Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, December 6, 2009

OneMalaysia : OneUmmah

Di Malaysia sekarang ungkapan OneMalaysia atau Satu Malaysia semakin popular. Namun begitu ketidakstabilan politik semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika ini berterusan, umat melayu yang juga umat Islam di Malaysia akan menjadi lemah.

Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. (Sila rujuk Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia). Namun sebenarnya jika ingin mengkaji asal usul bangsa misteri ini anda boleh merujuk http://mistisfiles.blogspot.com .

UMNO adalah sebuah parti Melayu, maka UMNO juga adalah parti orang Islam. PAS pula sememangnya parti orang islam. PKR walaupun bukan parti melayu namun kebanyakan ahli dan penyokong-penyokongnya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama Islam. Terima atau tidak, umat Islam khususnya di Malaysia semakin lemah akibat pertelingkahan orang Islam itu sendiri. Sedar atau tidak, di sekeliling Malaysia atau di Nusantara yang parti pemerintahnya terdiri daripada parti yang mementingkan agama Islam. UMNO yang kita tahu sememangnya sekular, namun sebenarnya jauh di hati hati mereka masih wujud keimanan.

UMNO boleh dianggap abang kepada parti parti politik yang dianggotai orang melayu ketika ini. PAS adalah adik kepada UMNO. PKR pula adik bongsu kepada UMNO dan PAS. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS ini cuba sedaya upaya untuk bersama-sama saling bantu membantu, tegur menegur antara satu sama lain. Kedua-dua pihak ini sebenarnya mempunyai satu persamaan yang jelas, iaitu ISLAM. Alangkah baiknya jika PAS tidak mengkafirkan UMNO malah sentiasa berdakwah dengan cara yang lebih halus agar hati hati pemimpin UMNO terbuka membuang fahaman sekularnya sedikit demi sedikit. Bukankah lebih mudah PAS berbuat demikian berbanding cuba untuk mengajak DAP untuk menegakkan negara Islam?

Tentu anda ingat ketika ura ura PAS dan UMNO cuba duduk semeja? Sebenarnya ada pihak yang tidak senang jika ini benar benar berlaku. Pihak ini adalah pihak yag mahu umat Islam di Malaysia ini berpecah. Jika di negara2 arab umat islam berpecah kepada sunnah dan syiah. Di Malaysia mereka cuba memecahkan umat islam kepada PAS dan UMNO. Selama 50 tahun mereka berjaya mempertahankan perpecahan ini. Mereka tidak akan senang jika hari ini atau esok penyatuan ini dapat direalisasikan.

Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang wujudnya Hizbut Tahrir di Malaysia. HT adalah satu parti politik yang juga bercita cita mendirikan semula Sistem Pemerintahan Islam di muka bumi Allah. Mungkin HT dapat menjadi "bridge" bagi merealisasikan penyatuan PAS dan UMNO. HT yang pandai dalam memanipulasikan "realiti" dalam gerakannya tentu tidak terlepas melihat realiti ini. Realiti perpecahan umat Islam di Malaysia yang semakin meruncing. Walaupun perjuangan HT lebih kepada perjuangan global, permasaalahan setempat sepatutnya menjadi keutamaan. Ini kerana permasaalahan setempat adalah titik mulanya permasaalahan yang global.

Cukuplah kita berpolitik dgn cara menuding jari anatara satu sama lain. Berusahalah mencari cara yang lebih membina. Kepada UMNO, cukuplah, lupakanlah usahamu utk melemahkan PAS. Kepada PAS, cukuplah. Jangan lagi mengkafirkan UMNO. Ajar mereka dengan lebih berhikmah. Kepada HT, janganlah bertindak sendirian. UMNO dan PAS boleh disatukan atas nama ISLAM. bawalah mereka bersama untuk berjuang mengembalikan kegemilangan ISLAM. Jika kita percaya OneMalaysia dapat memberi impak kepada kemajuan negara, OneUmmah akan berjaya memberi impak yang lebih besar. Ia akan memberi impak kepada kemajuan dunia.

Wallahualam.

3 comments:

GENERASI RABBAANI said...

Assalamualaikum WRT WBT.Pada pengamatan saya selagi UMNO tidak mengubah dasarnya kepada al Quran,al Hadis,Ijma'Ulamak dan Qias,maka selama itulah titik pertemuan antara UMNO dan PAS tidak akan menjadi kenyataan...

Anonymous said...

pas tak mengkafirkan umno. pas cme ckp, siapa y tolak hukum Allah, dia kafir...

Anonymous said...

..... ONEMALAYSIA ALLMALAYSIAN VS ALLMUSLIM ONEUMMAH .....
Perbalahan PAS dgn UMNO sama juga ragamnya SYIAH dgn SUNNI.
Antara Melayu dgn Botoi Kicap sudah caca-marba tidak peduli.
PAS Kafirkan UMNO kerana tidak laksanakan Hudud maseh ragui.
UMNO bodohkan PAS ketinggalan zaman cukuplah dgn Islam Hadhari...
Antara SYIAH dgn SUNNI sudah berbunuhan semenjak wafat Nabi.
SYIAH Kapirkan SUNNI telah merampok tahta Ahlulbait Imam Ali.
SUNNI "Dajjal"kan SYIAH kerana sebelah mata SYIAH buta lagi.
SYIAH dgn SUNNI siapa benar hanya AlMahdi mengadili menghukumi...