Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Thursday, June 7, 2007

Kasih Sayang

Kisah dan hadis ini adalah dusta. Saya memohon maaf atas keterlanjuran posting ini.


 
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan danmenutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudahmembuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yangmemisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yangsebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allahdan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telahberada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnyamenunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" TanyaRasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum- peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembalimendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, May 25, 2007

Qodha'

Bila disebut Qodha' dan Qodhar selalunya penafsiran kita adalah baik dan buruk semua dari Allah SWT. Sebenarnya pengertian dan pemahaman Qodha' dan Qodhar adalah penting untuk mengukuhkan akidah kita semua. Baru baru ini aku ada menghadiri satu perbincangan yang membincangkan hal ini, mungkin boleh dikongsi bersama, dan jika ada salah diharapkan sahabat2 yg membacanya dapat sampaikan kepada aku melalui komen blog ni.

Dalam ruang lingkup kehidupan kita ni, sebenarnya ada 2 bahagian yang kita sedar atau tak, iaitu 1) Sesuatu yang diri kita dikuasai 2) Sesuatu yang diri kita menguasai.

Yang pertama itulah letaknya Qodha' . Sebenarnya yang pertama inilah yang banyak dalam kehidupan kita seharian. Contohnya kita tengah drive berhati hati di jalan raya, tiba tiba ada sebuah kereta dari arah lain eksiden lepas tu, kereta dia terpelanting masuk dalam jalan kita, padahal ada pembahagi jalan, dan akibat nya kita terlibat sama. Inilah cthnya diri kita dikuasai, kita tak dapatpun berbuat apa apa untuk elak situasi tu, Cth lain adalah seperti yang kita ketahui iaitu soal jodoh, rezeki dan ajal. Sebenarnya kita tidak akan di hisab atas perkara perkara yang kita dikuasi ini. Kita hanya akan dihisab atas perkara yang diri kita yang menguasai. Sebagai contoh, kita bekerja dengan amanah untuk mencari rezeki, rezeki itu diluar bidang kuasa kita, sama ada hasil kerja kita itu banyak atau sedikit itu ketentuan Allah SWT, manakala kerja kita yang amanah itu yang akan dinilai oleh ALLAH. Bagitu juga kita mencari rezeki dengan cara rasuah atau mencuri, bukan jumlah hasil curian itu yang dihisab, yang dihisab itu adalah perbuatan mencuri itu. Di sini kita nampak yang perbuatan mencuri atau bekerja itu dikuasai oleh diri kita sendiri, kita boleh membuat pilihan untuk mencari rezeki cara yang halal taua cara yang haram.

Apabila kita terlalu memikir hal Qodha' yang sebenarnya diluar kawalan kita, itu satu perkara yang merugikan kerana ia boleh menyekat kita dari melakukan sesuatu yang mungkin lebih baik. Cthnya, alim ulama yang mempunyai ilmu agama yang kuat dan berjawatan dalam sebuah kerajaan dengan gaji yang banyak, tidak mahu menegur kesalahan pemimpin kerana takut kena buang kerja. Sebenarnya ia memikirkan sesuatu yang Qodha', jika Allah nak tarik rezekinya, kalau dia tak tegur pemimpin pun dia boleh kehilangan kerjanya. Ini kerana rezeki itu urusan Allah, maka kita sebagai hamba cuma nak mendapatkan rezeki itu dengan jalan yang diredhainya. Di sini kita nampak bahawa keburukanya ia telah menghalang usaha dakwah seseorang. Begitu juga dengan AJAL, kebanyakan kita sekarang takut mati, sedangkan mati itu tidak dalam kawalan kita. So kalau kita pegang ia adalah salah satu Qodha' Allah, kita akan berusaha untuk menjadi baik setiap masa agar apabila tiba ajal kita, waktu itu kita dalam keredhaan Allah. Dengan sebab pegangan ini juga para sahabat dahulu tidak takut utk berperang kerana mereka tahu ajal itu hak Allah.

Byk lagi cth yang boleh sahabat fikirkan. Kesimpulannya kita tidak perlu menghabiskan masa dan buah fikiran kita utk hal hal Qodha' yang sememangnya diluar kemampuan kita. Apa yang kita perlu buat adalah berfikir atau mencari jalan yang terbaik di sisi Allah utk melakukan sesuatu yang didalam kawalan kita.

Wallahualam

Bersyukur

Tentu ramai yang tersenyum lebar hari ini kerana semalam Pak Lah mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaan. Ia memang berita yang baik. Tapi dalam perkara yang kita rasa baik ini pun kita kena membuka fikiran kita agar kita tidak terus terawang awang dek berita gembira ini.

Kita percaya rezeki datangnya dari Allah. Kalau dalam rukun iman Rezeki ni duduk dalam rukum iman yang ke-6, Percaya kepada Qodo' dan Qodar. Kalau kita tengok berita semalam Pak lah amat bangga bila mengumumkan kenaikan semalam, seolah olah dia telah menambah rezeki kepada kakitangan kerajaan. Dah la duit tu bukan duit dia pun, dan duit kerajaan tu pun sememangnya duit rakyat pun. Sebenarnya kerajaan cuma saluran dimana rezeki itu datangnya dari Allah.

