Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, December 6, 2009

OneMalaysia : OneUmmah

Di Malaysia sekarang ungkapan OneMalaysia atau Satu Malaysia semakin popular. Namun begitu ketidakstabilan politik semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika ini berterusan, umat melayu yang juga umat Islam di Malaysia akan menjadi lemah.

Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. (Sila rujuk Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia). Namun sebenarnya jika ingin mengkaji asal usul bangsa misteri ini anda boleh merujuk http://mistisfiles.blogspot.com .

UMNO adalah sebuah parti Melayu, maka UMNO juga adalah parti orang Islam. PAS pula sememangnya parti orang islam. PKR walaupun bukan parti melayu namun kebanyakan ahli dan penyokong-penyokongnya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama Islam. Terima atau tidak, umat Islam khususnya di Malaysia semakin lemah akibat pertelingkahan orang Islam itu sendiri. Sedar atau tidak, di sekeliling Malaysia atau di Nusantara yang parti pemerintahnya terdiri daripada parti yang mementingkan agama Islam. UMNO yang kita tahu sememangnya sekular, namun sebenarnya jauh di hati hati mereka masih wujud keimanan.

UMNO boleh dianggap abang kepada parti parti politik yang dianggotai orang melayu ketika ini. PAS adalah adik kepada UMNO. PKR pula adik bongsu kepada UMNO dan PAS. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS ini cuba sedaya upaya untuk bersama-sama saling bantu membantu, tegur menegur antara satu sama lain. Kedua-dua pihak ini sebenarnya mempunyai satu persamaan yang jelas, iaitu ISLAM. Alangkah baiknya jika PAS tidak mengkafirkan UMNO malah sentiasa berdakwah dengan cara yang lebih halus agar hati hati pemimpin UMNO terbuka membuang fahaman sekularnya sedikit demi sedikit. Bukankah lebih mudah PAS berbuat demikian berbanding cuba untuk mengajak DAP untuk menegakkan negara Islam?

Tentu anda ingat ketika ura ura PAS dan UMNO cuba duduk semeja? Sebenarnya ada pihak yang tidak senang jika ini benar benar berlaku. Pihak ini adalah pihak yag mahu umat Islam di Malaysia ini berpecah. Jika di negara2 arab umat islam berpecah kepada sunnah dan syiah. Di Malaysia mereka cuba memecahkan umat islam kepada PAS dan UMNO. Selama 50 tahun mereka berjaya mempertahankan perpecahan ini. Mereka tidak akan senang jika hari ini atau esok penyatuan ini dapat direalisasikan.

Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang wujudnya Hizbut Tahrir di Malaysia. HT adalah satu parti politik yang juga bercita cita mendirikan semula Sistem Pemerintahan Islam di muka bumi Allah. Mungkin HT dapat menjadi "bridge" bagi merealisasikan penyatuan PAS dan UMNO. HT yang pandai dalam memanipulasikan "realiti" dalam gerakannya tentu tidak terlepas melihat realiti ini. Realiti perpecahan umat Islam di Malaysia yang semakin meruncing. Walaupun perjuangan HT lebih kepada perjuangan global, permasaalahan setempat sepatutnya menjadi keutamaan. Ini kerana permasaalahan setempat adalah titik mulanya permasaalahan yang global.

Cukuplah kita berpolitik dgn cara menuding jari anatara satu sama lain. Berusahalah mencari cara yang lebih membina. Kepada UMNO, cukuplah, lupakanlah usahamu utk melemahkan PAS. Kepada PAS, cukuplah. Jangan lagi mengkafirkan UMNO. Ajar mereka dengan lebih berhikmah. Kepada HT, janganlah bertindak sendirian. UMNO dan PAS boleh disatukan atas nama ISLAM. bawalah mereka bersama untuk berjuang mengembalikan kegemilangan ISLAM. Jika kita percaya OneMalaysia dapat memberi impak kepada kemajuan negara, OneUmmah akan berjaya memberi impak yang lebih besar. Ia akan memberi impak kepada kemajuan dunia.

Wallahualam.

Friday, December 4, 2009

Hanya 2 Golongan Manusia

Pada saya hanya terdapat 2 sahaja golongan manusia sahaja yang wujud di dunia ini. Boleh juga dianggap 2 Parti atau 2 Pasukan. Golongan pertama adalah golongan yang menjadi pengikut kepada kebenaran iaitu golongan yang disebelah Sang Pencipta, manakala golongan yang satu lagi adalah pengikut sang Penderhaka yakni syaitan.

Pasukan elit kedua-dua golongan ini sedang berusaha untuk mempengaruhi manusia agar menjadi anggota pasukan mereka. Pilihlah yang terbaik. Muhassabah lah diri agar kita sedar disebelah manakah kita berada sekarang.

Wallahualam

Nota : Blog ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang peperangan antara 2 golongan ini. http://mistisfiles.blogspot.com/ . Selamat membaca.

