Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Thursday, June 7, 2007

Kasih Sayang

Kisah dan hadis ini adalah dusta. Saya memohon maaf atas keterlanjuran posting ini.


 
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan danmenutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudahmembuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yangmemisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yangsebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allahdan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telahberada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnyamenunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" TanyaRasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut inikepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum- peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembalimendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, May 25, 2007

Qodha'

Bila disebut Qodha' dan Qodhar selalunya penafsiran kita adalah baik dan buruk semua dari Allah SWT. Sebenarnya pengertian dan pemahaman Qodha' dan Qodhar adalah penting untuk mengukuhkan akidah kita semua. Baru baru ini aku ada menghadiri satu perbincangan yang membincangkan hal ini, mungkin boleh dikongsi bersama, dan jika ada salah diharapkan sahabat2 yg membacanya dapat sampaikan kepada aku melalui komen blog ni.

Dalam ruang lingkup kehidupan kita ni, sebenarnya ada 2 bahagian yang kita sedar atau tak, iaitu 1) Sesuatu yang diri kita dikuasai 2) Sesuatu yang diri kita menguasai.

Yang pertama itulah letaknya Qodha' . Sebenarnya yang pertama inilah yang banyak dalam kehidupan kita seharian. Contohnya kita tengah drive berhati hati di jalan raya, tiba tiba ada sebuah kereta dari arah lain eksiden lepas tu, kereta dia terpelanting masuk dalam jalan kita, padahal ada pembahagi jalan, dan akibat nya kita terlibat sama. Inilah cthnya diri kita dikuasai, kita tak dapatpun berbuat apa apa untuk elak situasi tu, Cth lain adalah seperti yang kita ketahui iaitu soal jodoh, rezeki dan ajal. Sebenarnya kita tidak akan di hisab atas perkara perkara yang kita dikuasi ini. Kita hanya akan dihisab atas perkara yang diri kita yang menguasai. Sebagai contoh, kita bekerja dengan amanah untuk mencari rezeki, rezeki itu diluar bidang kuasa kita, sama ada hasil kerja kita itu banyak atau sedikit itu ketentuan Allah SWT, manakala kerja kita yang amanah itu yang akan dinilai oleh ALLAH. Bagitu juga kita mencari rezeki dengan cara rasuah atau mencuri, bukan jumlah hasil curian itu yang dihisab, yang dihisab itu adalah perbuatan mencuri itu. Di sini kita nampak yang perbuatan mencuri atau bekerja itu dikuasai oleh diri kita sendiri, kita boleh membuat pilihan untuk mencari rezeki cara yang halal taua cara yang haram.

Apabila kita terlalu memikir hal Qodha' yang sebenarnya diluar kawalan kita, itu satu perkara yang merugikan kerana ia boleh menyekat kita dari melakukan sesuatu yang mungkin lebih baik. Cthnya, alim ulama yang mempunyai ilmu agama yang kuat dan berjawatan dalam sebuah kerajaan dengan gaji yang banyak, tidak mahu menegur kesalahan pemimpin kerana takut kena buang kerja. Sebenarnya ia memikirkan sesuatu yang Qodha', jika Allah nak tarik rezekinya, kalau dia tak tegur pemimpin pun dia boleh kehilangan kerjanya. Ini kerana rezeki itu urusan Allah, maka kita sebagai hamba cuma nak mendapatkan rezeki itu dengan jalan yang diredhainya. Di sini kita nampak bahawa keburukanya ia telah menghalang usaha dakwah seseorang. Begitu juga dengan AJAL, kebanyakan kita sekarang takut mati, sedangkan mati itu tidak dalam kawalan kita. So kalau kita pegang ia adalah salah satu Qodha' Allah, kita akan berusaha untuk menjadi baik setiap masa agar apabila tiba ajal kita, waktu itu kita dalam keredhaan Allah. Dengan sebab pegangan ini juga para sahabat dahulu tidak takut utk berperang kerana mereka tahu ajal itu hak Allah.

