslamSejak jatuhnya kekhilafahan, banyak gerakan gerakan atau parti parti Islam muncul bagi membangkitkan umat Islam dan mengembalikan syariat Islam. Namun sehingga sekarang, tidak ada satu pun yang berjaya mecapai matlamat dan ada juga yang terus berkubur.

Jika diteliti punca utama kegagalan ini, ia berkisar kepada 4 faktor utama ini.

1. Gerakan gerakan ini berdiri di atas satu konsep yang terlalu umum dan tidakada had atau batasan perjuangan yang jelas. Maka ia menghasilkan satu pemikiran yang tidak jelas.

2. Gerakan gerakan ini tidak mempunyai method atau cara perlaksanaan yang jelas, sehinggakan method bagi menerapkan konsep pemikiran atau fikrahnya menjadi amat kabur. Sebagai contoh, kita hendak ke KLIA dengan memandu kereta sendiri. Sememangnya kita sudah arif tentang konsep pemanduan kereta , namun sehebat mana pun kearifan kita tentang pemanduan kereta, jika kita tidak mengetahui jalan menuju ke KLIA, akhirnya kita tidak akan sampai ke sana.

3. Gerakan gerakan ini menumpukan kepada orang orang yang tidak mempunyai kesedaran yang benar. Orang orang ini masih tidak mempunyai niat yang lurus. Dan orang orang ini disuntik dengan semangat dan keinginan semata-mata tanpa asas asas pemikiran yang kukuh tentang apa yang diperjuangkan. Contohnya, kenapa dalam PRU ke 12 yang lepas rakyat memilih PAS? Adakah mereka memilih PAS kerana ingin menegakkan syariat Islam atau kerana ingin melihat BN tumbang?

4. Meraka yang bertanggungjawab dalam gerakan ini, tidak mempunyai ikatan yang benar. Ikatan yang ada hanyalah berdasarkan tatacara kerja yang termaktub dalam sesebuah organisasi itu, bukan atas dasar pemahaman fikrah dan thariqohnya.

Wallahualam

Bersambung InsyaallahAjaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-79134006927906061082009-01-15T23:49:00.003+08:002009-01-16T00:27:24.708+08:00Bahasa Arab : Teras utama kemajuan umat IslamIslam pernah menjadi satu tamadun yang amat hebat pada satu ketika dahulu. Ia berada dikemuncak pada sekita abad ke 7 Hijrah. Namun pada abad ke 12 Hijrah, kekuatan empayar ini semakin menyusut.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah, Baghdad merupakan sebuah gedung Ilmu yang amat hebat. Pada ketika itu eropah sedang berada di zaman kegelapan. Manusia dari seluruh pelusuk dunia dtang ke Baghdad utk menuntut ilmu. Mereka yang datang harus mempelajar Bahasa Arab bagi mendalami ilmu, bukan sahaja Ilmu Islam malah ilmu yang lain seperti perubatan, astronomi dan sebagainya. Pada masa itu Bahasa Arab menjadi bahasa yang amat penting. Ilmu islam yang berkembang begitu pesat sehinggakan banyak ijtihad2 berlaku pada zaman ini, buktinya adalah kewujudan 4 mazhab utama.

Setelah kejatuhan kerajaan Abasiyah dan naiknnya Kerajaan Uthmaniyah, pintu ijtihad mula ditutup. Mereka merasakan bahawa tidak ada keperluan lagi utk berijtihad kerana Ijtihad 4 mazhab ini sudah cukup dan mernagkumi semua aspek kehidupan. Umat Islam mula menerima hukum hukum atau ijtihad2 ini tanpa mengetahui nas nasnya. Secara tidak langsung penguasaan bahasa arab semakin hari semakin lemah. Untuk menjadi mujtahid seseorang wajib bagus dalam bahasa arab kerana rujukannya iaitu Al Quran dan Hadith adalah dalam bahasa Arab. Bermula pada inilah empayar Islam mula menjadi lemah.

Kekuatan umat Islam adalah terletak pada 2 sumber utama iaitu Al Quran dan Hadith. Kedua dua sumber ini adalah dalam Bahasa Arab. Kelemahan umat Islam dalam bahasa arab secara langsung memberi kesan kepada kelemahan umat Islam sekarang.Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-53401604472330816842009-01-11T22:49:00.006+08:002009-01-11T23:30:21.867+08:00Peringatan buat sekalian musuh Allah
Ayat di bawah boleh dijadikan dorangan kepada umat Islam bagi menentang Israel. Dan ia juga sebagai peringatan buat Zionis yang kejam.

إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ
حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ
عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ
كَلِمَةَ التَّقْوَى وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا
وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

(ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ
لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاء اللَّهُ
آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا
تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ
ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya).

Al Fath 26-27

Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2933528337976660751.post-17608005644292441632009-01-10T23:28:00.003+08:002009-01-11T01:10:24.615+08:00Mencari penyelesaianMasalah di Palestin semakin hari semakin parah. Pelbagai resolusi dihasilan dari beberapa organisasi dunia namun tiada satu pun yang menampakkan hasil yang memberangsangkan. Resolusi itu menggesa tentera Israel melakukan gencatan senjata dan berundur dari Gaza. Namun tidak dinyatakan pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap negara Israel jika gagal melakukan gencatan senjata. Secara logik akal pun, kita dapat tahu yang Israel tidak akan tunduk pada resolusi yang dikelaurkan, apatah lagi jika resolusi itu hanya dalam bentuk gesaan tanpa apa apa tindakan yang kukuh.

Kebanyakan penguasa-penguasa Islam seluruh dunia memandang masalah ini sebagai masalah orang Arab, malah mungkin memandangnya sebagai masalah antara Palestin dan Israel. Pada hakikatnya masalah ini sebenarnya adalah masalah Umat Islam seluruhnya. Firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]

Mangsa mangsa pembunuhan kejam rejim zionis ini adalah orang orang Islam. dan berdasarkan ayat di atas, mereka itu adalah saudara saudara kita. Malangnya, penguasa penguasa Islam tidak melakukan sesuatu yang wajar bagi membantu saudara saudara yang tertindas ini. Ada juga yang cuba menggunakan orang kafir menjadi perantara untuk menyelasaikan masalah ini. Firman Allah :

“...sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” [TMQ an-Nisa’ (4):101]

Sebenarnya usaha membebaskan negara Palestin ini menjadi amat sukar kerana ketiadaan satu payung yang sepatutnya memayungi negara negara Islam. Payung ini adalah Daulah Khilafah. Sepatutnya semua negara negara Islam adalah wilayah bagi Daulah Khilafah. Semua tentera tentera di negara negara Islam seluruh dunia adalah tentera Daulah. Tentera yang membawa satu panji yang sama dan dibawah satu kalimah yang sama, kalimah La ila ha ill Allah. Tentera tentera ini bertanggungjawab mempertahankan wilayahnya dan membantu wilayah wilayah lain jika perlu. Namun apa yang terjadi sekarang, tentera tentera negara negara Islam berada dibawah panji yang berbeza serta sempadan geografi dan politik menjadi penghalang utama. Lebih buruk lai jika ia digunakan sebagai alasan untuk membiarkan umat umat Islam di Palestin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Pembentukan Daulah Khilafah adalah agenda utama yang patut diperbincangkan dan diusahakan dalam perbincangam antara penguasa penguasa Islam sekarang. Kesedaran ini wajib ada didalam kotak pemikiran umat Islam lebih lebih lagi pada mereka yang memegang kekuasaan. Dengan apa yang telah terjadi kepada Palestin, sepatutnya menjadi satu batu loncatan bagi penguasa penguasa dunia Islam mencari jalan terbaik mewujudkan sebuah Daulah yang disuburi oleh syariat Allah SWT, Dalam masa yang sama, bantuan harus disalurkan kepada Palestin secara terus menerus. Tentera tentera Islam harus dikerah ke medan pertempuran secepat mungkin.

Apa yang boleh para penguasa lakukan dalam jangka masa pendek:

1. Usir dan tutup semua Pengkalan Tentera kafir yang berada di negara negara Islam.
2. Sekat bekalan minyak. Minyak tidak akan di eksport kepada semua negara negara kafir.
3. Hantar tentera tentera ke bumi Palestin.
4. Usir semua diplomat negara negara kafir terutama Israel,US dan sekutunya.

Bagi jangka masa panjang pula kita perlu:

1. Membentuk Daulah Khalifah.
2. Mencipta senjata senjata hebat.
3. Dakwah seluruh dunia.

Tidak ada yang mustahil yang ia akan dapat dicapai. Yang pentng kita perlu usaha bersungguh dan berdoa agar ia terlaksana.Ajaque Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/07043483779424024857noreply@blogger.com0