Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, December 6, 2009

OneMalaysia : OneUmmah

Di Malaysia sekarang ungkapan OneMalaysia atau Satu Malaysia semakin popular. Namun begitu ketidakstabilan politik semakin hari semakin menjadi-jadi. Jika ini berterusan, umat melayu yang juga umat Islam di Malaysia akan menjadi lemah.

Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. (Sila rujuk Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia). Namun sebenarnya jika ingin mengkaji asal usul bangsa misteri ini anda boleh merujuk http://mistisfiles.blogspot.com .

UMNO adalah sebuah parti Melayu, maka UMNO juga adalah parti orang Islam. PAS pula sememangnya parti orang islam. PKR walaupun bukan parti melayu namun kebanyakan ahli dan penyokong-penyokongnya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama Islam. Terima atau tidak, umat Islam khususnya di Malaysia semakin lemah akibat pertelingkahan orang Islam itu sendiri. Sedar atau tidak, di sekeliling Malaysia atau di Nusantara yang parti pemerintahnya terdiri daripada parti yang mementingkan agama Islam. UMNO yang kita tahu sememangnya sekular, namun sebenarnya jauh di hati hati mereka masih wujud keimanan.

UMNO boleh dianggap abang kepada parti parti politik yang dianggotai orang melayu ketika ini. PAS adalah adik kepada UMNO. PKR pula adik bongsu kepada UMNO dan PAS. Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS ini cuba sedaya upaya untuk bersama-sama saling bantu membantu, tegur menegur antara satu sama lain. Kedua-dua pihak ini sebenarnya mempunyai satu persamaan yang jelas, iaitu ISLAM. Alangkah baiknya jika PAS tidak mengkafirkan UMNO malah sentiasa berdakwah dengan cara yang lebih halus agar hati hati pemimpin UMNO terbuka membuang fahaman sekularnya sedikit demi sedikit. Bukankah lebih mudah PAS berbuat demikian berbanding cuba untuk mengajak DAP untuk menegakkan negara Islam?

Tentu anda ingat ketika ura ura PAS dan UMNO cuba duduk semeja? Sebenarnya ada pihak yang tidak senang jika ini benar benar berlaku. Pihak ini adalah pihak yag mahu umat Islam di Malaysia ini berpecah. Jika di negara2 arab umat islam berpecah kepada sunnah dan syiah. Di Malaysia mereka cuba memecahkan umat islam kepada PAS dan UMNO. Selama 50 tahun mereka berjaya mempertahankan perpecahan ini. Mereka tidak akan senang jika hari ini atau esok penyatuan ini dapat direalisasikan.

Saya pasti ramai yang sudah tahu tentang wujudnya Hizbut Tahrir di Malaysia. HT adalah satu parti politik yang juga bercita cita mendirikan semula Sistem Pemerintahan Islam di muka bumi Allah. Mungkin HT dapat menjadi "bridge" bagi merealisasikan penyatuan PAS dan UMNO. HT yang pandai dalam memanipulasikan "realiti" dalam gerakannya tentu tidak terlepas melihat realiti ini. Realiti perpecahan umat Islam di Malaysia yang semakin meruncing. Walaupun perjuangan HT lebih kepada perjuangan global, permasaalahan setempat sepatutnya menjadi keutamaan. Ini kerana permasaalahan setempat adalah titik mulanya permasaalahan yang global.

Cukuplah kita berpolitik dgn cara menuding jari anatara satu sama lain. Berusahalah mencari cara yang lebih membina. Kepada UMNO, cukuplah, lupakanlah usahamu utk melemahkan PAS. Kepada PAS, cukuplah. Jangan lagi mengkafirkan UMNO. Ajar mereka dengan lebih berhikmah. Kepada HT, janganlah bertindak sendirian. UMNO dan PAS boleh disatukan atas nama ISLAM. bawalah mereka bersama untuk berjuang mengembalikan kegemilangan ISLAM. Jika kita percaya OneMalaysia dapat memberi impak kepada kemajuan negara, OneUmmah akan berjaya memberi impak yang lebih besar. Ia akan memberi impak kepada kemajuan dunia.

Wallahualam.

Friday, December 4, 2009

Hanya 2 Golongan Manusia

Pada saya hanya terdapat 2 sahaja golongan manusia sahaja yang wujud di dunia ini. Boleh juga dianggap 2 Parti atau 2 Pasukan. Golongan pertama adalah golongan yang menjadi pengikut kepada kebenaran iaitu golongan yang disebelah Sang Pencipta, manakala golongan yang satu lagi adalah pengikut sang Penderhaka yakni syaitan.

Pasukan elit kedua-dua golongan ini sedang berusaha untuk mempengaruhi manusia agar menjadi anggota pasukan mereka. Pilihlah yang terbaik. Muhassabah lah diri agar kita sedar disebelah manakah kita berada sekarang.

Wallahualam

Nota : Blog ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang peperangan antara 2 golongan ini. http://mistisfiles.blogspot.com/ . Selamat membaca.