Byk lagi cth yang boleh sahabat fikirkan. Kesimpulannya kita tidak perlu menghabiskan masa dan buah fikiran kita utk hal hal Qodha' yang sememangnya diluar kemampuan kita. Apa yang kita perlu buat adalah berfikir atau mencari jalan yang terbaik di sisi Allah utk melakukan sesuatu yang didalam kawalan kita.

Wallahualam

Bersyukur

Tentu ramai yang tersenyum lebar hari ini kerana semalam Pak Lah mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaan. Ia memang berita yang baik. Tapi dalam perkara yang kita rasa baik ini pun kita kena membuka fikiran kita agar kita tidak terus terawang awang dek berita gembira ini.

Kita percaya rezeki datangnya dari Allah. Kalau dalam rukun iman Rezeki ni duduk dalam rukum iman yang ke-6, Percaya kepada Qodo' dan Qodar. Kalau kita tengok berita semalam Pak lah amat bangga bila mengumumkan kenaikan semalam, seolah olah dia telah menambah rezeki kepada kakitangan kerajaan. Dah la duit tu bukan duit dia pun, dan duit kerajaan tu pun sememangnya duit rakyat pun. Sebenarnya kerajaan cuma saluran dimana rezeki itu datangnya dari Allah.

Kemudian terdengar seorang ditemurumah, saya tak pasti siapa, tapi begitu bersemangat memuji muji kerajaan atas kenaikan gaji ini. begitu berterima kasih kepada kerajaan, tak salah berterima kasih namun jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Tanpa rezeki dari Allah, jangan harap gaji kakitangan kerajaan akan naikkan gaji anda semua. Cuba fikir situasi ini. Setiap bulan anda check je account anda di ATM ada duit kemudian anda keluarkan duit. Pernahkah anda berterima kasih kepada ATM yang bagi duit tu? Tak pernah bukan? sebab anda tahu itu duit anda bukan duit Bank atau duit ATM tu? Begitu juga cerita rezeki, Rezeki itu dari Allah, kemudian disampaikan kepada anda melalui saluran saluran tertentu. Jadi kita sepatutnya berasa amat rendah diri kepada Allah Al-Razzaq yang tidak putus-putus memberi rezeki kepada kita semua, bukan saja gaji, malah udara, air semua itu adalah rezeki Allah, dan semalam DIA menambah rezeki anda dengan menambah gaji anda. Dengan itu yang utama bersyukurlah kepada Allah, pujilah DIA. Berterima kasih kepada kerajaan kerana menjalankan amanah Allah dengan baik. Semoga dia menjalankan amanah itu dengan Ikhlas, bukan sebab naikkan gaji sebab pilihanraya yang akan menyusul tak lama lagi.

Semoga kakitangan kerajaan semua berfikir dengan lebih terbuka.

Wallahualam

Tax (Cukai)

Berada beberapa hari Riyadh, aku boleh nampak beberapa perbezaan cara hidup di sini berbanding dengan di Malaysia. Kalau nak diceritakan dalam satu post mmg tak terlarat nak taip. Sememangnya ada baik dan buruknya jika dibandingkan di Malaysia.

Pagi tadi aku bersama Brother Anwar (Pak Arab) menaiki kereta ke salah satu tempat. Semasa dalam perjalanan aku perasan di windscreen kereta dia langsung takdak sticker. Then aku tanya kat dia. "Don't u have to pay for the road tax?. Kemudian dia pun jawab. "No.. No.. No Tax.. we dont have any tax to pay. The only thing we pay for the zakat". Dia juga cakap yang kena tax cuma Foreign Company. So itu je la tax yang ada.. tak ada cukai pintu, cukai tanah atau apa apa tax yang kita boleh senaraikan. Kemudian aku tanya lagi, kalau non-muslim kena bayar jizyah tak? Dia kata "no jizyah too".

Begitulah kisahnya ttg tax dia arab saudi. Tapi aku tak sure plak bab duti import. Tapi kalau dilihat harga kereta dia, sememangnya mcm tak kena cukai pun kereta import depa. Bayangkan Camry yang kat Malaysia berharga 130K++ kat riyadh hanya around 70K je. Even Playstation 3 kat sini baru SR 2200++, berbanding about RM3K di Malaysia.