Kemudian terdengar seorang ditemurumah, saya tak pasti siapa, tapi begitu bersemangat memuji muji kerajaan atas kenaikan gaji ini. begitu berterima kasih kepada kerajaan, tak salah berterima kasih namun jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Tanpa rezeki dari Allah, jangan harap gaji kakitangan kerajaan akan naikkan gaji anda semua. Cuba fikir situasi ini. Setiap bulan anda check je account anda di ATM ada duit kemudian anda keluarkan duit. Pernahkah anda berterima kasih kepada ATM yang bagi duit tu? Tak pernah bukan? sebab anda tahu itu duit anda bukan duit Bank atau duit ATM tu? Begitu juga cerita rezeki, Rezeki itu dari Allah, kemudian disampaikan kepada anda melalui saluran saluran tertentu. Jadi kita sepatutnya berasa amat rendah diri kepada Allah Al-Razzaq yang tidak putus-putus memberi rezeki kepada kita semua, bukan saja gaji, malah udara, air semua itu adalah rezeki Allah, dan semalam DIA menambah rezeki anda dengan menambah gaji anda. Dengan itu yang utama bersyukurlah kepada Allah, pujilah DIA. Berterima kasih kepada kerajaan kerana menjalankan amanah Allah dengan baik. Semoga dia menjalankan amanah itu dengan Ikhlas, bukan sebab naikkan gaji sebab pilihanraya yang akan menyusul tak lama lagi.

Semoga kakitangan kerajaan semua berfikir dengan lebih terbuka.

Wallahualam

Tax (Cukai)

Berada beberapa hari Riyadh, aku boleh nampak beberapa perbezaan cara hidup di sini berbanding dengan di Malaysia. Kalau nak diceritakan dalam satu post mmg tak terlarat nak taip. Sememangnya ada baik dan buruknya jika dibandingkan di Malaysia.

Pagi tadi aku bersama Brother Anwar (Pak Arab) menaiki kereta ke salah satu tempat. Semasa dalam perjalanan aku perasan di windscreen kereta dia langsung takdak sticker. Then aku tanya kat dia. "Don't u have to pay for the road tax?. Kemudian dia pun jawab. "No.. No.. No Tax.. we dont have any tax to pay. The only thing we pay for the zakat". Dia juga cakap yang kena tax cuma Foreign Company. So itu je la tax yang ada.. tak ada cukai pintu, cukai tanah atau apa apa tax yang kita boleh senaraikan. Kemudian aku tanya lagi, kalau non-muslim kena bayar jizyah tak? Dia kata "no jizyah too".

Begitulah kisahnya ttg tax dia arab saudi. Tapi aku tak sure plak bab duti import. Tapi kalau dilihat harga kereta dia, sememangnya mcm tak kena cukai pun kereta import depa. Bayangkan Camry yang kat Malaysia berharga 130K++ kat riyadh hanya around 70K je. Even Playstation 3 kat sini baru SR 2200++, berbanding about RM3K di Malaysia.

Setahu aku sepatutnya memang tidak ada tax dalam sebuah negara ISLAM. Wallahualam.

Kenapa Yahudi & Amerika Hebat?

Kita selalu tertanya tanya kenapa umat Islam sekarang lemah? Dan pelbagai jawapan timbul dari persoalan tersebut. Ada yang kata sebab ekonomi umat Islam tak hebat, ada pula yang kata ilmu pengetahuan kita tidak setinggi bangsa Yahudi dan Amerika sekarang. Apa kata kita ubah sedikit soalan tu jadi.. "Kenapa Yahudi & amerika hebat sekarang?"


Kalau kita kata ekonomi mereka kuat, suatu masa dulu ekonomi mereka juga lemah, so kita akan tertanya pula, bagaimana mereka boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka. Mungkin jawapannya Ilmu pengetahuan. Tapi suatu masa dulu ilmu mereka juga cetek. Apa yang sebenarnya yang memacu mereka sehingga mereka berjaya meningkatkan ekonomi dan ilmu mereka sekarang? Jawapannya mudah, mereka memegang akidah mereka dengan teguh. Sungguhpun akidah yang mereka pegang itu salah namun apabila mereka meyakini dengan sepenuh hati maka ia akan memacu tindakan mereka untuk mencapai matlamat dalam akidah mereka. Apa akidah mereka? Sudah tentu mereka memegang teguh akidah kapitalisme.


Apabila kita menjawab soalan tadi, dengan sendirinya terjawab mengapa umat Islam sekarang lemah,. Ini adalah kerana akidah umat Islam yang lemah. Semua orang Islam percaya dan tahu tentang kekuasaan Allah, hari akhirat dan perkara halal haram. Namun begitu umat Islam tidak bertindak di atas akidah tersebut. Ini bermakna akidah Umat Islam masih lemah. Apa yang kita percaya dan tahu itu tidak menjadi mafhum (Saya ada tulis tentang hal ini dalam entry yang lepas), maka kita tidak bertindak mengikut apa yang kita pegang(akidah). Ini kita dapat buktikan pada zaman Awal Islam, di mana umat Islam ketika itu tidak menguasai ekonomi, tidak menguasai bidang Ilmu, apa yang Rasulullah SAW buat ialah menguatkan akidah para sahabatnya. Dengan teguhnya akidah mereka, akhirnya Islam dapat menguasai dunia.