Friday, September 4, 2009

17 Ramadhan

Selain Nuzul Quran, kita sering melupakan satu peristiwa besar yang berlaku pada tarikh ini, Peristiwa yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peristiwa ini sepatutnya dikenang seperti Rakyat Malaysia mengenang Hari Kemerdekaan. Perang Badr Qubra berlaku pada tarikh ini. Dalam Perang ini terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran terbaik bagi umat Islam. Kemenangannya menjadi satu permulaan sejarah keagungan Islam. Perang ini memberi erti kemerdekaan sebenar kepada kita semua umat Islam.

Wallahualam

Thursday, August 6, 2009

Pejuang VS Pengganas

Semakin hari semakin hilang ungkapan pejuang Islam di bibir masyarakat umum. Semakin hari semakin popular istilah "Pengganas", lebih malang lagi apabila masyarakat umum mempunyai pandangan stereotype bahawa Pengganas adalah orang yg berjanggut lebat dan beragama Islam dan biasanya dari bangsa arab. Itulah yang terpancar di mata minda masyarakat umum?

Sedar atau tidak gambaran ini jika diselidiki ia adalah satu konspirasi jahat untuk meliberalkan umat Islam yang lain. Bayangkan peribadi pengganas yang dicipta dan dimiripkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berbangsa Arab, dan menjadi sunnah beliau menyimpan janggut yang agak lebat. Cuba anda bayangkan jika pemikiran umum ini ditanam kepada kanak-kanak sejak dari kecil. Apa agaknya tanggapan mereka jika kita cuba menceritakan tentang Rasulullah SAW? Berkemungkinan besar otak mereka dengan secara tidak sedar membuat kesimpulan aatau menyamakan Rasulullah SAW dengan watak yang dicipta bagi mengelirukan umat islam. Nauzubillah.

Sebagai umat islam, kita perlu berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak seharusnya menerima apa jua berita tanpa berfikir secara Islami walaupun berita itu datang dari orang Islam sendiri.

Di bawah ada link ke satu blog baru yang cuba menyingkap apa yang berlaku, Wallahualam

Saturday, April 18, 2009

Malaysia - Barisan Kepimpinan Baru

Mungkin ramai juga rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka hasil dari perubahan besar kepimpinan negara. Pada aku, tidak ada apa sangat yang boleh diharapkan. Ia hanyalah umpama sebuah kereta yang diganti pemandunya, sedangkan kondisi kereta itu masih tetap sama dan jalan yang dilaluinya juga masih sama. Maka destinasinya juga akan tetap sama. Jika pemandu dahulu memandu kearah destinasi hitam, maka destinasi hitam jua yang sedang pemandu baru ini tuju. Namun jika pemandu ini bertekad menukar keretanya, ia juga tidak memberi apa apa makna jika jalan yang dilalui masih jalan yang sama. Jika jalan juga ditukar, namun destinasinya sama, maka ia masih tetap begitu.

Matlamat/Destinasi yang perlu dituju adalah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sekadar untuk menyatukan Malaysia dengan slogan "Satu Malaysia". Untuk mendapat keredhaan Allah, seperti yang semua umat Islam tahu, iaitu dengan melakukan apa yang disuruhNya dan tinggal apa yang dilarangNya. Adakah sistem Demokrasi yang menuhankan manusia dengan meredhakan manusia manusia menggubal undang-undang dengan tangan tangan mereka sendiri diredhai Allah? Tepuk dada tanya Iman. Adakah sistem yang membolehkan manusia manusia menolak hukum yang telah Allah tetapkan dengan sekadar mengangkat tangan ini diredhai Allah? Tepuk dahi tanya akal..

Wallahualam

Jemariku mengetuk semula...

Sekian lama jemariku tidak mengetuk, bukan kerana ketandusan idea, cuma aku berada didalam salah satu situasi dalam hadis ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Sunday, February 22, 2009

Demokrasi: Menuhankan Manusia

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Inilah definasi demokrasi. Ramai yang menganggap demokrasi itu adalah pilihanraya, sedangkan pilihanraya itu cuma satu cara utk memilih wakil. Demokrasi adalah satu sistem yang memberi kekuasaan kepada manusia untuk mentadbir sesebuah negara di atas tangan tangan manusia sendiri. Ini termasuk menggubal undang undang. Penggubalan undang undang ini ini ditentukan oleh suara majoriti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini bermaksud, rakyat memilih wakil wakil untuk menggubal undang undang.

Sistem Demokrasi ini umpama menuhankan manusia. Jika manusia berhasrat menghalalkan riba, ini dapat dilakukan dalam demokrasi. Jika manusia ingin menghalalkan perkahwinan Gay mereka dapat melakukannya menggunakan jalan demokrasi. Sedangkan hukum tuhan secara jelas mengharamkan kehendak manusia itu. Adakah tangan tangan manusia lebih baik daripada Allah?

Oleh itu, memilih wakil dalam pilihanraya di dalam sebuah negara Demokrasi adalah sesuatu yang salah kerana kita memilih wakil kita untuk mengambil hak Allah.

Wallahualam

Derhaka kepada sultan..



يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَ أَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَ أُوْلىِ الْأَمْرِ مِنكم....‏
An-Nisa 59


Ketika ini isu perderhakaan kepada Sultan menjadi perdebatan oleh dua pihak. Ia berlaku rententen peristiwa Sultan Azlan Shah menitahkan menteri besar perak,Nizar meletak jawatan dan melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru. Nizar dituduh derhaka kerana ingkar dengan titah Sultan. Mufti Perak menyatakan bahawa berdosa jika mengingkari titah Sultan berdasarkan nas di atas dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan Sultan tidak pernah menyeru kepada kemaksiatan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat".

- Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Namun apakah pula yang kita perlu lakukan jika pemimpin2 kita melakukan maksiat? Rasulullah SAW telah menyenaraikan tiga perkara yang Allah redai untuk diamalkan bagi hamba-hamba-Nya yang mana salah satu darinya adalah: "…Kalian menasihati orang-orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian."

Bagaimana cara terbaik menasihati pemimpin?

Rasulullah SAW telah mengajar kepada umatnya tentang cara untuk menasihati pemimpin melalui sabda Baginda: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat tersebut) maka itulah yang diharap-harapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat tersebut) telah melaksanakan tanggungjawabnya". - Hadis riwayat Imam Ahmad

Sampai bila kita nak membiarkan pemimpin yang melakukan maksiat?

Rasulullah SAW bersabda:
"Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia telah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Para sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (sahaja) dengan pedang? Baginda menjawab: "Jangan, selama mana mereka masih menegakkan *solat di tengah-tengah kalian".

- Hadis riwayat Imam Muslim

* "solat" dalam hadis tersebut merupakan kiasan (kinayah). Maksud "selama mereka masih menegakkan solat" ialah "selama mereka masih menegakkan hukum Islam". Dalam ilmu balaghah, perumpamaan sebegini termasuk dalam kategori "ithlaq al-juz'i wa iradatu al-kulli" i.e. menyatakan sebahagiannya, sedangkan yang dimaksudkan adalah keseluruhannya. Solat merupakan perkara yang terpenting dalam Islam. Oleh yang demikian, ia digunakan bagi "mewakili" hukum Islam keseluruhannya sesuai dengan statusnya sebagai "tiang agama".


Dengan beberapa potong hadith di atas, ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak. Namun soal siapakah pemimpin Ulil Amri yang dimaksudkan dalam ayat 59 An Nisa perlu diperjelaskan. Selain itu bagaimana perlantikan pemimpin mengikut Islam juga adalah satu yang perlu diperjelaskan.

Wallahualam

"Takut menderhaka kepada Allah.. "

Friday, February 20, 2009

Tuesday, February 10, 2009

Monday, February 9, 2009

Perak : Bukti kegagalan sistem demokrasi

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kisah pemerintahan di Perak. PR mendakwa mereka adalah pemerintah sebenar yang dipilih rakyat. BN pula mendakwa mereka mempunyai majoriti mudah dalam DUN dan berhak memerintah. Sultan pula enggan membubarkan DUN seperti yang dicadangkan oleh PR. Akhirnya Perak mempunyai dua MB.

Lihatlah betapa kucar kacirnya sistem demokrasi ini. Kita tolak kisah si Sultan. Maka siapa yang mempunyai kerusi DUN yang lebih maka dengan sistem ini kumpulan ini layak memerintah. Oleh itu jika minggu depan 3 orang dari BN melompat ke PR sekali lagi perubaha tampuk pemerintahan akan berlaku, maka upacara angkat sumpah berulang semula.Yang mendapat kerugian dengan apa yang terjadi adalah rakyatnya.

Sistem demokrasi adalah satu sistem yang kucar kacir. Carilah satu sistem ynag diredhai allah.Sistem yang diajar oleh pencipta manusia.

Wallahualam

Saturday, February 7, 2009

Friday, February 6, 2009

Saturday, January 31, 2009

Islam utk siapa?

Masyarakat di kebanyakkan negara yang memiliki majoriti penduduk yang beragama Islam mempunyai persepsi yang begitu bertentangan bagi persoalan "Islam utk siapa?" Bagi negara Malaysia atau di nusantara, Islam dianggap hanya kepada bangsa melayu. Di negara negara arab pula persepsi Islam itu hanya berkisar kepada bangsa arab sahaja. Inilah salah satu persepsi yang menyebabkan dakwah Islam di negara negara yang bermajoritikan umat Islam menjadi lemah. Kita lihat di Malaysia sendiri kaum cina yang beragama Islam amat sedikit. Ini kerana persepsi yang dibawa oleh umat Islam itu sendiri menjauhkan non-muslim berbangsa non-melayu ini dari ruang lingkup keislaman. Tidak seperti di US, umat Islam di sana adalah golongan minoriti dan mereka tidak mempunyai persepsi yang Islam itu milik satu bangsa tertentu, maka dakwah menjadi lancar dan bilangan non muslim yang memeluk Islam lebih ramai.

Berbalik kepada persoalan Islam untuk siapa. Berikut adalah 5 ayat Al-Quran berkaitan dengan persoalan ini :

"Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam." (Al Anbiyaa 107).

"Dan tiadalah Kami mengutus angkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Qs. Saba' 28).

