Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, March 3, 2012

Kalimah Syahadah

Semua umat Islam pasti tahu tentang kalimah syahadah. Namun adakah kita pernah terfikir atau cuba untuk berfikir apakah sebenarnya yang terkandung dalam 2 kalimah syahdah yang sekurang-kurangnya kita akan melafazkannya sebanyak 10 kali sehari.

Pernahkah kita menyoal diri kita persoalan persoalan besar kepada diri kita sendiri? Persoalan tentang kewujudan kita di dunia ini. Apakah sebenarnya tujuan kita diciptakan Allah. Pernahkah kita bertanya jika aku percayakan kewujudan Allah, dimanakah Allah? Pernahkah pula kita berfikir kenapa seorang lelaki arab yang bernama Muhammad itu di pilih Allah sebagai pesuruh Allah.

Kita juga percaya bahawa Iblis telah dilaknat Allah dan juga percaya bahawa Allah juga Maha Pengampun. Pernahkah kita mencabar pemikiran kita sama ada Allah akan mengampunkan Iblis satu masa nanti?

Adakah berdosa jika bertanya tentang apa yang saya sebutkan diatas tadi?

Berfikir adalah satu fitrah manusia lebih lebih lagi jika kita ingin mempercayai sesuatu perkara. Jika kita mendengar satu fakta bahawa sebenarnya manusia mampu untuk terbang seperti Superman, pasti kita ingin lihat dengan mata kepala kita sendiri sebelum mempercayainya. Sudah tentu kita akan memberi soalan bertalu talu kepada pencerita untuk memastikan kebenaran ceritanya. Itulah fitrah akal sebelum menerima sesuatu untuk dipegang sebagai sesuatu yang perlu dipercayai.

Jadi bagi aku persoalan persoalan di awal artikel ini adalah satu keperluan dan satu yang harus dicari jawapannya untuk kita benar benar yakin kepada kalimah syahadah yang kita sering lafazkan sebagai seorang Islam. Selagi jawapanya masih kabur, secara tidak langsung tahap kepercayaan kita atau aqidah kita masih rapuh.

Kalimah syahadah ini amat besar dan ia adalah kunci utama terhadap kepercayaan kita kepada perkara perkara lain yang tersenarai di dalam Rukun Iman. Sebagai contoh, mana mungkin kita percayakan kewujudan kitab kitab terutama Al Quran jika kita sendiri tidak yakin akan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Tidak mungkin kita akan percayakan Al Quran, jika kita masih ragu ragu yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Malang sekali bagi kita sekarang ini apabila kita cuba memberi soalan soalan begini kepada ustaz ustaz, kita sering diberi jawapan yang agak mengecewakan. Antara jawapan yang popular, "Jangan tanya soalan macam tu, belajar la lain dulu sebelum tanya benda benda camtu...". Cuba bayangkan kalau kita berada di zaman nabi, adakah itu jawapan yang akan diberikan oleh baginda. mana mungkin kita dapat mendirikan solat dengan kusyuk dan ikhlas jika kita masih samar tentang aqidah kita.

Semoga kita berupaya menjawab persoalan yang akan mengukuhkan lagi pegangan kita terhadap kalimah syahadah ini.