Setahu aku sepatutnya memang tidak ada tax dalam sebuah negara ISLAM. Wallahualam.

Kenapa Yahudi & Amerika Hebat?

Kita selalu tertanya tanya kenapa umat Islam sekarang lemah? Dan pelbagai jawapan timbul dari persoalan tersebut. Ada yang kata sebab ekonomi umat Islam tak hebat, ada pula yang kata ilmu pengetahuan kita tidak setinggi bangsa Yahudi dan Amerika sekarang. Apa kata kita ubah sedikit soalan tu jadi.. "Kenapa Yahudi & amerika hebat sekarang?"


Kalau kita kata ekonomi mereka kuat, suatu masa dulu ekonomi mereka juga lemah, so kita akan tertanya pula, bagaimana mereka boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka. Mungkin jawapannya Ilmu pengetahuan. Tapi suatu masa dulu ilmu mereka juga cetek. Apa yang sebenarnya yang memacu mereka sehingga mereka berjaya meningkatkan ekonomi dan ilmu mereka sekarang? Jawapannya mudah, mereka memegang akidah mereka dengan teguh. Sungguhpun akidah yang mereka pegang itu salah namun apabila mereka meyakini dengan sepenuh hati maka ia akan memacu tindakan mereka untuk mencapai matlamat dalam akidah mereka. Apa akidah mereka? Sudah tentu mereka memegang teguh akidah kapitalisme.


Apabila kita menjawab soalan tadi, dengan sendirinya terjawab mengapa umat Islam sekarang lemah,. Ini adalah kerana akidah umat Islam yang lemah. Semua orang Islam percaya dan tahu tentang kekuasaan Allah, hari akhirat dan perkara halal haram. Namun begitu umat Islam tidak bertindak di atas akidah tersebut. Ini bermakna akidah Umat Islam masih lemah. Apa yang kita percaya dan tahu itu tidak menjadi mafhum (Saya ada tulis tentang hal ini dalam entry yang lepas), maka kita tidak bertindak mengikut apa yang kita pegang(akidah). Ini kita dapat buktikan pada zaman Awal Islam, di mana umat Islam ketika itu tidak menguasai ekonomi, tidak menguasai bidang Ilmu, apa yang Rasulullah SAW buat ialah menguatkan akidah para sahabatnya. Dengan teguhnya akidah mereka, akhirnya Islam dapat menguasai dunia.


Di sini saya bagi satu contoh mengenai akidah , satu hari kita sedang menaiki tangga, kemudian kita ternampak duit 5 sen, kita abaikan. esoknya kita nampak duit RM 50 kita tengok kiri kanan orang takdak kita pun ambil. Agaknya apa yang membuatkan kita menolak duit 5 sen tapi kita ambil duit RM 50? Kerana duit 5 sen tu kita rasakan tidak bermanfaat sangat kalau diambil pun berbanding RM 50. Kalau itu yang kita fikir, akidah kita sama dengan Yahudi dan Amerika. Kalau kita mempunyai akidah Islam, keputusan sama ada ambil atau tidak itu adalah berdasarkan halal atau haramnya duit itu, bukan bermanfaat atau tidak ia kepada kita. Jika sesuatu itu haram, walaupun kita rasa ia bermanfaat kepada kita, kita tetap tidak akan ambil atau buat. Itulah sebenarnya kalau kita memagang Akidah Islam.


Apa matlamat kita sebagai seorang yang mengaku memegang akidah ISLAM? Renung dan fikir, dan jawab pada diri anda sendiri. Jika tak dapat menjawabnya, jom sama sama kita berusaha meningkatkan akidah kita.


Semoga Allah membuka pintu hati kita semua, untuk kembali ke jalan yang diredhainya, Amin.


Wallahualam.

Bunuh Anak : Kita berada di zaman Jahiliyah?