Di sini saya bagi satu contoh mengenai akidah , satu hari kita sedang menaiki tangga, kemudian kita ternampak duit 5 sen, kita abaikan. esoknya kita nampak duit RM 50 kita tengok kiri kanan orang takdak kita pun ambil. Agaknya apa yang membuatkan kita menolak duit 5 sen tapi kita ambil duit RM 50? Kerana duit 5 sen tu kita rasakan tidak bermanfaat sangat kalau diambil pun berbanding RM 50. Kalau itu yang kita fikir, akidah kita sama dengan Yahudi dan Amerika. Kalau kita mempunyai akidah Islam, keputusan sama ada ambil atau tidak itu adalah berdasarkan halal atau haramnya duit itu, bukan bermanfaat atau tidak ia kepada kita. Jika sesuatu itu haram, walaupun kita rasa ia bermanfaat kepada kita, kita tetap tidak akan ambil atau buat. Itulah sebenarnya kalau kita memagang Akidah Islam.


Apa matlamat kita sebagai seorang yang mengaku memegang akidah ISLAM? Renung dan fikir, dan jawab pada diri anda sendiri. Jika tak dapat menjawabnya, jom sama sama kita berusaha meningkatkan akidah kita.


Semoga Allah membuka pintu hati kita semua, untuk kembali ke jalan yang diredhainya, Amin.


Wallahualam.

Bunuh Anak : Kita berada di zaman Jahiliyah?

Astaghfirullahalazim, itu lah lafaz yang keluar dari mulut orang orang islam apabila mendengar berita tentang ibu/bapa yang sanggup membunuh anak sendiri. Sejak kebelakangan ini semakin kerap kes membunuh anak sendiri, yang mana antara penyebabnya adalah berhutang dengan Ah Long dan yang terbaru dek kerana suami nak berpoligami. Kejadian ini bukan baru, sebelum ini kisah pembuangan bayi biasanya anak luar nikah menjadi satu isu yang agak besar. Begitu teruknya kita sekarang, seteruk kita zaman Arab Jahiliyah, malah lebih teruk lagi. Jika ketika zaman arab jahiliyah dulu ibubapa cuma membunuh anak perempuan, namun kini perempuan dan lelaki sekali menjadi mangsa.

Kalau diteliti sedikit tentang sebab sebab perbuatan terkutuk ini ada 3 faktor utama. Pertama adalah perzinaan, Kedua adalah masalah ekonomi dan ketiga masalah rumahtangga(poligami). Bila digali lebih dalam lagi, sebenarnya semuan penyebab ini adalah tidak mengikut manual yang Allah SWT turunkan kepada kita.

Dalam negara kita ini perzinaan adalah lebih baik dari membunuh/mengedar dadah/memiliki senjata api/. Kenapa aku kata macam tu? Sebab hukuman bagi orang yang berzina adalah denda maksimum RM 5000 atau 3 tahun penjara atau kedua duanya sekali. Sedangkan 3 kesalahan lain yang aku sebutkan tadi, maksimumnya hukuman mati. Bukankan Allah SWT telah menetapkan hukum yang jelas bagi kes kes zina. Bukankah satu ketika dulu para pemimpin kita claim yang Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Islamkah kita kalau kita tidak mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT serta RasulNya? Sahabat semua pasti boleh jawab. So jangan hairan mengapa kes pembuangan bayi masih tidak henti henti sampai ke hari ini.

Faktor kedua ekonomi, secara jujurnya hari hari kita penuh dengan sistem ekonomi kapitalis yang sentiasa menekan kita. Riba dihalalkan oleh pemerintah, rasuah berleluasa, cukai terus dikenakan, pemerintah/kerajaan mengabaikan tanggungjawab tentang hak hak rakyat. Takkan tak ada sistem ekonomi ISLAM? Takkan tak wujud Sistem Pemerintahan ISLAM. Sedangkan seremeh remeh perbuatan pun ada diajar dalam ISLAM, inikan pula hal hal besar. Sememangnya jawapannya ADA. Tapi mereka yang tahu itu saja saja buat tak tahu. Yang tak tahu pula, tak cuba langsung nak ambil tahu. Apabila kita buat sesuatu tanpa merujuk manual Allah, sudah tentu kegagalan adalah hasilnya.

Yang ketiga adalah poligami, sekarang wujud golongan yang cuba nak haramkan poligami sedangkan terang terangan hukumnya telah termaktub dalam Al Quran. Pelik, tapi itu yang berlaku. Pada golongan yang berfikiran begitu, cuba muhasabah adakah anda kata anda lebih baik dari Allah? Kadang kadang apa yang kita fikir baik, bagi Allah ia adalah buruk, dan kadang kadang apa yang kita fikir buruk, bagi Allah ia adalah yang terbaik. So mana kita nak pilih, yang dari Allah atau dari kita manusia yang semememangnya amat lemah.

Kembali pada apa yang Allah tetapkan adalah penyelesaian yang terbaik. Kerana Allah adalah yang mencipta kita, Dia lebih mengetahui apa yang diciptakannya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya.

