Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, November 19, 2011

Solar-powered talking Bible

Beberapa hari lalu Dr Hasan Ali ada memberi kenyataan yang salah satu punca umat Islam di Malaysia menjadi murtad kera pihak gereja menyebarkan ajaran Kristian melalui solar-powered talking Bible. Kenyaan sebigini sebenarnya amat memalukan orang Islam khususnya di Malaysia. Adakah hanya dengan adanya alat ini membuatkan akidah umat Islam terus goyah? dari kecil sehingga sekarang kita membaca Al QUran dan tafsirnya, mendengar ayat ayat Al Quran yang sering berkemundang dan kemudian dengan datang alat solar-powered talking Bible ini aqidah umat islam tergugat? Apakah benar kenyataan Dr Hasan ini atau cakap cakap yang tidak berasas yang bermotifkan politik semata mata?

Di zaman teknologi yang serba canggih ini, tanpa solar-powered talking Bible sekalipun, sesiapa saja dapat mengakses sama ada bible atau Al Quran.  Apa relevennya dengan penyebaran alat ini menyebabkan orang Islam di Malaysia boleh murtad. Dr Hasan seolah menganggap umat Islam di Malaysia mempunyai Aqidah yang amat lemah. Itu kah yang cuba dikatakan beliau? Jika itu adalah benar perlukah dia menuding jari kepada penyebaran solar-powered talking Bible ini?

Di Malaysia ini bukan sedikit Jabatan Agama Islam. Setiap Jabatan agama mempunyai dana yang tidak sedikit. Sepatutnya banyak usaha dan tindakan yang boleh diambil untuk memperkukuhkan dan menyebar agama Islam ini. Kalau di pihak sana menyebarkan solar-powered talking Bible, sepatutnya counter dengan solar-powered talking Al Quran di tambah lagi dengan ceramah ceramah kat dalam alat tu. Atau fikir cara yang lebih kreatif untuk menanganinya dengan lebih baik lagi.

Kadang kadang terasa pelik melihat telatah mereka ini. Bila berdepan dengan orang yang cuba menyampaikan agama Islam, Mereka sekat dan tahan kerana tidak ada tauliah. Kemudian salahkan orang lain cuba nak sebar ajaran lain. Mungkin itu sebabnya tak ada yang nak kuarkan dan sebarkan  solar-powered talking Al Quran  Mungkin sebab nanti ada yang kena tangkap sebar solar-powered talking Al Quran tu tanpa tauliah.

Wallhualam.



Wednesday, November 16, 2011

Berkorban apa saja

Tiba-tiba aku teringatkan lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham tan Sri P Ramlee dalam Filem Hang Tuah

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan Mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji


Senikata yang ringkas tapi penuh pengisian. Kepada yang berfikir, tentu persoalan kepada siapa sebenarnya pengorbanan ini. Bila merenung jauh, baru aku tersedar P Ramlee membuka ruang untuk kita menafsir sendiri tentang pengorbanan. Sesungguhnya kepada siapa kita letakkan perasaan cinta itu. Kita akan menjadi seperti yang diceritakan dalam lagu ini. Kalau kita betul betul mencintai Negara Malaysia, kita akan sanggup lakukan pengorbanan ini. Jika kita cintakan isteri, anak anak dan keluarga, kita juga pasti sanggup melakukan pengorbanan. Kalau kita benar benar mencintai Allah dan RasulNya, sudah pasti mafhumnya, kita akan sanggup melakukan pengorbanan ini.


Selagi kita tidak sanggup melakukan pengorbanan kepada yang kita kata kita cintai maka ia bukanlah lagi cinta sejati.

Friday, November 11, 2011

Majlis Ilmu

Dengan kesibukan kita mencari rezeki, kita sering terlupa salah satu tuntutan penting kepada umat manusia amnya dan umat islam khususnya. Mencari ilmu adalah satu yang patut dilakukan setiap hari tanpa mengenal rasa jemu.
Dalam kecanggihan teknologi masa kini mencari ilmu dapat dilakukan dengan mudah. Salah satu medium yang boleh digunakan adalah medium internet. Di sini buat permulaan, saya cuba kongsikan beberapa Kuliah Dr Asri  di satu tempat. Anda juga boleh menontot video video ini di Youtube.
 Insyaallah di masa akan datang saya akan cuba memuatkan video video dari ulama ulama lain.

Klik di sini untuk menonton atau klik pada link i-Channel di bahagian atas blog ini.
 
Selamat menonton.