Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, January 2, 2009

Waris tidak perlu langsai hutang PTPTN si mati

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan membuat tuntutan terhadap waris sekiranya peminjam tabung tersebut meninggal dunia sebelum pinjaman dapat dilangsaikan.
Utusan 2 Januari 2009

Berita ini mungkin berita yang baik. Tapi jika diteliti secara islami, mungkin ada 2 isu yang berbeza di sini.

1) Pinjaman Pelajaran (PTPTN)

Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.

2) Pembayaran Hutang

Hukum membayar hutang adalah wajib. Jika pemiutang mati maka wajib bagi waris membayar hutang tersebut kecuali pihak yang memberi hutang itu menghalalkannya.

Wallhualam


Wednesday, December 31, 2008

Palestin : Dimana noktahnya?

Sejak seminggu lalu, bumi palestin dihujani dengan peluru peluru berpandu rejim Zionis Israel. Beratus-ratus umat islam termasuk wanita dan kanak kanak menjadi mangsa kekejaman manusia yang angkuh ini. Yang lebih jijik lagi menteri luar Israel dengan nada yang tidak bersalah dan angkuh menuding jari kepada Hamas bertanggung jawab kepada mereka yang terbunuh atas serangan pihak Israel. Seperti kekejaman kekejaman lain yang dilakukan oleh kafir kafir ini, pelbagai pihak mula mengutuk tindakan rejim ini melakukan serangan terhadap bumi Palestin. Kutukan kutukan ini akan hanya tinggal dalam bentuk tulisan dan perkataan sahaja dan akhirnya tenggelam ditelan waktu sehingga kekejaman yang akan datang.

Banyak suara yang mempertikaikan peranan PBB dan OIC yang hanya mampu bersidang dan mengeluarkan resolusi yang hanya termaktub diatas kertas. Hakikatnya Bumi palestin terus bermandi darah. Pemimpin pemimpin Islam bersidang memikirkan permasalahan ini namun seorang pun tidak pernah membangkitkan ketiadaan Daulah Islam adalah punca utama umat islam ditindas bukan sahaja dibumi Palestin malah di serata dunia. Adakah semua pemimpin pemimpin Islam sekarang tidak pernah tahu yang mewujudkan Daulah Islamiyah da ketuai oleh Khalifah yang satu adalah satu kewajiban? Atau mereka sengaja membutakan mata mereka kerana ingin manjaga status quo yang dipegang setelah sekian lama? Tidakkah mereka cuba sedaya upaya mengkaji Struktur Negara Khalifah (Daulah) dengan berlandaskan nas nas?

Secara logiknya, keberangkalian untuk negara negara yang kononnya negara Islam ini bertindak menyerang semula Israel atas tindakan rejim itu menyerang palestin adalah amat sedikit. Kenapa? Jawapannya mudah, perbezaan ketara dasar-dasar antara negara negara ini. Sepatutnya hanya satu Daulah Islam yang diketuai oleh seorang khalifah dan didalamnya terdiri daripada banyak wilayah seperti wilayah Sudan, wilayah Iraq, wilayah Palestin dan lain lain, yang mengguna pakai dasar dasar yang ditetapkan oleh Daulah. Sebagai contoh, jika Daulah menetapkan bahawa jika ada negara kafir menyerang wilayah wilayahnya maka diisytiharkan jihad keatas negara kafir itu, dengan secara langsung semua wilayah akan turut nemeranginya.Tidak perlu lagi berbincang mencari resolusi yang bersesuaian dgn dasar dasar yang berbeza kerana semua wilayah bertindak di atas satu landasan yang sama.

Kita perlu sedar betapa pentingnya kewujudan Negara Khalifah atau Daulah Islamiyah. Kita perlu sedar usaha untuk merealisasikannya adalah wajib pada setiap umat. Kita perlu sedar tidak ada jalan lain dan hanya satu jalan inilah yang dapat menjamin kesejahteraan umat Islam dan juga kesejahteraan dunia.


Nota:
Untuk maklumat lanjut mengenai Daulah Islamiyah atau Negara Khalifah, sila layari http://www.mykhilafah.com

Wallahualam

Thursday, December 11, 2008

Tokoh perjuangan dari Al-Azhar

Taqiuddin al-Nabhani

Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.

Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.

Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.

Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.

Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Dipetik dari : Utusan 17/11/2008

Wednesday, December 10, 2008

Takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh

Sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Artikel hari ini bukan bertujuan menuding jari menyalahkan mana mana pihak yang bertanggungjawab. Saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa mangsa.

Tragedi ini jika diteliti, ia dapat meberi keinsafan kepada kita semua. Kuasa Allah meliputi segalanya. Teguhnya tiang tiang konkrit pada banglo2 yang terlibat musnah sekelip mata. Yang lebih menginsafkan adalah yang memusnahkannya hanya air(hujan) dan tanah. Jika kita angkuh dengan kebolehan kita membina struktur yang kita rasa cukup kukuh dan kuat, sedangkan Allah mengizinkan air dan tanah yang tidak kukuh utk memusnahkan sesuatu yang kukuh.

Dewasa ini, manusia begitu yakin dengan apa yang dihasilkan oleh mereka daripada meyakini kekuasaan Allah. Ada yang yakin wang ringgit adalah kuasa yang amat kuat, ada yang yakin cara mereka berurus niaga bagi mengecapi kekayaan melalui sistem ekonomi kapitalis adalah cara yang paling baik, namun akhirnya sekarang ia menghadapi keruntuhan.

Pada saudara semua, semua yang berlaku ada iktibar dan pengajarannya. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menggalinya dengan menggunakan akal fikiran dan panduan yang Allah telah berikan.

Wallahua'lam

Thursday, November 27, 2008

Islam liberal : Satu pemikiran yang salah

Saya terpanggil utk memperkatakan tentang pemikiran Islam Liberal yang semakin parah berlaku pada umat Islam hari ini. Jika pemikiran ini tidak dibendung, kehancuran umat akan berlaku dengan hebat seperti apa yang terjadi sekarang.

Apa itu Islam liberal? Ia adalah pemikiran utk menjustifikasikan sesuatu yang sudah termaktub didalam Islam melalui logik akal dengan pemikiran moden serta ideologi barat. Memperjuangkan Hak Asasi Manusia dan Hak Kebebasan adalah contoh paling signifikan dalam usaha meliberlisasikan Islam.

Isu pengkid dan yoga juga yang hangat diperkatakan hari ini adalah hasil dari pemikiran Islam liberal. Sesuatu fatwa yang dikeluarkan sememangnya berlandaskan nas nas yang diambil didalam Al-Quran, Sunnah/Hadith dan ijma' sahabat/ulama. Jika kita lihat apabila fatwa ini dikeluarkan, ramai yang melenting dan yang lebih menyedihkan orang yang mengakui dirinya Islam menjadi penentang yang agak kuat. Tidak salah jika debat itu mengikut lunas lunas Islam dengan berlandaskan Al Quran dan hadith, namun yang terjadi hanyalah fakta yang berdasarkan logik akal dan atas dasar kebebasan. Alasan seperti "Ia adalah senaman yang bertujuan menyihatkan badan" , "Ia dapat menghilangkan stress" digunakan dalam mendebatkan isu ini. Umat islam hanya melihat manfaat sebagai satu hukum perbuatan, mereka akan menanggap sesuatu itu baik dan dibenarkan dalam Islam jika ia memberi manfaat kepada diri mereka.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud :
Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Jelas di situ, Allah memberitahu kepada kita yang bukan semua yang kita rasa baik itu sebenarnya baik bagi kita dan yang kita rasa buruk itu buruk bagi kita. Jadi, logik akal semata mata bukanlah cara kita menilai apa yang terkandung dalam perbuatan kita, ia harus berdasarkan nas, menilai dari segi halal haramnya di sisi Allah SWT.

Wallahualam.

Lagi artikel ttg Islam liberal : Waspada fahaman Islam liberal



Wednesday, November 26, 2008

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia 24 Nov 2008
Inilah yang terjadi jika kehidupan dan agama dipisahkan. Islam adalah satu satunya agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ia bukan sekadar mengatur hubungan manusia dengan penciptaNya. Islam adalah Deen yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya Nabi Muhammad bagi mengatur hubungan manusia dengan PenciptaNya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakat.

