Wallahualam
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50]
Friday, September 4, 2009
17 Ramadhan
Selain Nuzul Quran, kita sering melupakan satu peristiwa besar yang berlaku pada tarikh ini, Peristiwa yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peristiwa ini sepatutnya dikenang seperti Rakyat Malaysia mengenang Hari Kemerdekaan. Perang Badr Qubra berlaku pada tarikh ini. Dalam Perang ini terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran terbaik bagi umat Islam. Kemenangannya menjadi satu permulaan sejarah keagungan Islam. Perang ini memberi erti kemerdekaan sebenar kepada kita semua umat Islam.
Thursday, August 6, 2009
Pejuang VS Pengganas
Semakin hari semakin hilang ungkapan pejuang Islam di bibir masyarakat umum. Semakin hari semakin popular istilah "Pengganas", lebih malang lagi apabila masyarakat umum mempunyai pandangan stereotype bahawa Pengganas adalah orang yg berjanggut lebat dan beragama Islam dan biasanya dari bangsa arab. Itulah yang terpancar di mata minda masyarakat umum?
Sedar atau tidak gambaran ini jika diselidiki ia adalah satu konspirasi jahat untuk meliberalkan umat Islam yang lain. Bayangkan peribadi pengganas yang dicipta dan dimiripkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berbangsa Arab, dan menjadi sunnah beliau menyimpan janggut yang agak lebat. Cuba anda bayangkan jika pemikiran umum ini ditanam kepada kanak-kanak sejak dari kecil. Apa agaknya tanggapan mereka jika kita cuba menceritakan tentang Rasulullah SAW? Berkemungkinan besar otak mereka dengan secara tidak sedar membuat kesimpulan aatau menyamakan Rasulullah SAW dengan watak yang dicipta bagi mengelirukan umat islam. Nauzubillah.
Sebagai umat islam, kita perlu berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak seharusnya menerima apa jua berita tanpa berfikir secara Islami walaupun berita itu datang dari orang Islam sendiri.
Di bawah ada link ke satu blog baru yang cuba menyingkap apa yang berlaku, Wallahualam
Saturday, April 18, 2009
Malaysia - Barisan Kepimpinan Baru
Mungkin ramai juga rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka hasil dari perubahan besar kepimpinan negara. Pada aku, tidak ada apa sangat yang boleh diharapkan. Ia hanyalah umpama sebuah kereta yang diganti pemandunya, sedangkan kondisi kereta itu masih tetap sama dan jalan yang dilaluinya juga masih sama. Maka destinasinya juga akan tetap sama. Jika pemandu dahulu memandu kearah destinasi hitam, maka destinasi hitam jua yang sedang pemandu baru ini tuju. Namun jika pemandu ini bertekad menukar keretanya, ia juga tidak memberi apa apa makna jika jalan yang dilalui masih jalan yang sama. Jika jalan juga ditukar, namun destinasinya sama, maka ia masih tetap begitu.
Matlamat/Destinasi yang perlu dituju adalah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sekadar untuk menyatukan Malaysia dengan slogan "Satu Malaysia". Untuk mendapat keredhaan Allah, seperti yang semua umat Islam tahu, iaitu dengan melakukan apa yang disuruhNya dan tinggal apa yang dilarangNya. Adakah sistem Demokrasi yang menuhankan manusia dengan meredhakan manusia manusia menggubal undang-undang dengan tangan tangan mereka sendiri diredhai Allah? Tepuk dada tanya Iman. Adakah sistem yang membolehkan manusia manusia menolak hukum yang telah Allah tetapkan dengan sekadar mengangkat tangan ini diredhai Allah? Tepuk dahi tanya akal..

Jemariku mengetuk semula...
Sekian lama jemariku tidak mengetuk, bukan kerana ketandusan idea, cuma aku berada didalam salah satu situasi dalam hadis ini.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Sunday, February 22, 2009
Demokrasi: Menuhankan Manusia
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Inilah definasi demokrasi. Ramai yang menganggap demokrasi itu adalah pilihanraya, sedangkan pilihanraya itu cuma satu cara utk memilih wakil. Demokrasi adalah satu sistem yang memberi kekuasaan kepada manusia untuk mentadbir sesebuah negara di atas tangan tangan manusia sendiri. Ini termasuk menggubal undang undang. Penggubalan undang undang ini ini ditentukan oleh suara majoriti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini bermaksud, rakyat memilih wakil wakil untuk menggubal undang undang.
Sistem Demokrasi ini umpama menuhankan manusia. Jika manusia berhasrat menghalalkan riba, ini dapat dilakukan dalam demokrasi. Jika manusia ingin menghalalkan perkahwinan Gay mereka dapat melakukannya menggunakan jalan demokrasi. Sedangkan hukum tuhan secara jelas mengharamkan kehendak manusia itu. Adakah tangan tangan manusia lebih baik daripada Allah?
Oleh itu, memilih wakil dalam pilihanraya di dalam sebuah negara Demokrasi adalah sesuatu yang salah kerana kita memilih wakil kita untuk mengambil hak Allah.

Derhaka kepada sultan..

يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَ أَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَ أُوْلىِ الْأَمْرِ مِنكم....
An-Nisa 59
Ketika ini isu perderhakaan kepada Sultan menjadi perdebatan oleh dua pihak. Ia berlaku rententen peristiwa Sultan Azlan Shah menitahkan menteri besar perak,Nizar meletak jawatan dan melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru. Nizar dituduh derhaka kerana ingkar dengan titah Sultan. Mufti Perak menyatakan bahawa berdosa jika mengingkari titah Sultan berdasarkan nas di atas dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan Sultan tidak pernah menyeru kepada kemaksiatan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat".
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari.
Namun apakah pula yang kita perlu lakukan jika pemimpin2 kita melakukan maksiat? Rasulullah SAW telah menyenaraikan tiga perkara yang Allah redai untuk diamalkan bagi hamba-hamba-Nya yang mana salah satu darinya adalah: "…Kalian menasihati orang-orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian."Ketika ini isu perderhakaan kepada Sultan menjadi perdebatan oleh dua pihak. Ia berlaku rententen peristiwa Sultan Azlan Shah menitahkan menteri besar perak,Nizar meletak jawatan dan melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru. Nizar dituduh derhaka kerana ingkar dengan titah Sultan. Mufti Perak menyatakan bahawa berdosa jika mengingkari titah Sultan berdasarkan nas di atas dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan Sultan tidak pernah menyeru kepada kemaksiatan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat".
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari.
Bagaimana cara terbaik menasihati pemimpin?
Rasulullah SAW telah mengajar kepada umatnya tentang cara untuk menasihati pemimpin melalui sabda Baginda: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat tersebut) maka itulah yang diharap-harapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat tersebut) telah melaksanakan tanggungjawabnya". - Hadis riwayat Imam Ahmad
Sampai bila kita nak membiarkan pemimpin yang melakukan maksiat?
Rasulullah SAW bersabda:
"Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Para sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (sahaja) dengan pedang? Baginda menjawab: "Jangan, selama mana mereka masih menegakkan *solat di tengah-tengah kalian".
- Hadis riwayat Imam Muslim
* "solat" dalam hadis tersebut merupakan kiasan (kinayah). Maksud "selama mereka masih menegakkan solat" ialah "selama mereka masih menegakkan hukum Islam". Dalam ilmu balaghah, perumpamaan sebegini termasuk dalam kategori "ithlaq al-juz'i wa iradatu al-kulli" i.e. menyatakan sebahagiannya, sedangkan yang dimaksudkan adalah keseluruhannya. Solat merupakan perkara yang terpenting dalam Islam. Oleh yang demikian, ia digunakan bagi "mewakili" hukum Islam keseluruhannya sesuai dengan statusnya sebagai "tiang agama".
Dengan beberapa potong hadith di atas, ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak. Namun soal siapakah pemimpin Ulil Amri yang dimaksudkan dalam ayat 59 An Nisa perlu diperjelaskan. Selain itu bagaimana perlantikan pemimpin mengikut Islam juga adalah satu yang perlu diperjelaskan.
Wallahualam
"Takut menderhaka kepada Allah.. "
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)