Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, January 31, 2009

Islam utk siapa?

Masyarakat di kebanyakkan negara yang memiliki majoriti penduduk yang beragama Islam mempunyai persepsi yang begitu bertentangan bagi persoalan "Islam utk siapa?" Bagi negara Malaysia atau di nusantara, Islam dianggap hanya kepada bangsa melayu. Di negara negara arab pula persepsi Islam itu hanya berkisar kepada bangsa arab sahaja. Inilah salah satu persepsi yang menyebabkan dakwah Islam di negara negara yang bermajoritikan umat Islam menjadi lemah. Kita lihat di Malaysia sendiri kaum cina yang beragama Islam amat sedikit. Ini kerana persepsi yang dibawa oleh umat Islam itu sendiri menjauhkan non-muslim berbangsa non-melayu ini dari ruang lingkup keislaman. Tidak seperti di US, umat Islam di sana adalah golongan minoriti dan mereka tidak mempunyai persepsi yang Islam itu milik satu bangsa tertentu, maka dakwah menjadi lancar dan bilangan non muslim yang memeluk Islam lebih ramai.

Berbalik kepada persoalan Islam untuk siapa. Berikut adalah 5 ayat Al-Quran berkaitan dengan persoalan ini :

"Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam." (Al Anbiyaa 107).

"Dan tiadalah Kami mengutus angkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Qs. Saba' 28).

"Al Qur'an adalah suatu peringatan untuk semesta alam" (Qs. At Takwiir 27 dan Al Qalam 52).

"Dan Kami turunkan Al Qur'an kepadamu (Muhammad) supaya engkau jelaskan kapada umat manusia, apa-apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka berpikir." (Qs. An Nahl 44).

"Muhammad bukanlah bapak salah seorang dari laki-laki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs. AlAhzaab 40).
Ayat-ayat di atas jelas menyatakan Islam bukan hanya untuk sesatu bangsa, ia adalah utk seluruh alam dan kepada seluruh Umat Manusia.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik non-muslim, Nabi Muhammad dianggap sebagai seorang pelopor kepada anti racialist:
"FourYears after the death Justinian or, A.D. 569, was born at Mecca, in Arabia the man who, of all men exercised the greatest influence upon the human race, Mohammed"

"4 tahun selepas kematian Justinian 560M, lahir seorang lelaki di Mekah,jazirah Arab,seorang yang kemudian mempunyai pengaruh sangat besar terhadap umat manusia, iaitu Muhammad".

(John William Drapper, M.D. LL.D.A., History of Intelectual Development of Europe, London 1875, vol. I, hal. 329)
Marilah kita sama sama buang persepsi yang salah tentang "Islam utk siapa?" ini. Kemudian barulah kita boleh mengubah persepsi non-muslim yang lain.

Wallahualam.

Thursday, January 29, 2009

Fikrah Dan Thariqoh

Dalam post yang lepas saya memberi pendapat tentang punca kegagalan parti politik Islam dalam usaha membangkitkan umat. Ia dapat disimpulkan bahawa kecelaruan fikrah dan thariqoh menjadi punca yang utama.

Islam bukan hanya sebagai agama yang dianuti. Sesuai dengan penakrifan Islam ialah Al-deen yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada Umat Manusia bagi mengatur segala urusan kehidupan iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan manusia lain. Maka Islam adalah sebuah idealogi yang mengandungi Fikrah dan Thariqohnya atau lebih senang difahami dengan Pemikiran Dasar dan Method perlaksanaannya.

Sebagai contoh, idealogi kapitalisme yang dalam fikrahnya terdapat "kebebasan individu" dan sebagai thariqohnya, ia mewujudkan Sistem Demokrasi di mana suara majoriti di ambil kira untuk menetapkan sesuatu hukum. Apabila fikrah digabungkan dengan thariqoh tertentu ia akan menjadi satu cara hidup. Oleh itu kita harus terima pada masa sekarang, dunia, termasuk umat islam sendiri sedang berada di dalam cara hidup Kapitalisme. Di mana slogan syang sering meniti di bibir umat islam bahawa "Islam adalah satu cara hidup" sedangkan cara hidup yang diambil adalah cara hidup kapitalisme?

Contoh lain, dalam fikrah Islam, riba adalah haram, namun apakah thariqah bagi melaksanakan pengharaman ini? Wujudkah undang-undang yang menghukum pengamal pengamal riba? Aktiviti riba diberi lesen oleh pemerintah untuk diamalkan. Adakah ini method yang disarankan oleh Islam? Inilah kecelaruan fikrah dan thariqoh yang saya maksudkan. Pemerintah pemerintah Islam ini tahu bahawa haramnya riba, jadi fikrahnya ada namun thariqohnya tidak ada. Pemisahan Fikrah dan Thariqoh ini yang tidak menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Ia hanya mengambil sebahagian dari takrifan Islam itu, iaitu ia mengatu hubungan manusia dengan penciptanya. Bila bercerita tentang Islam ia hanya berkisar solat puasa haji.