Wallahualam.

Kenegaraan Islam

Beberapa minggu lepas aku ada satu kursus anjuran Hizbut tahrir Malaysia. Untuk sahabat sahabat yang nak dengar. boleh la download kat sini:

http://ajaque.multiply.com/music/item/29

Mungkin belum semua yang dapat di upload buat masa ni, Insyaallah aku akan update dari masa ke semasa, bukannya apa aku nak kena compress sikit, kalau tak saiz dia besar sangat. Semoga bila sahabat sahabat semua dengar, sedikit sebanyak dapat membuka minda korang semua, Insyaallah.

Al Quran dari Allah untuk Manusia

Beberapa entry yang lepas ada kita bincang ttg kepercayaan kepada Allah dan rasul dimana ia bersifat aqliyah. Al Quran juga bersifat aqliyah. Sebagai manusia biasa akan wujud 3 hipotesis tentang Al Quran.

  1. Ia ditulis oleh sesorang/kumpulan yang berbangsa Arab. Kenapa bangsa arab, sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab. Pada zaman Nabi Muhammad Bahasa Arab mempunya tahap kesasteraan yang tinggi. gologan sasterawan adalah golongan yang dianggap hebat dan mulia. Hipotesis ini dapat ditolak kerana tidak ada siapa pun yang berbangsa Arab dapat menghasilkan satu surah yang dapat mengalahkan tahap kesasteraan di dalam Al Quran. Satu surah pun tak berjaya, inikan pula satu Al Quran.
  2. Ia dikarang oleh Nabi Muhammad Sendiri. Sesiapa yang tahu serba sedikit latar belakang Nabi Muhammad pastinya tahu tentang Nabi Muhammad seorang yang buta huruf. Adakah logik seorang yang tidak pandai menulis dapat mengarang satu karya yang tak terkalah.
  3. Ia adalah Kalamullah. Ini sahaja yang tinggal untuk kita terima, kita sedar betapa Allah adalah Yang Maha Pencipta sudah tentu dapat melakukan atau menghasilkan apa sahaja dengan Maha Mudah. Dia mengajar Al Quran kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril AS. Dan nabi menyampaikan kepada umat Islam,

Dengan kita memahami dengan jelas tentang 3 rukun ini, ia menjadi asas kepada rukun lain yang bersifat naqliyah. Cthnnya Hari akhirat, kita tak daat nak buktikan kerana tidak ada realiti didepan kita. Ia hanya diceritakan melalui Al Quran dan hadis hadis. Namun oleh kerana jika kita yakin dengan teguh beriman kepada kitab dan rasul, Dengan tanpa ada objection kita akan mempercayai akan adanya Hari Akhirat.

Wallahualam

Percaya Kepada Rasul dan kitab

Mungkin sahabat2 semua tertanya tanya, kenapa aku terus langkah kepercayaan kepada rasul, sebab yang ini bersifat aqliah. Walaupun sebenarnya mungkin pada zaman kita sekarang, kita tidak lagi dapat berjumpa dengan rasul. Namun Sunnah sunnah dan periwayat masih wujud hingga sekarang. Boleh dikatakan disini Percaya kepada Nabi Muhammad masih bersifat aqliyah, manakala percaya kepada rasul rasul lain bersifat naqliyah.

Sebenarnya kenapa adanya rasul? Rasul bermaksud penyampai. So rasul dalam islam bermaksud penyampai risalah Allah kepada umat manusia. Kenapa perlunya rasul? Contoh paling mudah, Kalau Allah hantar makhluk yang lain sudah tentu umat manusia tidak boleh menerima, sedangkan Allah memilih manusia menjadi rasul masih ramai yang cuba menolak kerasulan manusia manusia yang terpilih. Allah mengetahui sifat sifat manusia yang diciptanya.

Mukjizat adalah bukti seseorang itu adalah rasul. Apa pula sifat mukjizat itu? Satu perkara yang dikatakan mukjizat kepada kerasulan mestilah

  1. Ia mencabar sesuatu pada zamannya.
    • Cthnya mukjizat nabi musa adalah tongkatnya yang boleh bertukar jadi ular, dan boleh membelah laut. Ini kerana pada zaman itu amat terkenal dengan ilmu-ilmu sihir. Jadi mukjizat yang ada pada nabi Musa AS sememangnya mencabar umat pada masa itu yang gila dengan ilmu sihir.
  2. Ia tidak terkalah
    • Cthnya kehebatan ilmu perubatan pada zaman Nabi Isa. Mukjizat Nabi Isa AS yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit malah boleh menghidupkan orang yang telah mati. Sememangnya tidak terlawan oleh ilmu ilmu yang hebat pada zaman itu.
  3. Yg paling penting orang @ rasul yang mempunyai mukjizat itu mengaku bahawa segala kehebatan itu adalah dari Allah.

Apa mukjizat Nabi Muhahammad? Al Quran adalah mukjizat yang paling hebat. Kenapa Al Quran? Kerana ia mencabar umat pada zaman itu, Oleh kerana Nabi Muhammad berada dikalangan orang Arab yang ketika itu terkenal dengan ketinggian sastera. Namun tidak ada Sasterawan yang hebat dapat mengalahkan keindahan bahasa di dalam Al Quran. Dan sememangnya mereka dicabar untuk menandingi keindahan AlQuran namun semua cubaan gagal.

Dengan membicarakan hal mukjizat Nabi Muhammad secara sendirinya kita membincangkan rukum iman berikutnya beriman kepada Al Quran. Insyaallah Aku akan sambung dalam entry seterusnya.

Iman 1: Percaya kepada Allah

Seperti dalam beberapa entry yang lepas aku ada cakap nak bincangkan tentang rukun iman, so aku cuba sampaikan kali ini, diharap jika ada yang salah dapat dikomen oleh para pembaca. Dan jika ada apa apa tambahan pun boleh dimasukan dalam komen.

Percaya kepada allah adalah rukun iman pertama yang bersifat aqliyah, ini bermakna ia boleh dan harus dibuktikan oleh akal fikiran kita? Bagaimana? Langkah pertama ialah kita wujudkan satu time line iaitu Sebelum Sekarang dan Selepas. Pada masa sekarang apa yang kita nampak disekeliling kita, manusia, alam dan kehidupan lain, begitu juga dengan benda benda seperti kereta dan sbgnya. setiap satu yang kita lihat pasti akal kita akan bertanya siapa yang mencipta apa yang kita lihat disekeliling kita. Akal mesti akan sibuk mengatakan yang adanya Sang Pencipta yang amat hebat yang dapat mencipta alam ini. Dan yang mencipta semestinya wujud sebelum sekarang, dan wujud juga pada masa sekarang dan seterusnya pasti wujud pada waktu akan datang.

SEBELUM
SEKARANG
SELEPAS
  • Maha Pencipta
  • manusia
  • Alam
  • Kehidupan
  • Benda-benda
  • Hari Akhirat

Kalau kita lihat semula manusia,alam dan kehidupan semua ini mempunyai sifat yang hampir sama iaitu kewujudannya terbatas bermaksud, kita ada tarikh lahir dan semestinya ada tarikh mati. Kemudian kewujudannya juga adalah saling memerlukan, contohnya kita perlukan air utk hidup, perlukan bumi dan perlukan manusia lain untuk hidup. Dengan adanya sifat ini semua yang kita nampak disekeliling kita ini adalah makhluk yang lemah, yang tidak bersifat seperti yang Maha Pencipta, sebab yang Maha Pencipta semestinya kewujudannya tidak terbatas, ia tidak akan mati dan mesti kekal selama lamanya. Dan Dia juga mesti wujud sebelum kita dan alam ini wujud dantidak bergantung kepada apa apa pun. Contohnya, kalau yang maha pencipta memerlukan bumi, sudah tentu ada yang mencipta bumi barulah Dia boleh wujud. Kesimpulannya yang Maha Pencipta mesti wujud sebelum apa yang kita lihat ini wujud.

So dari sini, akal akan membuat beberapa hipotesis tentang kemungkinan yang Maha Pecipta ini :

  1. Dia mencipta dirinya sendiri.
  2. Dia dicipta oleh sesuatu.
  3. Wajibul Wujud : ia wujud sejak azali, tidak diciptakan, tiada batasan masa, tidak akan dirinya mati atau hilang.

Hipotesis pertama sememangnya tidak boleh diterima oleh akal, bolehkah kereta mencipta kereta lain? Sudah tentu tidak. So hipotesis pertama boleh ditolak.

Hipotesis kedua juga tidak boleh diterima. Ini kerana jika ia dicipta oleh sesuatu yang lain, ini bermakna ada yang lebih Maha Pencipta.

Hipotesis Ketiga sahaja yang boleh diterima oleh akal fikiran kita, dimana kita telah bincangkan pada awal entry kita tadi.

Maka di sini kita telah membuatkan bahawa sememangnya wujudnya Sang Maha Pencipta iaitu Allah SWT, yang mencipta segala apa yang terlihat ataupun tidak dan yang akan wujud selama lamanya dan juga sebagai Yang maha berkuasa keatas segalanya daripada sebelum kewujudan kita sehinggalah selepas kematian kita dan selepas kemusnahan bumi dan alam ini.

Wallahualam.

Mencetus Pemikiran Umum

Nampaknya bila entry aku agak keagamaan, kurang mendapat komen saudara saudara pembaca, tapi alhamdulillah kalau dari statistik yang ada, ada yang membacanya, Aku sebenarnya mengharapkan komen supaya aku dapat generate lagi pemikiran dan agar kita dapat belajar antara satu sama lain. Sekali lagi aku nak tekankan disini, aku bukan ustaz atau alim ulama, cuma hamba allah yang teringin menikmati keindahan sebagai umat islam seperti zaman zaman orang islam berada dipuncak satu ketika dulu.


Setelah dalam beberapa perbincangan dengan orang yang lebih arif, kesimpulan yang boleh dibuat, untuk kita umat islam kembali hebat adalah dengan cara membetulkan akidah setiap umat islam. Kalau kita tengok sebelum ini wujud pertubuhan dan parti politik yang berjuang untuk merubah diperingkat pentadbiran sesebuah negara. Nampaknya cara itu tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Kenapa? jawapannya kerana umumnya masyarakat islam sendiri tidak bersedia. Mengapa tidak bersedia? kerana iman atau akidah kita masih goyah. Kita percaya kepada tuhan, kepada Allah tapi tindakan dan perlakuan kita tidak seperti itu. Kita tak takut pun melanggar larangan Allah untuk terlibat dalam riba dan rasuah, tapi kita lebih takut untuk langgar lampu isyarat merah di jalan raya.