"Al Qur'an adalah suatu peringatan untuk semesta alam" (Qs. At Takwiir 27 dan Al Qalam 52).

"Dan Kami turunkan Al Qur'an kepadamu (Muhammad) supaya engkau jelaskan kapada umat manusia, apa-apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka berpikir." (Qs. An Nahl 44).

"Muhammad bukanlah bapak salah seorang dari laki-laki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs. AlAhzaab 40).
Ayat-ayat di atas jelas menyatakan Islam bukan hanya untuk sesatu bangsa, ia adalah utk seluruh alam dan kepada seluruh Umat Manusia.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik non-muslim, Nabi Muhammad dianggap sebagai seorang pelopor kepada anti racialist:
"FourYears after the death Justinian or, A.D. 569, was born at Mecca, in Arabia the man who, of all men exercised the greatest influence upon the human race, Mohammed"

"4 tahun selepas kematian Justinian 560M, lahir seorang lelaki di Mekah,jazirah Arab,seorang yang kemudian mempunyai pengaruh sangat besar terhadap umat manusia, iaitu Muhammad".

(John William Drapper, M.D. LL.D.A., History of Intelectual Development of Europe, London 1875, vol. I, hal. 329)
Marilah kita sama sama buang persepsi yang salah tentang "Islam utk siapa?" ini. Kemudian barulah kita boleh mengubah persepsi non-muslim yang lain.

Wallahualam.

Thursday, January 29, 2009

Fikrah Dan Thariqoh

Dalam post yang lepas saya memberi pendapat tentang punca kegagalan parti politik Islam dalam usaha membangkitkan umat. Ia dapat disimpulkan bahawa kecelaruan fikrah dan thariqoh menjadi punca yang utama.

Islam bukan hanya sebagai agama yang dianuti. Sesuai dengan penakrifan Islam ialah Al-deen yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada Umat Manusia bagi mengatur segala urusan kehidupan iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan manusia lain. Maka Islam adalah sebuah idealogi yang mengandungi Fikrah dan Thariqohnya atau lebih senang difahami dengan Pemikiran Dasar dan Method perlaksanaannya.

Sebagai contoh, idealogi kapitalisme yang dalam fikrahnya terdapat "kebebasan individu" dan sebagai thariqohnya, ia mewujudkan Sistem Demokrasi di mana suara majoriti di ambil kira untuk menetapkan sesuatu hukum. Apabila fikrah digabungkan dengan thariqoh tertentu ia akan menjadi satu cara hidup. Oleh itu kita harus terima pada masa sekarang, dunia, termasuk umat islam sendiri sedang berada di dalam cara hidup Kapitalisme. Di mana slogan syang sering meniti di bibir umat islam bahawa "Islam adalah satu cara hidup" sedangkan cara hidup yang diambil adalah cara hidup kapitalisme?

Contoh lain, dalam fikrah Islam, riba adalah haram, namun apakah thariqah bagi melaksanakan pengharaman ini? Wujudkah undang-undang yang menghukum pengamal pengamal riba? Aktiviti riba diberi lesen oleh pemerintah untuk diamalkan. Adakah ini method yang disarankan oleh Islam? Inilah kecelaruan fikrah dan thariqoh yang saya maksudkan. Pemerintah pemerintah Islam ini tahu bahawa haramnya riba, jadi fikrahnya ada namun thariqohnya tidak ada. Pemisahan Fikrah dan Thariqoh ini yang tidak menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Ia hanya mengambil sebahagian dari takrifan Islam itu, iaitu ia mengatu hubungan manusia dengan penciptanya. Bila bercerita tentang Islam ia hanya berkisar solat puasa haji.

Oleh yang demikian, parti parti politik Islam harus memperbetulkan fikrah atau pemikiran dasarnya, serta thariqoh yang jelas dan Islami jika mahu melihat Islam kembali bertapak di muka bumi ini. Selagi ini tidak tercapai selagi itu kita tidak mengamalkan cara hidup Islam, kita hanya seorang muslim yang mempunyai cara hidup Kapitalisme, Komunisme atau sosialisme.

Wallahualam

Wednesday, January 28, 2009

Punca Kegagalan Parti Politik Islam

Sejak jatuhnya kekhilafahan, banyak gerakan gerakan atau parti parti Islam muncul bagi membangkitkan umat Islam dan mengembalikan syariat Islam. Namun sehingga sekarang, tidak ada satu pun yang berjaya mecapai matlamat dan ada juga yang terus berkubur.

Jika diteliti punca utama kegagalan ini, ia berkisar kepada 4 faktor utama ini.

1. Gerakan gerakan ini berdiri di atas satu konsep yang terlalu umum dan tidakada had atau batasan perjuangan yang jelas. Maka ia menghasilkan satu pemikiran yang tidak jelas.

2. Gerakan gerakan ini tidak mempunyai method atau cara perlaksanaan yang jelas, sehinggakan method bagi menerapkan konsep pemikiran atau fikrahnya menjadi amat kabur. Sebagai contoh, kita hendak ke KLIA dengan memandu kereta sendiri. Sememangnya kita sudah arif tentang konsep pemanduan kereta , namun sehebat mana pun kearifan kita tentang pemanduan kereta, jika kita tidak mengetahui jalan menuju ke KLIA, akhirnya kita tidak akan sampai ke sana.

3. Gerakan gerakan ini menumpukan kepada orang orang yang tidak mempunyai kesedaran yang benar. Orang orang ini masih tidak mempunyai niat yang lurus. Dan orang orang ini disuntik dengan semangat dan keinginan semata-mata tanpa asas asas pemikiran yang kukuh tentang apa yang diperjuangkan. Contohnya, kenapa dalam PRU ke 12 yang lepas rakyat memilih PAS? Adakah mereka memilih PAS kerana ingin menegakkan syariat Islam atau kerana ingin melihat BN tumbang?

4. Meraka yang bertanggungjawab dalam gerakan ini, tidak mempunyai ikatan yang benar. Ikatan yang ada hanyalah berdasarkan tatacara kerja yang termaktub dalam sesebuah organisasi itu, bukan atas dasar pemahaman fikrah dan thariqohnya.

Wallahualam

Bersambung Insyaallah

Thursday, January 15, 2009

Bahasa Arab : Teras utama kemajuan umat Islam

Islam pernah menjadi satu tamadun yang amat hebat pada satu ketika dahulu. Ia berada dikemuncak pada sekita abad ke 7 Hijrah. Namun pada abad ke 12 Hijrah, kekuatan empayar ini semakin menyusut.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah, Baghdad merupakan sebuah gedung Ilmu yang amat hebat. Pada ketika itu eropah sedang berada di zaman kegelapan. Manusia dari seluruh pelusuk dunia dtang ke Baghdad utk menuntut ilmu. Mereka yang datang harus mempelajar Bahasa Arab bagi mendalami ilmu, bukan sahaja Ilmu Islam malah ilmu yang lain seperti perubatan, astronomi dan sebagainya. Pada masa itu Bahasa Arab menjadi bahasa yang amat penting. Ilmu islam yang berkembang begitu pesat sehinggakan banyak ijtihad2 berlaku pada zaman ini, buktinya adalah kewujudan 4 mazhab utama.

Setelah kejatuhan kerajaan Abasiyah dan naiknnya Kerajaan Uthmaniyah, pintu ijtihad mula ditutup. Mereka merasakan bahawa tidak ada keperluan lagi utk berijtihad kerana Ijtihad 4 mazhab ini sudah cukup dan mernagkumi semua aspek kehidupan. Umat Islam mula menerima hukum hukum atau ijtihad2 ini tanpa mengetahui nas nasnya. Secara tidak langsung penguasaan bahasa arab semakin hari semakin lemah. Untuk menjadi mujtahid seseorang wajib bagus dalam bahasa arab kerana rujukannya iaitu Al Quran dan Hadith adalah dalam bahasa Arab. Bermula pada inilah empayar Islam mula menjadi lemah.

Kekuatan umat Islam adalah terletak pada 2 sumber utama iaitu Al Quran dan Hadith. Kedua dua sumber ini adalah dalam Bahasa Arab. Kelemahan umat Islam dalam bahasa arab secara langsung memberi kesan kepada kelemahan umat Islam sekarang.

Sunday, January 11, 2009

Peringatan buat sekalian musuh Allah

Ayat di bawah boleh dijadikan dorangan kepada umat Islam bagi menentang Israel. Dan ia juga sebagai peringatan buat Zionis yang kejam.

إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ
حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ
عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ
كَلِمَةَ التَّقْوَى وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا
وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


(ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ
لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاء اللَّهُ
آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا
تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ
ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا


Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya).

Al Fath 26-27

Saturday, January 10, 2009

Mencari penyelesaian

Masalah di Palestin semakin hari semakin parah. Pelbagai resolusi dihasilan dari beberapa organisasi dunia namun tiada satu pun yang menampakkan hasil yang memberangsangkan. Resolusi itu menggesa tentera Israel melakukan gencatan senjata dan berundur dari Gaza. Namun tidak dinyatakan pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap negara Israel jika gagal melakukan gencatan senjata. Secara logik akal pun, kita dapat tahu yang Israel tidak akan tunduk pada resolusi yang dikelaurkan, apatah lagi jika resolusi itu hanya dalam bentuk gesaan tanpa apa apa tindakan yang kukuh.

Kebanyakan penguasa-penguasa Islam seluruh dunia memandang masalah ini sebagai masalah orang Arab, malah mungkin memandangnya sebagai masalah antara Palestin dan Israel. Pada hakikatnya masalah ini sebenarnya adalah masalah Umat Islam seluruhnya. Firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]

Mangsa mangsa pembunuhan kejam rejim zionis ini adalah orang orang Islam. dan berdasarkan ayat di atas, mereka itu adalah saudara saudara kita. Malangnya, penguasa penguasa Islam tidak melakukan sesuatu yang wajar bagi membantu saudara saudara yang tertindas ini. Ada juga yang cuba menggunakan orang kafir menjadi perantara untuk menyelasaikan masalah ini. Firman Allah :

“...sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” [TMQ an-Nisa’ (4):101]

Sebenarnya usaha membebaskan negara Palestin ini menjadi amat sukar kerana ketiadaan satu payung yang sepatutnya memayungi negara negara Islam. Payung ini adalah Daulah Khilafah. Sepatutnya semua negara negara Islam adalah wilayah bagi Daulah Khilafah. Semua tentera tentera di negara negara Islam seluruh dunia adalah tentera Daulah. Tentera yang membawa satu panji yang sama dan dibawah satu kalimah yang sama, kalimah La ila ha ill Allah. Tentera tentera ini bertanggungjawab mempertahankan wilayahnya dan membantu wilayah wilayah lain jika perlu. Namun apa yang terjadi sekarang, tentera tentera negara negara Islam berada dibawah panji yang berbeza serta sempadan geografi dan politik menjadi penghalang utama. Lebih buruk lai jika ia digunakan sebagai alasan untuk membiarkan umat umat Islam di Palestin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Pembentukan Daulah Khilafah adalah agenda utama yang patut diperbincangkan dan diusahakan dalam perbincangam antara penguasa penguasa Islam sekarang. Kesedaran ini wajib ada didalam kotak pemikiran umat Islam lebih lebih lagi pada mereka yang memegang kekuasaan. Dengan apa yang telah terjadi kepada Palestin, sepatutnya menjadi satu batu loncatan bagi penguasa penguasa dunia Islam mencari jalan terbaik mewujudkan sebuah Daulah yang disuburi oleh syariat Allah SWT, Dalam masa yang sama, bantuan harus disalurkan kepada Palestin secara terus menerus. Tentera tentera Islam harus dikerah ke medan pertempuran secepat mungkin.

Apa yang boleh para penguasa lakukan dalam jangka masa pendek:

1. Usir dan tutup semua Pengkalan Tentera kafir yang berada di negara negara Islam.
2. Sekat bekalan minyak. Minyak tidak akan di eksport kepada semua negara negara kafir.
3. Hantar tentera tentera ke bumi Palestin.
4. Usir semua diplomat negara negara kafir terutama Israel,US dan sekutunya.

Bagi jangka masa panjang pula kita perlu:

1. Membentuk Daulah Khalifah.
2. Mencipta senjata senjata hebat.
3. Dakwah seluruh dunia.

Tidak ada yang mustahil yang ia akan dapat dicapai. Yang pentng kita perlu usaha bersungguh dan berdoa agar ia terlaksana.

Main Objective

Thursday, January 8, 2009

Sekolah dibom 48 maut


Sebahagian jemaah menunaikan solat jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan ke atas sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Genting Gaza, semalam. - Reuters


Tentera darat Israel terus mara ke dalam wilayah Genting Gaza dengan menggempur lokasi-lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian Hamas walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara itu dan menganggap serangan ke atas Gaza sebagai ‘penghapusan bangsa’.

Setiausaha Agung PBB,

Ban Ki-moon menganggap serangan tentera Yahudi ke atas sekolah di Gaza yang meragut 48 nyawa sebagai perbuatan paling biadab.


Berapa lama lagi pemimpin peminpin Islam perlu untuk sebulat suara menyerang balas Israel laknat ini? Bukankah mereka ini boleh memulakan dengan mengumumkan sekatan ekonomi kepada Israel dan US yang sepatutnya ia dilakukan sejak dahulu lagi, Negara Negara arab boleh menghentikan bekalan minyak kepada semua negara negara kafir. Negara lain boleh hentikan dagangan dengan US. Negara yang mempunyai akaun di US boleh menutup akaun akaun mereka.

Kemudian tentera tentera boleh dihantar ke Palestin dan berkubu disana. Strategi menyerang Israel boleh dibuat sambil mempertahankan Palestin.

Kalau inilah tindakan negara negara Islam seluruh dunia. Israel pasti akan lenyap dari peta Dunia. Insyaallah

Wallahualam

Wednesday, January 7, 2009

Harga minyak kembali tinggi

LONDON 6 Jan. (AFP) - Harga minyak mentah dunia kembali meningkat menghampiri paras AS$50 (RM175) setong apabila pasaran tenaga dikejutkan dengan gangguan bekalan gas di Eropah yang diburukkan lagi dengan cuaca sejuk.

Kontrak utama New York minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Februari, naik AS$0.57 (RM1.99) kepada AS$49.38 (RM172.83) setong.

Manakala minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Februari melonjak AS$1.08 (RM3.78) kepada AS$50.70 (RM177.45) setong.

Rusia telah memotong bekalan yang disalurkan ke Eropah melalui Ukraine sebagai tindak balas kepada dakwaan bahawa Ukraine mencuri bekalan gasnya. Ukraine, menyangkal tuduhan itu dan mendakwa Rusia sengaja mahu mencetuskan krisis.

Harga minyak mentah juga meningkat secara mendadak pada Isnin lalu, ekoran konflik Israel-Palestin dan pengeluar utama minyak mentah Iran berkata Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengadakan mesyuarat tergempar bulan depan.

Utusan 7 Jan 2009

Dari berita ini, dapat disimpulkan bahawa kemungkinan salah satu tujuan Israel menyerang Palestin adalah untuk menaikkan harga komiditi minyak. Betapa busukknya pemikiran kapitalis. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk keuntungan.

Adakah ini juga membuatkan negara negara Arab yang kaya dengan hasil minyak ini tidak mengambil apa apa tindakan yang munasabah bagi menghentikan serangan Tentera Israel? Ini kerana sebagai negara pengeluar minyak mereka mendapat untung jika harga komiditi itu meningkat.

Fikirkanlah...

"Kapitalisme : Satu Idealogi Sesat"

Berat mata memandang...

Sedih, sayu,pilu.. ini adalah salah satu hasil kekejaman tentera yahudi di Palestin. Ini juga mungkin boleh berlaku di sini jika kita terus membiarkan si laknat laknat itu membunuh saudara kita dengan sewenang wenangnya. Wahai pemimpin pemimpin Islam, mereka ini memerlukan pembelaan sewajarnya. Bukan wang ringgit tapi mereka memerlukan satu bala tentera yang lengkap bersenjata bagi memerangi tentera laknat itu. Pengisytiharan perang terhadap Tentera Israel wajib dilakukan. Tolonglah.. kepada pemimpin Malaysia yang cuba melobi Pemimpin2 Arab, lobilah untuk memerangi Tentera yahudi ini dengan ketenteraan. Ketepikan usaha diplomatik untu mencapai damai, kerana kedamaian yang diidamkan itu hanya akan berlaku apabila Israel lenyap dimuka bumi ini.

Tuesday, January 6, 2009

Palestin : Seruan kepada tentera Muslimin


Wahai pemimpin pemimpin islam di seluruh dunia. Tidakkah kamu menyaksikan kebiadapan tentera yahudi meratah saudara saudara mu di bumi Palestin? Tidakkah kamu mengasihani kepada saudara saudaramu ini? Jika ya, kerahlah ketumbukan tentera tentera anda ke bumi para anbiya' itu. Perangilah tentera yahudi itu. Insyaallah, Allah akan memberi kemenangan kepada kita semua.

Sunday, January 4, 2009

Megah Tiada Dara

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Metro 4 Jan 2009


Pada saya ada lebih tepat jika tajuknya ditukar menjadi, "Megah melakukan zina". Permasalahan ini wajib ditangani, persoalannya bagaimana? Rata rata umat Islam mengaitkan permasalahan ini adalah permasalahan sosial. Pada saya permasalahan ini cuma salah satu simptom dari penyakit yang lebih besar. Walaupun usaha keras dilakukan untuk mengubatinya namun saya percaya ia tidak akan menemui kejayaan kerana penyakit asalnya tidak diubati. Sebagai contoh seseorang mempunya masalah paru-paru dan simptom dari penyakit init dia sering batuk batuk. Jika kita memberi ubat batuk kepada dia tentulah tidak memberi apa apa kesan kerana masalah sebenarnya ialah paru paru.

Justeru itu, apa yang kita patut lakukan ialah mengenal pasti punca asal permasalahan sosial ini. Salah satu puncanya adalah didikan agama. Kenapa didikannya tidak sampai walaupun sejak kecil diajar tentang hukum hakam, jadi ada masalah dalam sistem pendidikan kita. Katakanlah sistem pendidikan sudah baik, mungkin penerapan hukuman tidak dijalankan, jadi Sistem Perundangan/Kehakiman yang bermasalah. Tapi bagaimana hendak menerapkan hukum hukum Islam di negara ini. Ia agak mustahil kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dimana undang undangnya digubal oleh manusia tanpa merujuk nas nas yang sah. Hukum yang sudah temaktub didalam Al Quran pun masih dibahaskan dan dikira majoriti sebelum dapat dilaksanakan. Ini menunjukkan ada masalah besar dalam sistem pemerintahan yang diguna pakai. Selain itu wujudnya orang yang mempunyai ilmu dan kuasa tidak mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap apa yang telah di bawa oleh Rasulullah. Maka ada masalah dengan aqidah dan fikrahnya.

Inilah yang perlu dibuat oleh cendiakawan dan pemimpin pemimpin yang beragama Islam, iaitu menggali permasalahan asal dan beusaha kearah mengubatinya.

Wallahualam

Boikot terus produk Yahudi, AS

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Generasi muda digesa memboikot secara berterusan produk berkaitan syarikat Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) yang mendalangi kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu mesti membuang tabiat mengagung-agungkan produk AS yang merupakan sekutu rapat Israel itu.

"Tindakan pemboikotan itu mesti dijalankan secara berterusan kerana usaha untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak pernah berhenti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan 4 Jan 2009

Pemboikotan bukanlah jalan penyelesaian yang baik, namun boleh dilakukan.

Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam dan membunuh umat Islam, maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang-ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Microsoft masih terus digunakan, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya. Pada masa yang sama barangan dan produk2 ini masih dibenarkan masuk ke negara negara Islam.