Oleh yang demikian, parti parti politik Islam harus memperbetulkan fikrah atau pemikiran dasarnya, serta thariqoh yang jelas dan Islami jika mahu melihat Islam kembali bertapak di muka bumi ini. Selagi ini tidak tercapai selagi itu kita tidak mengamalkan cara hidup Islam, kita hanya seorang muslim yang mempunyai cara hidup Kapitalisme, Komunisme atau sosialisme.

Wallahualam

Wednesday, January 28, 2009

Punca Kegagalan Parti Politik Islam

Sejak jatuhnya kekhilafahan, banyak gerakan gerakan atau parti parti Islam muncul bagi membangkitkan umat Islam dan mengembalikan syariat Islam. Namun sehingga sekarang, tidak ada satu pun yang berjaya mecapai matlamat dan ada juga yang terus berkubur.

Jika diteliti punca utama kegagalan ini, ia berkisar kepada 4 faktor utama ini.

1. Gerakan gerakan ini berdiri di atas satu konsep yang terlalu umum dan tidakada had atau batasan perjuangan yang jelas. Maka ia menghasilkan satu pemikiran yang tidak jelas.

2. Gerakan gerakan ini tidak mempunyai method atau cara perlaksanaan yang jelas, sehinggakan method bagi menerapkan konsep pemikiran atau fikrahnya menjadi amat kabur. Sebagai contoh, kita hendak ke KLIA dengan memandu kereta sendiri. Sememangnya kita sudah arif tentang konsep pemanduan kereta , namun sehebat mana pun kearifan kita tentang pemanduan kereta, jika kita tidak mengetahui jalan menuju ke KLIA, akhirnya kita tidak akan sampai ke sana.

3. Gerakan gerakan ini menumpukan kepada orang orang yang tidak mempunyai kesedaran yang benar. Orang orang ini masih tidak mempunyai niat yang lurus. Dan orang orang ini disuntik dengan semangat dan keinginan semata-mata tanpa asas asas pemikiran yang kukuh tentang apa yang diperjuangkan. Contohnya, kenapa dalam PRU ke 12 yang lepas rakyat memilih PAS? Adakah mereka memilih PAS kerana ingin menegakkan syariat Islam atau kerana ingin melihat BN tumbang?

4. Meraka yang bertanggungjawab dalam gerakan ini, tidak mempunyai ikatan yang benar. Ikatan yang ada hanyalah berdasarkan tatacara kerja yang termaktub dalam sesebuah organisasi itu, bukan atas dasar pemahaman fikrah dan thariqohnya.

Wallahualam

Bersambung Insyaallah

Thursday, January 15, 2009

Bahasa Arab : Teras utama kemajuan umat Islam

Islam pernah menjadi satu tamadun yang amat hebat pada satu ketika dahulu. Ia berada dikemuncak pada sekita abad ke 7 Hijrah. Namun pada abad ke 12 Hijrah, kekuatan empayar ini semakin menyusut.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah, Baghdad merupakan sebuah gedung Ilmu yang amat hebat. Pada ketika itu eropah sedang berada di zaman kegelapan. Manusia dari seluruh pelusuk dunia dtang ke Baghdad utk menuntut ilmu. Mereka yang datang harus mempelajar Bahasa Arab bagi mendalami ilmu, bukan sahaja Ilmu Islam malah ilmu yang lain seperti perubatan, astronomi dan sebagainya. Pada masa itu Bahasa Arab menjadi bahasa yang amat penting. Ilmu islam yang berkembang begitu pesat sehinggakan banyak ijtihad2 berlaku pada zaman ini, buktinya adalah kewujudan 4 mazhab utama.

Setelah kejatuhan kerajaan Abasiyah dan naiknnya Kerajaan Uthmaniyah, pintu ijtihad mula ditutup. Mereka merasakan bahawa tidak ada keperluan lagi utk berijtihad kerana Ijtihad 4 mazhab ini sudah cukup dan mernagkumi semua aspek kehidupan. Umat Islam mula menerima hukum hukum atau ijtihad2 ini tanpa mengetahui nas nasnya. Secara tidak langsung penguasaan bahasa arab semakin hari semakin lemah. Untuk menjadi mujtahid seseorang wajib bagus dalam bahasa arab kerana rujukannya iaitu Al Quran dan Hadith adalah dalam bahasa Arab. Bermula pada inilah empayar Islam mula menjadi lemah.