Bila mana hampir setiap orang islam sudah memahami erti keimanan, pada waktu itu insyaallah bila ada sekumpulan pemimpin mengisytiharkan Daulah Islamiyah, berduyun duyun yang akan menyokong. Inilah konsep pemikiran umum. Contohnya: kepentingan Bahasa Inggeris. Walaupun kita cuba kata yang kita perlu memartabatkan bahasa melayu, tapi hakikatnya boleh dikatakan semua orang sedar realitinya bahasa inggeris itu skrg menjadi bahasa yang penting. Dan apabila datang pemimpin yang hebat seperti Mahathir, dan mencetuskan pemikiran umum yang bahasa inggeris adalah bahasa penting, dengan sekelip mata perubahan dibuat dalam sistem pendidikan dan di peringkat akar umbi pula, ibu bapa terus berpusu pusu menghantar anak anak ke tuisyen untuk mempelajari bahasa inggeris. Dalam contoh ini, Majoriti umat telah faham/mafhum yang pentingnya bahasa inggeris, dan Dr Mahathir adalah sebegai Pencetus pemikiran umum itu. Begitulah yang akan terjadi jika umat islam sekarang sudah mafhum dengan keimanan kita.

Berimankah Kita?

Semua orang Islam tahu tentang rukun Iman. Kalau ditanya, sure dengan lancar boleh jawab. Tambah pula si teruna yang nak akad nikah sebulan 2 bulan lagi, maklumlah takut nanti tok imam tanya. Tak payah tengok orang lain, tengok pada diri sendiri, betulkah kita beriman? Apa yang akan kita jawab kalau tiba tiba orang tanya kita. "Kenapa kita percaya pada Allah?". Sahabat sahabat cuba jawab dalam hati skrg. Kemudian cuba nilai jawapan yang kita bagi tadi, benarkah jawapan yang kita bagi itu memenuhi kepuasan akal fikiran. Kalau jawapannya tidak, ada problem dengan iman kita. Kalau ok, alhamdulillah. Itu baru rukun yang pertama. Bagaimana dengan yang ke-2 hingga yang ke-6.

Sebenarnya kita tidak diajar tentang ini, seingat aku masa sekolah dulu yang diajar cuma apa itu iman dari segi bahasa dan istilah. Kemudian diajar pula senarai 6 rukun iman dan penerangannya amat ringkas. So sekarang kita cuma tahu rukun Iman tapi ia tidak menjadi mafhum (Rujuk entry terdahulu apa itu mafhum) kerana untuk sesuatu itu menjadi mafhum, ia memerlukan Realiti,Ilmu dan akal.

Beriman tidak boleh atas dasar ikut ikutan pada orang yang terdahulu. Bila kita ditanya kenapa kita beriman kepada Allah, kita cuma jawab.. "Percaya la sebab semua orang islam percaya", "Percaya sebab bapa aku kata kena percaya". Ia sepatutnya datang dengan satu perasaan (wijdan) dan akal fikiran. Kalau wijdan sahaja pun tak boleh, sebab ia akan menjadikan kepercayaan kepada tuhan itu menjadi tersasar. Begitulah kepentingan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang membezakan kita dengan haiwan.

Bila kita dah sedar yang pemahaman kita tentang iman masih kurang, apa agaknya kita kena buat? Sudah pasti jawapannya belajar. Sebab itu menuntut ilmu itu satu yang wajib. So jangan malu malu bila menuntut ilmu, kerana kita memang manusia yang lemah dan cetek ilmu berbanding Ilmu Allah yang tak ternilai hebatnya. Mungkin timbul perasaan malu bila nak tanya bab rukun Iman sebab nampak macam itu benda basic. Tapi hakikatnya itu yang patut ditanya dan didalami, sebab inilah yang menentukan perlakuan atau tindakan kita terhadap naluri naluri manusia yang telah aku tulis dalam entry yang lepas.

Untuk aku cerita detail, aku mengaku aku masih belum arif dan aku juga masih belajar. Aku takut boleh mengelirukan pembaca. Carilah guru, kerana belajar tanpa guru boleh membawa kepada kesesatan.

Wallahualam.

Insyaallah next entry aku cerita sedikit tentang apa yang aku faham tentang pembuktian rukun iman pertama ke-2 dan ke-3.

Persoalan Manusia

Dalam entry yang lepas aku ada menulis tentang hakikat manusia dan persoalan yang timbul. Kali ini aku cuba nak huraikan tentang beberapa persoalan itu.