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti demokrasi, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme, sistem perbankan riba dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina dan memerangi Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk keangkuhan dan keceluparan sang kafir yang meemerangi Islam dan menghina kitab suci Al-Quran. Inilah perintah dari Allah SWT,

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

Amerika restu Israel


ISRAEL TERUS MENYERANG... Gambar menunjukkan seorang ibu dan anak lelakinya duduk di atas runtuhan rumahnya yang musnah dibom oleh Israel di Rafah.


WASHINGTON 3 Jan. – Amerika Syarikat (AS) menegaskan tentera Israel bebas untuk melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza.

Berikut adalah kenyataan White House melalui Timbalan Setiausaha Akhbarnya, Gordon Johndroe berhubung isu itu seperti dipetik oleh agensi berita AFP.

-Utusan 4 Jan 2009


ULASAN:

Jika harapan keselamatan Palestin ingin dicapai melalui Amerika, inilah jawapannya. Dalam Al Quran ada menyatakan, Kita dilarang berbaik dengan orang kafir sehingga meninggalkan persahabatan dengan saudara mukmin. Cukuplah wahai pemimpin pemimpin Islam. Usah lagi mengharapkan konflik ini dapat ditamatka dengan perdamaian. Kerahlah tentera-tentera kamu ke medan peperangan. Perangilah musuh Islam ini. Ingatlah, di hari akhirat nanti, Allah akan mempersoalkan kekuasaan yang telah diberi ke tangan tangan kamu. Adakah kekuasaan itu digunakan untuk membela agama mu atau membela kemewahan dan kekayaan yang kamu kecapi di dunia?

Friday, January 2, 2009

Keganasan Israel dan Kelesuan Pemimpin Arab

Suasana di Amman, Jordan muram bercampur berang. Saban hari rakyat Arab menyaksikan kebiadapan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Presiden Bush, mengulangi kenyataan angkuh pimpinan regim Israel menuntut Hamas menghentikan serangan. Buat mereka nyawa, tanah dan harta rakyat di Ghazza tidak berharga lagi! Isu penjajahan, rampasan tanah, sekatan dan penindasan serta pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tidak dibicara.

Rakyat Arab berang dan tunjuk rasa, bukan sekadar membantah tindakan Israel, malah mengecam kelesuan pimpinan negara Arab. Dan dalam acara semalam manakala disentuh tindakan dunia Arab, seorang wakil menempelak lantang dihadapan saya- “mana ada dunia Arab!”

ANWAR IBRAHIM anwaribrahimblog



Pada pendapat saya ia bukan hanya kelesuan pemimpin Arab. Ia kelesuan Pemimpin Islam seluruh dunia. Semua negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam terlalu menjaga status quo negara masing masing. Inilah kesan ketiadaan Daulah Islam. Segalanya bergantungan dengan negara kafir, baik ekonomi mahupun ketenteraan.

Tanpa daulah, pemimpin2 Islam menggunakan alasan tidak mahu mencampuri urusan negara lain. Dengan Daulah, semua negara-negara Islam akan berada di bawah naungannya menjadi sebahagian dari wilayah daulah. Ini bermakna serangan keatas palestin adalah serangan ke atas daulah, maka daulah akan menjawab serangan itu dengan serangan ketenteraan.

Selagi itu tidak terjadi, kita semua hanya mampu mengutuk Israel. Dan Israel pula kata "kutuklah.. peduli apa.. Umat Islam semua bacul, setakat kutuk je yang mereka mampu.."

Ada juga yang mencadangkan utk berjumpa dan berbincang dengan wakil Amerika dan Israel utk menamatkan konflik ini. Sebenarnya kalau itu caranya sampai bila pun konflik tak akan tamat. Kalau jumpa mereka ini utk memberi kata dua, "jika ini tidak dihentikan.. seluruh tentara islam diseluruh dunia akan menyerang Israel" mungkin ada kesannya.

Ada pula yang mengharapkan PBB melakukan sesuatu. Seperti biasa mungkin PBB berjaya melakukan gencatan senjata, itupun setelah beribu ribu umat Islam yang telah terkorban. Kemudian dihantarnya Tentera Pengaman PBB. Utk meberi keamanan kepada siapa? Kepada Israel lah sebenarnya, supaya tentera Palestin/Hamas tidak boleh menyerang balas.

Saksikanlah wahai pemimpin pemimpin Islam semua. Saksikan darah saudara saudara kamu dihalalkan si kafir Israel dan sekutunya dengan mata kamu. Sedangkan kamu mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu. Tunggulah sehingga darah kamu pula menjadi santapan mereka.

Fikirkanlah...

Wallahualam.

Waris tidak perlu langsai hutang PTPTN si mati

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan membuat tuntutan terhadap waris sekiranya peminjam tabung tersebut meninggal dunia sebelum pinjaman dapat dilangsaikan.
Utusan 2 Januari 2009

Berita ini mungkin berita yang baik. Tapi jika diteliti secara islami, mungkin ada 2 isu yang berbeza di sini.

1) Pinjaman Pelajaran (PTPTN)

Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.

2) Pembayaran Hutang

Hukum membayar hutang adalah wajib. Jika pemiutang mati maka wajib bagi waris membayar hutang tersebut kecuali pihak yang memberi hutang itu menghalalkannya.

Wallhualam