Astaghfirullahalazim, itu lah lafaz yang keluar dari mulut orang orang islam apabila mendengar berita tentang ibu/bapa yang sanggup membunuh anak sendiri. Sejak kebelakangan ini semakin kerap kes membunuh anak sendiri, yang mana antara penyebabnya adalah berhutang dengan Ah Long dan yang terbaru dek kerana suami nak berpoligami. Kejadian ini bukan baru, sebelum ini kisah pembuangan bayi biasanya anak luar nikah menjadi satu isu yang agak besar. Begitu teruknya kita sekarang, seteruk kita zaman Arab Jahiliyah, malah lebih teruk lagi. Jika ketika zaman arab jahiliyah dulu ibubapa cuma membunuh anak perempuan, namun kini perempuan dan lelaki sekali menjadi mangsa.

Kalau diteliti sedikit tentang sebab sebab perbuatan terkutuk ini ada 3 faktor utama. Pertama adalah perzinaan, Kedua adalah masalah ekonomi dan ketiga masalah rumahtangga(poligami). Bila digali lebih dalam lagi, sebenarnya semuan penyebab ini adalah tidak mengikut manual yang Allah SWT turunkan kepada kita.

Dalam negara kita ini perzinaan adalah lebih baik dari membunuh/mengedar dadah/memiliki senjata api/. Kenapa aku kata macam tu? Sebab hukuman bagi orang yang berzina adalah denda maksimum RM 5000 atau 3 tahun penjara atau kedua duanya sekali. Sedangkan 3 kesalahan lain yang aku sebutkan tadi, maksimumnya hukuman mati. Bukankan Allah SWT telah menetapkan hukum yang jelas bagi kes kes zina. Bukankah satu ketika dulu para pemimpin kita claim yang Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Islamkah kita kalau kita tidak mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT serta RasulNya? Sahabat semua pasti boleh jawab. So jangan hairan mengapa kes pembuangan bayi masih tidak henti henti sampai ke hari ini.

Faktor kedua ekonomi, secara jujurnya hari hari kita penuh dengan sistem ekonomi kapitalis yang sentiasa menekan kita. Riba dihalalkan oleh pemerintah, rasuah berleluasa, cukai terus dikenakan, pemerintah/kerajaan mengabaikan tanggungjawab tentang hak hak rakyat. Takkan tak ada sistem ekonomi ISLAM? Takkan tak wujud Sistem Pemerintahan ISLAM. Sedangkan seremeh remeh perbuatan pun ada diajar dalam ISLAM, inikan pula hal hal besar. Sememangnya jawapannya ADA. Tapi mereka yang tahu itu saja saja buat tak tahu. Yang tak tahu pula, tak cuba langsung nak ambil tahu. Apabila kita buat sesuatu tanpa merujuk manual Allah, sudah tentu kegagalan adalah hasilnya.

Yang ketiga adalah poligami, sekarang wujud golongan yang cuba nak haramkan poligami sedangkan terang terangan hukumnya telah termaktub dalam Al Quran. Pelik, tapi itu yang berlaku. Pada golongan yang berfikiran begitu, cuba muhasabah adakah anda kata anda lebih baik dari Allah? Kadang kadang apa yang kita fikir baik, bagi Allah ia adalah buruk, dan kadang kadang apa yang kita fikir buruk, bagi Allah ia adalah yang terbaik. So mana kita nak pilih, yang dari Allah atau dari kita manusia yang semememangnya amat lemah.

Kembali pada apa yang Allah tetapkan adalah penyelesaian yang terbaik. Kerana Allah adalah yang mencipta kita, Dia lebih mengetahui apa yang diciptakannya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya.

Wallahualam.

Kenegaraan Islam

Beberapa minggu lepas aku ada satu kursus anjuran Hizbut tahrir Malaysia. Untuk sahabat sahabat yang nak dengar. boleh la download kat sini:

http://ajaque.multiply.com/music/item/29

Mungkin belum semua yang dapat di upload buat masa ni, Insyaallah aku akan update dari masa ke semasa, bukannya apa aku nak kena compress sikit, kalau tak saiz dia besar sangat. Semoga bila sahabat sahabat semua dengar, sedikit sebanyak dapat membuka minda korang semua, Insyaallah.