Persoalan pertama mengapa tindakan terhadap naluri-naluri yang wujud dalam diri manusia itu berbeza beza. Salah satu daripadanya adalah faktor Realiti. Sebagai contoh semasa kita umur belasan tahun kalau ditanya tentang keinginan kita, mungkin kita akan jawab kita nak beli motor, nak jadi mat rempit. Tapi bila dah bekerja kita nak beli kereta sebab nak main Drift kat USJ. Ini adalah kerana realiti pada waktu itu kita cuma nampak realiti untuk nampak best dengan menaiki motor. Kemudian ilmu, pada ketika kita rasa nak memiliki motor, kerana waktu itu kita cuma ada ilmu tentang motor, kita tahu teknik wilie yang kita belajar masa menungggang basikal, kemudian datangnya akal, bila realiti dan ilmu bertemu ia akan mencetus untuk akal menafsirkannya dan bila akal dapat menerimanya barulah ia akan mewujudkan Mafhum. Dengan mafhum lah yang sebenarnya akan menentukan tindakan terhadap naluri kita. Kenapa tidak makan babi? sebab ia telah menjadi mafhum dalam diri kita yang ia dilarang oleh agama Islam, sehinggakan akal mewujudkan rasa jijik walaupun kita baru menyebut perkataan "Babi". Kenapa ada orang islam berjudi sedangkan ia tahu akan berjudi itu adalah haram?, kerana haramnya judi itu masih tidak menjadi mafhum kepada dirinya.

Persoalan kedua, apakah yang berlaku jika naluri2 ini tidak terpenuhi? jawapannya amat mudah, tentu saudara pernah merasakannya. Bila naluri ini tidak terpenuhi kita akan rasa resah gelisah. Contohnya bila orang bercinta (Naluri Nau') bila ia tidak bertemu dengan kekasih hatinya atau dia tidak dapat mendirikan rumah tangga atas sbb tertentu, ini akan menyebabkan dia merasa gelisah, hatinya tidak tenang selagi ia tidak dapat mengahwini kekasih hatinya. Dan sebaliknya, jika ia berjaya memenuhi naluri tersebut, sudah tentu ia akan gembira, tenang dan puas.

Persoalan yang paling penting, Adakah wujud satu peraturan atau tatacara atau manual atau rujukan bagi manusia memenuhi keseluruhan keperluannya? Jawapannya semestinya YA. Islam adalah manual yang diturunkan oleh Pencipta manusia sebagai rujukan untuk mengatur keseluruhannya. Daripada bab makan, minum sampai buang air besar (Hajatul udhowiyah ) ada tatacara yang diajar dalam Islam, daripada sebelum kenal, berkenalan, berkahwin dan jika sampai bercerai berai atau mati (Ghorizahtul Nau)a da aturan2 yang telah diberikan kepada kita, begitu juga dari segi berkerja, berniaga, memerintah, belajar semuanya lengkap di ajar kepada manusia. Namun manusia yang tidak mahu menggunakan manual yang datang dari Maha Pencipta. Kita semua guna manual yang dihasilkan oleh kalangan kita sendiri. Logikkah manusia yang mencipta robot kemudian robot itu buat manual untuk dia sendiri? Logikkah kalau kita cipta kereta tapi kereta tu buat manual dia sendiri? Fikirkanlah.

Kenapa ini berlaku? sebab kita tidak mafhum tentang Yang Maha Pencipta. Kita diajar Rukun Iman tetapi kita tak diajar bagaimana memahaminya Rukun Iman. Fikirkanlah..

Wallahualam

Hakikat Manusia

Secara amnya manusia mempuyai 2 ciri utama iaitu :

  1. Hajatul udhowiyah
  2. Ghorizah

Hajatul udhowiyah bermaksud keperluan jasmani yang mana secara tak sedar telah wujud keperluan ini dalam diri manusia. Sebagai contohnya kita perlu untuk makan bagi memebuhi keperluan jasmani kita. Allah mengurniakan khasiat khasiat dalam diri manusia bagi memenuhi keperluan manusia itu sendiri. Khasiat khasiat ini adalah seperti rasa mengantuk yang mendorong kita untuk berehat, rasa lapar yang akan mendorong kita untuk makan, rasa dahaga yang mendorong kita untuk minum dan lain lain lagi. Dengan wujudnya khasiat khasiat ini menyebabkan manusia akan melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan jasamannya.

Ghorizah membawa maksud naluri. Pada setiap manusia pasti mempunyai ghorizah, iaitu naluri yang timbul dari dalam dirinya. Ghorizah ini boleh dibahagikan kepada 3 cabang iaitu :

  1. Al Nau’ (berkasih sayang)
  2. Al Baqo’ (mempertahankan hak)
  3. Al Tadayyun (beragama)

Naluri Nau’ yang ada dalam diri manusia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, dengan wujudnya naluri ini, manusia akan mencari pasangan dan melakukan hubungan seksual untuk menyambung keturunannya. Dengan adanya naluri ini juga menyebabkan manusia menyayangi anaknya dan berusaha dengan apa jua sekalipun untuk membesarkan anaknya. Nau’ bukan sekadar merangkumi apa yang disebutkan di atas, ia juga merangkumi kasih sayang sesama manusia secara kesulurhannya. Contohnya kita merasa kasihan melihat orang lain yang mengalami kesusahan. Munculnya rasa kasihan itu adalah kerana wujudnya Naluri Nau’ dalam diri kita.

Naluri baqo’ atau mempertahankan hak bukan sahaja bermaksud mempertahankan diri dari bahaya. Ia merangkumi mempertahankan diri dari segi ego, harta, pemilikan dan sebagainya. Beberapa contoh untuk memahami naluri baqo ini adalah seperti dibawah :

  1. Keinginan untuk membeli kereta, handphone, camera dan sebagainya
  2. Meletakkan kamera litar tertutup di rumah untuk mengawasi rumah daripada pencuri.
  3. Memberi bukti bukti dan alasan yang kukuh kepada seseorang jika diri kita dituduh melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak kita lakukan.

Naluri tadayyun ini sama ada sedar atau tidak, ia memang wujud dalam setiap manusia. Tidak kira samada orang asli yang tinggal di hutan, ataupun di tengah kotaraya besar. Dengan naluri ini maka wujudlah agama agama yang banyak dimuka bumi ini. Naluri ini akan menyebabkan manusia akan cuba mencari sesuatu untuk disembah. Objek yang disembah itu pula mestilah sesuatu yang hebat dari objek objek lain. Contohnya penyembahan kepada matahari. Mereka menyembah matahari kera mereka menganggapnya hebat.

Setiap manusia pasti akan terasa adanya perasaan ingin meminta pertolongan kepada satu kuasa lain apabila berlaku sesuatu yang diluar kawalan diri manusia itu sendiri. Contoh paling mudah, dalam satu kapal terbang terdapat 200 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Tiba tiba juruterbang mengumumkan ada masalah teknikal dalam kapal terbang tersebut. Sememangnya semua yang berada dalam kapal terbang iu termasuk juru terbang tersebut tidak dapat melakukan apa apa untuk membaiki kerosakan tersebut ketika dalam penerbangan. Apakah tindakan mereka? Sudah pasti mereka mula berdoa kepada sesuatu yang mereka percaya yang dapat menyelamatkan keadaan. Ada yang menyilangkan salib di dada, ada yang menadah tangan memohon doa, ada yang merapatkan kedua dua telapak tangan sambil mengangguk-ngangguk dan mulut terkumat kamit. Ini semua membuktikan mereka semua percaya akan wujudnya suatu kuasa yang dapat merubah segala keadaan. Yang menyebabkan kepercayaan ini adalah naluri tadayyun tersebut.

Persoalan mengenai Hakikat Manusia

Kenapa tindakan atau perlakuan terhadap naluri ini berbeza antara manusia?

  1. Realiti
  2. ilmu
  3. akal
  4. Mafhum

Apa berlaku jika naluri naluri itu terpenuhi atau tidak terpenuhi

Adakah wujud satu peraturan atau tatacara atau manual atau rujukan bagi manusia memenuhi keseluruhan keperluannya?

Pemikiran Islam

Sempena hari Jumaat ini, aku nak ajak kawan kawan semua berfikir sejenak. Aku bukan nak tunjuk pandai, cuma menyampaikan apa yang aku rasakan betul. Jika salah saya bersedia menerima teguran.

Akhir2 ini atas desakan hati, aku cuba mencari golongan pemikir Islam untuk belajar. Dalam mencari, akhirnya aku bertemu dengan Hizbut Tahrir (HT). Satu kumpulan yang boleh dikatakan mempunyai Cara Pemikiran Islam yang aku cari. Sebenranya Hizbut Tahrir adalah lebih dari itu, tak mampu untuk aku terangkan dalam wacana ini. (Untuk Maklumat lanjut sila ke http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/index.htm) . Selepas beberapa sessi bersama HT, aku rasa aku nak sampaikan apa yang aku faham kepada sahabat semua. Mungkin ia cuma sekelumit. Namun Sabda Nabi SAW:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya :Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari dan Tirmizi)

Umat Islam secara amnya percaya wujudnya Yang Maha Mencipta. Namun begitu tidak ramai yang merujuk kepadaNya jika wujud permasalahan dalam kehidupan. Bagi kebanyakan umat Islam sekarang akan merujuk kepada Yang Maha Pecipta apabila masalah tersebut berkaitan dengan penyembahan. Cthnya bila nak dirikan solat nak puasa, nak tunaikan haji, tidak jika masalah itu mengenai gejala sosial, persengketaan antara manusia dan sbg nya. Sedangkan kita percaya Dia yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka tentulah kita dapat menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam kehidupan ini dengan kaedah yang telah di ajar melalui Al Quran dan Sunnah. Satu contoh yang amat mudah difahami :

Antara kereta BMW dan Perodua Kancil, kita tahu BMW mempunya engineer engineer yang hebat maka enginenya juga memang hebat. Tapi jika kita mempunyai sebuah kereta Kancil, dan apabila ianya mempunyai masalah rumit sehinggakan mekanik biasa tidak tahu untuk membaikinya, sudah tentu kita akan hantar ke Perodua untuk dibaiki. Kenapa? kerana Perodua yang buat Kereta Kancil tersebut bukan BMW. Maka kerana Perodua yang membuatnya pasti kita sedar yang lebih mengetahuinya adalah Perodua dan bukan BMW.

Begitu juga dengan kita. Kita tahu siapa pencipta kita. Maka siapa yang lebih tahu tentang permasalahan kita? Saudara tentu dapat menjawabnya.

Wallahualam.