Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, December 31, 2008

Palestin : Dimana noktahnya?

Sejak seminggu lalu, bumi palestin dihujani dengan peluru peluru berpandu rejim Zionis Israel. Beratus-ratus umat islam termasuk wanita dan kanak kanak menjadi mangsa kekejaman manusia yang angkuh ini. Yang lebih jijik lagi menteri luar Israel dengan nada yang tidak bersalah dan angkuh menuding jari kepada Hamas bertanggung jawab kepada mereka yang terbunuh atas serangan pihak Israel. Seperti kekejaman kekejaman lain yang dilakukan oleh kafir kafir ini, pelbagai pihak mula mengutuk tindakan rejim ini melakukan serangan terhadap bumi Palestin. Kutukan kutukan ini akan hanya tinggal dalam bentuk tulisan dan perkataan sahaja dan akhirnya tenggelam ditelan waktu sehingga kekejaman yang akan datang.

Banyak suara yang mempertikaikan peranan PBB dan OIC yang hanya mampu bersidang dan mengeluarkan resolusi yang hanya termaktub diatas kertas. Hakikatnya Bumi palestin terus bermandi darah. Pemimpin pemimpin Islam bersidang memikirkan permasalahan ini namun seorang pun tidak pernah membangkitkan ketiadaan Daulah Islam adalah punca utama umat islam ditindas bukan sahaja dibumi Palestin malah di serata dunia. Adakah semua pemimpin pemimpin Islam sekarang tidak pernah tahu yang mewujudkan Daulah Islamiyah da ketuai oleh Khalifah yang satu adalah satu kewajiban? Atau mereka sengaja membutakan mata mereka kerana ingin manjaga status quo yang dipegang setelah sekian lama? Tidakkah mereka cuba sedaya upaya mengkaji Struktur Negara Khalifah (Daulah) dengan berlandaskan nas nas?

Secara logiknya, keberangkalian untuk negara negara yang kononnya negara Islam ini bertindak menyerang semula Israel atas tindakan rejim itu menyerang palestin adalah amat sedikit. Kenapa? Jawapannya mudah, perbezaan ketara dasar-dasar antara negara negara ini. Sepatutnya hanya satu Daulah Islam yang diketuai oleh seorang khalifah dan didalamnya terdiri daripada banyak wilayah seperti wilayah Sudan, wilayah Iraq, wilayah Palestin dan lain lain, yang mengguna pakai dasar dasar yang ditetapkan oleh Daulah. Sebagai contoh, jika Daulah menetapkan bahawa jika ada negara kafir menyerang wilayah wilayahnya maka diisytiharkan jihad keatas negara kafir itu, dengan secara langsung semua wilayah akan turut nemeranginya.Tidak perlu lagi berbincang mencari resolusi yang bersesuaian dgn dasar dasar yang berbeza kerana semua wilayah bertindak di atas satu landasan yang sama.

Kita perlu sedar betapa pentingnya kewujudan Negara Khalifah atau Daulah Islamiyah. Kita perlu sedar usaha untuk merealisasikannya adalah wajib pada setiap umat. Kita perlu sedar tidak ada jalan lain dan hanya satu jalan inilah yang dapat menjamin kesejahteraan umat Islam dan juga kesejahteraan dunia.


Nota:
Untuk maklumat lanjut mengenai Daulah Islamiyah atau Negara Khalifah, sila layari http://www.mykhilafah.com

Wallahualam

No comments: