Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, November 5, 2008

Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pergerakan Putera dan Puteri UMNO menggesa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim segera membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menyentuh isu ketuanan Melayu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, Zaid perlu membuat permohonan maaf secara rela hati tanpa memanjangkan isu itu.

‘‘Meminta maaf adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu, lagipun beliau memang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga menyebabkan hati kaum sendiri terluka.

“Sebaliknya, beliau perlu sedar bahawa gelaran menteri yang pernah disandangnya sebelum ini, selain kelebihan dan kesenangan yang dimiliki kini adalah hasil daripada sistem ketuanan Melayu itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Zaid yang menyifatkan konsep ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada bangsa Melayu.

Utusan Malaysia 5 Nov 2008

Semakin hari manusia makin sedar akar kesilapan mereka. Pada pendapat saya kenyataan Zaid itu ada benarnya atau lebih tepat lagi, "konsep ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada umat Islam.

Saya tidak merasa terluka dengan kenyataan tersebut kerana sesuatu yang benar itu kadang kadang agak pahit utk didengar. Kita sepatutnya menerimanya secara terbuka dan mencari kebenaran dalam kenyataan tersebut.

Saya ingin komen tentang kesenangan yang dikatakan adalah hasil daripada konsep ketuanan melayu. Pada saya ia bertentangan dengan aqidah kita yang meyakini Qodo' dan Qodar.

Wallahualam.

Pakej kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM7 bilion daripada penjimatan subsidi minyak untuk membiayai pelbagai langkah tambahan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi suasana ekonomi global yang semakin getir.

Menggulung perbahasan Bajet 2009 Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah tambahan itu yang meliputi projek rumah rakyat hingga pendidikan prasekolah sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin tentang kesejahteraan rakyat.

Utusan Malaysia 5 Nov 2008

Sebuah negara islam tidak perlu memberi subsidi minyak kepada rakyatnya kerana minyak adalah hak milik umum iaitu hak milik rakyat. Rakyat mungkin hanya perlu membayar kos pemprosesan dan penghantaran sahaja kerana minyak mentah itu sendiri adalah hak rakyat.

Sebuah negara islam bertanggungjawab memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tertinggi kepada semua rakyatnya tidak mengira kaum dan agama.

Sebuah kerajaan islam bukan hanya perlu prihatin keatas kesejahteraan rakyatnya, malah ia wajib bertangungjawab memelihara dan menjamin kesejahteraan rakyatnya.

Wallahualam

Valuecap: Pulangan tinggi, risiko paling minimum

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana RM5 bilion yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pelaburan dalam Valuecap Sdn. Bhd. bukan sahaja bakal memberi pulangan tinggi tetapi juga mempunyai risiko paling minimum.
Utusan 5 Nov 2008

Sekali lagi wang rakyat digunakan untuk membantu merangsang ekonomi yang berteraskan sistem kapitalis ini. Cara cara penyelesaian sesuatu masalah terus dilihat menerusi kaca mata kapitalis, sedangkan ia sedang menuju kehancuran. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka ini terdiri daripada yang beragama Islam. Kenapakah tidak mencari solusi-solusi yang mengikut lunas lunas Islam?

Selagi kita berada di dalam sistem yang terhasil daripada pemikiran manusia yang lemah, kita akan terus terbelenggu dengan kegagalan yang yang dasyat.

Wallahualam

Tanda beriltizam kepada Islam

Para ulama� bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri muslim pada perkara yang zahir dan batin. Dalam perkara zahir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.

Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Dipetik dari harakahdaily.net


Pada pendapat saya dari segi zahir, ia bukan sahaja setakat pelaksanaan ibadah khusus sahaja. Ia mestilah merangkumi segala aspek kehidupan termasuk cara perniagaan, cara penerapan pendidikan di sekolah, cara berpolitik, cara memerintah negara dan lain lain juga wajib berlandaskan suruhan dan larangan Allah. Dengan melakukan ini semua barulah dianggap beriltizam kepada Islam. (Mungkin penulis memilih menggunakan perkataan "lain-lain" untuk merujuk perkara yang saya sebutkan).

Wallahualam

Pemandu lori dituduh elak cukai arak

KLANG 3 Nov. - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengangkut minuman keras dengan cara mengelak duti import sebanyak RM196,862.88.

Roslan Hamid, 56, dari Kampung Rantau Panjang, yang diwakili peguam Harjit Singh membuat pengakuan di hadapan Majistret Gan Chee Keong.

Menurut pertuduhan, Roslan didakwa terlibat dalam mengangkut barang-barang berduti mengandungi kartun-kartun tin minuman keras itu dalam lori bernombor pendaftaran BGE 4917.

Roslan didakwa melakukannya dengan niat hendak menipu kerajaan berhubung duti import yang dikenakan ke atas minuman keras itu sebanyak RM196,862.88.

Sumber: Utusan Malaysia 4 Nov 2008

Inilah yang terjadi di sebuah negara yang kononnya sebuah Negara Islam. Cukai arak menjadi salah satu sumber pendapatan. Orang islam menjadi pemandu lori yang mengedarkan arak. Dimana perginya halal dan haram? Pemikiran apa yang membenarkan kita menjana pendapatan dengan cara yang dilarang oleh agama? Sistem apakah yang membenarkan negara menjana pendapatan dari cukai arak? Fikirkanlah.. kerajaan sepatutnya mengharamkan benda yang haram, bukan mengambil keuntungan daripadanya....

Wallahualam

Kegawatan ekonomi dunia

Kegawatan ekonomi sedang melanda dunia. Puncanya adalah sistem ekonomi dunia yang berasaskan RIBA. Sistem ekonomi kapitalis ini pasti akan runtuh. Mungkin dengan apa yang telah berlaku ini, kita dapat faham mengapa ISLAM mengharamkan RIBA. Kaji!!! dan fikirkan lah.....

Wallahualam

Monday, July 28, 2008

Bangsa

Apa lebihnya memperjuangkan bangsa? Bukankah rasulullah bersusah payah mengikis perasaan semangat asabiyah ini? mengapa perlu kita sekarang bersusah payah memperjuangkan semangat ini? Fikirkan lah!