Friday, September 4, 2009

17 Ramadhan

Selain Nuzul Quran, kita sering melupakan satu peristiwa besar yang berlaku pada tarikh ini, Peristiwa yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peristiwa ini sepatutnya dikenang seperti Rakyat Malaysia mengenang Hari Kemerdekaan. Perang Badr Qubra berlaku pada tarikh ini. Dalam Perang ini terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran terbaik bagi umat Islam. Kemenangannya menjadi satu permulaan sejarah keagungan Islam. Perang ini memberi erti kemerdekaan sebenar kepada kita semua umat Islam.

Wallahualam

Thursday, August 6, 2009

Pejuang VS Pengganas

Semakin hari semakin hilang ungkapan pejuang Islam di bibir masyarakat umum. Semakin hari semakin popular istilah "Pengganas", lebih malang lagi apabila masyarakat umum mempunyai pandangan stereotype bahawa Pengganas adalah orang yg berjanggut lebat dan beragama Islam dan biasanya dari bangsa arab. Itulah yang terpancar di mata minda masyarakat umum?

Sedar atau tidak gambaran ini jika diselidiki ia adalah satu konspirasi jahat untuk meliberalkan umat Islam yang lain. Bayangkan peribadi pengganas yang dicipta dan dimiripkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berbangsa Arab, dan menjadi sunnah beliau menyimpan janggut yang agak lebat. Cuba anda bayangkan jika pemikiran umum ini ditanam kepada kanak-kanak sejak dari kecil. Apa agaknya tanggapan mereka jika kita cuba menceritakan tentang Rasulullah SAW? Berkemungkinan besar otak mereka dengan secara tidak sedar membuat kesimpulan aatau menyamakan Rasulullah SAW dengan watak yang dicipta bagi mengelirukan umat islam. Nauzubillah.

Sebagai umat islam, kita perlu berwaspada dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak seharusnya menerima apa jua berita tanpa berfikir secara Islami walaupun berita itu datang dari orang Islam sendiri.

Di bawah ada link ke satu blog baru yang cuba menyingkap apa yang berlaku, Wallahualam

Saturday, April 18, 2009

Malaysia - Barisan Kepimpinan Baru

Mungkin ramai juga rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu yang baik untuk mereka hasil dari perubahan besar kepimpinan negara. Pada aku, tidak ada apa sangat yang boleh diharapkan. Ia hanyalah umpama sebuah kereta yang diganti pemandunya, sedangkan kondisi kereta itu masih tetap sama dan jalan yang dilaluinya juga masih sama. Maka destinasinya juga akan tetap sama. Jika pemandu dahulu memandu kearah destinasi hitam, maka destinasi hitam jua yang sedang pemandu baru ini tuju. Namun jika pemandu ini bertekad menukar keretanya, ia juga tidak memberi apa apa makna jika jalan yang dilalui masih jalan yang sama. Jika jalan juga ditukar, namun destinasinya sama, maka ia masih tetap begitu.

Matlamat/Destinasi yang perlu dituju adalah untuk mendapat keredhaan Allah, bukan sekadar untuk menyatukan Malaysia dengan slogan "Satu Malaysia". Untuk mendapat keredhaan Allah, seperti yang semua umat Islam tahu, iaitu dengan melakukan apa yang disuruhNya dan tinggal apa yang dilarangNya. Adakah sistem Demokrasi yang menuhankan manusia dengan meredhakan manusia manusia menggubal undang-undang dengan tangan tangan mereka sendiri diredhai Allah? Tepuk dada tanya Iman. Adakah sistem yang membolehkan manusia manusia menolak hukum yang telah Allah tetapkan dengan sekadar mengangkat tangan ini diredhai Allah? Tepuk dahi tanya akal..

Wallahualam

Jemariku mengetuk semula...

Sekian lama jemariku tidak mengetuk, bukan kerana ketandusan idea, cuma aku berada didalam salah satu situasi dalam hadis ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Sunday, February 22, 2009

Demokrasi: Menuhankan Manusia

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Inilah definasi demokrasi. Ramai yang menganggap demokrasi itu adalah pilihanraya, sedangkan pilihanraya itu cuma satu cara utk memilih wakil. Demokrasi adalah satu sistem yang memberi kekuasaan kepada manusia untuk mentadbir sesebuah negara di atas tangan tangan manusia sendiri. Ini termasuk menggubal undang undang. Penggubalan undang undang ini ini ditentukan oleh suara majoriti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini bermaksud, rakyat memilih wakil wakil untuk menggubal undang undang.

Sistem Demokrasi ini umpama menuhankan manusia. Jika manusia berhasrat menghalalkan riba, ini dapat dilakukan dalam demokrasi. Jika manusia ingin menghalalkan perkahwinan Gay mereka dapat melakukannya menggunakan jalan demokrasi. Sedangkan hukum tuhan secara jelas mengharamkan kehendak manusia itu. Adakah tangan tangan manusia lebih baik daripada Allah?

Oleh itu, memilih wakil dalam pilihanraya di dalam sebuah negara Demokrasi adalah sesuatu yang salah kerana kita memilih wakil kita untuk mengambil hak Allah.

Wallahualam