Kekuatan umat Islam adalah terletak pada 2 sumber utama iaitu Al Quran dan Hadith. Kedua dua sumber ini adalah dalam Bahasa Arab. Kelemahan umat Islam dalam bahasa arab secara langsung memberi kesan kepada kelemahan umat Islam sekarang.

Sunday, January 11, 2009

Peringatan buat sekalian musuh Allah

Ayat di bawah boleh dijadikan dorangan kepada umat Islam bagi menentang Israel. Dan ia juga sebagai peringatan buat Zionis yang kejam.

إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ
حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ
عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ
كَلِمَةَ التَّقْوَى وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا
وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا


(ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ
لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاء اللَّهُ
آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا
تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ
ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا


Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya).

Al Fath 26-27

Saturday, January 10, 2009

Mencari penyelesaian

Masalah di Palestin semakin hari semakin parah. Pelbagai resolusi dihasilan dari beberapa organisasi dunia namun tiada satu pun yang menampakkan hasil yang memberangsangkan. Resolusi itu menggesa tentera Israel melakukan gencatan senjata dan berundur dari Gaza. Namun tidak dinyatakan pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap negara Israel jika gagal melakukan gencatan senjata. Secara logik akal pun, kita dapat tahu yang Israel tidak akan tunduk pada resolusi yang dikelaurkan, apatah lagi jika resolusi itu hanya dalam bentuk gesaan tanpa apa apa tindakan yang kukuh.

Kebanyakan penguasa-penguasa Islam seluruh dunia memandang masalah ini sebagai masalah orang Arab, malah mungkin memandangnya sebagai masalah antara Palestin dan Israel. Pada hakikatnya masalah ini sebenarnya adalah masalah Umat Islam seluruhnya. Firman Allah :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]

Mangsa mangsa pembunuhan kejam rejim zionis ini adalah orang orang Islam. dan berdasarkan ayat di atas, mereka itu adalah saudara saudara kita. Malangnya, penguasa penguasa Islam tidak melakukan sesuatu yang wajar bagi membantu saudara saudara yang tertindas ini. Ada juga yang cuba menggunakan orang kafir menjadi perantara untuk menyelasaikan masalah ini. Firman Allah :

“...sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” [TMQ an-Nisa’ (4):101]

Sebenarnya usaha membebaskan negara Palestin ini menjadi amat sukar kerana ketiadaan satu payung yang sepatutnya memayungi negara negara Islam. Payung ini adalah Daulah Khilafah. Sepatutnya semua negara negara Islam adalah wilayah bagi Daulah Khilafah. Semua tentera tentera di negara negara Islam seluruh dunia adalah tentera Daulah. Tentera yang membawa satu panji yang sama dan dibawah satu kalimah yang sama, kalimah La ila ha ill Allah. Tentera tentera ini bertanggungjawab mempertahankan wilayahnya dan membantu wilayah wilayah lain jika perlu. Namun apa yang terjadi sekarang, tentera tentera negara negara Islam berada dibawah panji yang berbeza serta sempadan geografi dan politik menjadi penghalang utama. Lebih buruk lai jika ia digunakan sebagai alasan untuk membiarkan umat umat Islam di Palestin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Pembentukan Daulah Khilafah adalah agenda utama yang patut diperbincangkan dan diusahakan dalam perbincangam antara penguasa penguasa Islam sekarang. Kesedaran ini wajib ada didalam kotak pemikiran umat Islam lebih lebih lagi pada mereka yang memegang kekuasaan. Dengan apa yang telah terjadi kepada Palestin, sepatutnya menjadi satu batu loncatan bagi penguasa penguasa dunia Islam mencari jalan terbaik mewujudkan sebuah Daulah yang disuburi oleh syariat Allah SWT, Dalam masa yang sama, bantuan harus disalurkan kepada Palestin secara terus menerus. Tentera tentera Islam harus dikerah ke medan pertempuran secepat mungkin.

Apa yang boleh para penguasa lakukan dalam jangka masa pendek:

1. Usir dan tutup semua Pengkalan Tentera kafir yang berada di negara negara Islam.
2. Sekat bekalan minyak. Minyak tidak akan di eksport kepada semua negara negara kafir.
3. Hantar tentera tentera ke bumi Palestin.
4. Usir semua diplomat negara negara kafir terutama Israel,US dan sekutunya.

Bagi jangka masa panjang pula kita perlu:

1. Membentuk Daulah Khalifah.
2. Mencipta senjata senjata hebat.
3. Dakwah seluruh dunia.

Tidak ada yang mustahil yang ia akan dapat dicapai. Yang pentng kita perlu usaha bersungguh dan berdoa agar ia terlaksana.