Sesebuah masyarakat yang berbeza budaya dan agamanya mempunyai Hadharah dan madaniyah tersendiri. Hadharah adalah produk atau symbol atau amalan sesebuah masyarakat yang terbit dari pemikiran, ideologi, agama yang dianutinya. Cth produk hadharah adalah seperti patung patung Buddha. Cth simbol yang hadharah adalah seperti salib, khat Allah dan sawastika. Cth amalan hadharah ialah seperti upacara menyembah berhala, memasang colok, sistem riba dan lain-lain.

Madaniyah pula lebih menjurus kepada produk umum seperti kereta, baju dan produk-produk teknologi yang lain. Ia bukan sesuatu yang terbit secara langsung dengan pemikiran dan aqidah sesuatu masyarakat. Sebagai contoh jubah putih yang dipakai oleh orang arab dengan baju melayu yang dipakai oleh orang orang melayu.

Islam melarang penganutnya mengambil sesuatu yang hadharah namun membenarkan perkara perkara yang madaniyah selagi ia meliputi batas batas nas yang telah ditetapkan. Sebagai contoh seluar jeans, umat islam lelaki boleh menggunakannya kerana ia masih dalam batas batas nas iaitu nas menutup aurat bagi kaum lelaki. (Pakaian seperti pakaian paderi adalah hadharah kerana ia secara langsung mencerminkan penganut Kristian). Bagaimanapun kita tidak diharamkan menggunakan kereta yang dikeluarkan oleh orang kafir kerana ia tidak ada kena mengena langsung dengan pemikiran/aqidah sesuatu agama yang dianuti.Berbeza dengan hadharah yang mana ia secara langsung merujuk kepada pemikaran atau aqidah seesuatu kaum dan agama. Sebagai cth hiasan berbentuk salib, walaupun mungkin dengan alasan sekadar perhiasan ia tetap dilarang oleh Islam.

Jika Yoga itu terletak dibawah hadharah agama hindu, maka ia adalah sesuatu yang HARAM diterima oleh umat Islam.

Wallahualam.

P:S Jika pembaca yang lebih arif dan ingin memasukkan nas nas, sememangnya saya amat mengalu alukan.

Friday, November 21, 2008

Perbankan Islam mampu tangani krisis kewangan

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Perbankan Islam tidak harus dipinggirkan sebagai salah satu penyelesaian berpotensi bagi menangani krisis kewangan semasa dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, mereka yang melaksanakan sistem kewangan sedia ada berada dalam penafian dan enggan mengakui bahawa sistem mereka salah dan terdedah kepada penyelewengan.

"Mereka cuba untuk membaiki masalah dan menyelamat ekonomi dunia dengan sistem sedia ada, tetapi ia diibarat seperti tidak melakukan apa-apa," katanya.

Utusan 21 Nov 2008

Sedikit demi sedikit manusia mula sedar bahawasanya Islam adalah penyelesaian dalam permasalahan kehidupan manusia. Walaupun dahulunya mereka ini begitu mengagungkan Sistem Kapitalis. Namun mungkin umat Islam yang sedar akan hal ini perlu memastikan bahawa kesedaran yang timbul itu mungkin bukan kerana keyakinan terhadap suruhan dan larangan Allah, mungkin ia cuma nampak manfaat pada realiti yg berada didepan mata. Mungkin satu hari nanti mereka akan balik ke Sistem kapitalis apabila nafsu ketamakkan timbul didalam hati mereka.

Sebagai umat Islam kita wajib melakukan apa sahaja yang menjadi perintah Allah dan meninggalkan apa saja yang dilarangNya. Cth terbaik adalah Allah mengharamkan umat islam memakan babi. Walaupun jika dikira dengan membeli daging babi mungkin ia lebih menjimatkan dari segi kewangan yakni ia bermanfaat dari segi kewangan, namun kita sebagai umat Islam tetap tidak akan memilih babi sebagai hidangan. Sepatutnya hal yang sama berlaku dalam urus niaga bank yang hampir 99% berasaskan riba. Riba diharamkan oleh Islam jadi kita haram berurusniaga jika wujudnya unsur riba walaupun pada pendapat kita urusniaga itu ada manfaat kewangan bagi kita.

Wallahualam.