Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, December 31, 2008

Palestin : Dimana noktahnya?

Sejak seminggu lalu, bumi palestin dihujani dengan peluru peluru berpandu rejim Zionis Israel. Beratus-ratus umat islam termasuk wanita dan kanak kanak menjadi mangsa kekejaman manusia yang angkuh ini. Yang lebih jijik lagi menteri luar Israel dengan nada yang tidak bersalah dan angkuh menuding jari kepada Hamas bertanggung jawab kepada mereka yang terbunuh atas serangan pihak Israel. Seperti kekejaman kekejaman lain yang dilakukan oleh kafir kafir ini, pelbagai pihak mula mengutuk tindakan rejim ini melakukan serangan terhadap bumi Palestin. Kutukan kutukan ini akan hanya tinggal dalam bentuk tulisan dan perkataan sahaja dan akhirnya tenggelam ditelan waktu sehingga kekejaman yang akan datang.

Banyak suara yang mempertikaikan peranan PBB dan OIC yang hanya mampu bersidang dan mengeluarkan resolusi yang hanya termaktub diatas kertas. Hakikatnya Bumi palestin terus bermandi darah. Pemimpin pemimpin Islam bersidang memikirkan permasalahan ini namun seorang pun tidak pernah membangkitkan ketiadaan Daulah Islam adalah punca utama umat islam ditindas bukan sahaja dibumi Palestin malah di serata dunia. Adakah semua pemimpin pemimpin Islam sekarang tidak pernah tahu yang mewujudkan Daulah Islamiyah da ketuai oleh Khalifah yang satu adalah satu kewajiban? Atau mereka sengaja membutakan mata mereka kerana ingin manjaga status quo yang dipegang setelah sekian lama? Tidakkah mereka cuba sedaya upaya mengkaji Struktur Negara Khalifah (Daulah) dengan berlandaskan nas nas?

Secara logiknya, keberangkalian untuk negara negara yang kononnya negara Islam ini bertindak menyerang semula Israel atas tindakan rejim itu menyerang palestin adalah amat sedikit. Kenapa? Jawapannya mudah, perbezaan ketara dasar-dasar antara negara negara ini. Sepatutnya hanya satu Daulah Islam yang diketuai oleh seorang khalifah dan didalamnya terdiri daripada banyak wilayah seperti wilayah Sudan, wilayah Iraq, wilayah Palestin dan lain lain, yang mengguna pakai dasar dasar yang ditetapkan oleh Daulah. Sebagai contoh, jika Daulah menetapkan bahawa jika ada negara kafir menyerang wilayah wilayahnya maka diisytiharkan jihad keatas negara kafir itu, dengan secara langsung semua wilayah akan turut nemeranginya.Tidak perlu lagi berbincang mencari resolusi yang bersesuaian dgn dasar dasar yang berbeza kerana semua wilayah bertindak di atas satu landasan yang sama.

Kita perlu sedar betapa pentingnya kewujudan Negara Khalifah atau Daulah Islamiyah. Kita perlu sedar usaha untuk merealisasikannya adalah wajib pada setiap umat. Kita perlu sedar tidak ada jalan lain dan hanya satu jalan inilah yang dapat menjamin kesejahteraan umat Islam dan juga kesejahteraan dunia.


Nota:
Untuk maklumat lanjut mengenai Daulah Islamiyah atau Negara Khalifah, sila layari http://www.mykhilafah.com

Wallahualam

Thursday, December 11, 2008

Tokoh perjuangan dari Al-Azhar

Taqiuddin al-Nabhani

Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.

Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.

Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.

Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.

Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Dipetik dari : Utusan 17/11/2008

Wednesday, December 10, 2008

Takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh

Sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Artikel hari ini bukan bertujuan menuding jari menyalahkan mana mana pihak yang bertanggungjawab. Saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa mangsa.

Tragedi ini jika diteliti, ia dapat meberi keinsafan kepada kita semua. Kuasa Allah meliputi segalanya. Teguhnya tiang tiang konkrit pada banglo2 yang terlibat musnah sekelip mata. Yang lebih menginsafkan adalah yang memusnahkannya hanya air(hujan) dan tanah. Jika kita angkuh dengan kebolehan kita membina struktur yang kita rasa cukup kukuh dan kuat, sedangkan Allah mengizinkan air dan tanah yang tidak kukuh utk memusnahkan sesuatu yang kukuh.

Dewasa ini, manusia begitu yakin dengan apa yang dihasilkan oleh mereka daripada meyakini kekuasaan Allah. Ada yang yakin wang ringgit adalah kuasa yang amat kuat, ada yang yakin cara mereka berurus niaga bagi mengecapi kekayaan melalui sistem ekonomi kapitalis adalah cara yang paling baik, namun akhirnya sekarang ia menghadapi keruntuhan.

Pada saudara semua, semua yang berlaku ada iktibar dan pengajarannya. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menggalinya dengan menggunakan akal fikiran dan panduan yang Allah telah berikan.

Wallahua'lam