Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Iman 1: Percaya kepada Allah

Seperti dalam beberapa entry yang lepas aku ada cakap nak bincangkan tentang rukun iman, so aku cuba sampaikan kali ini, diharap jika ada yang salah dapat dikomen oleh para pembaca. Dan jika ada apa apa tambahan pun boleh dimasukan dalam komen.

Percaya kepada allah adalah rukun iman pertama yang bersifat aqliyah, ini bermakna ia boleh dan harus dibuktikan oleh akal fikiran kita? Bagaimana? Langkah pertama ialah kita wujudkan satu time line iaitu Sebelum Sekarang dan Selepas. Pada masa sekarang apa yang kita nampak disekeliling kita, manusia, alam dan kehidupan lain, begitu juga dengan benda benda seperti kereta dan sbgnya. setiap satu yang kita lihat pasti akal kita akan bertanya siapa yang mencipta apa yang kita lihat disekeliling kita. Akal mesti akan sibuk mengatakan yang adanya Sang Pencipta yang amat hebat yang dapat mencipta alam ini. Dan yang mencipta semestinya wujud sebelum sekarang, dan wujud juga pada masa sekarang dan seterusnya pasti wujud pada waktu akan datang.

SEBELUM
SEKARANG
SELEPAS
  • Maha Pencipta
  • manusia
  • Alam
  • Kehidupan
  • Benda-benda
  • Hari Akhirat

Kalau kita lihat semula manusia,alam dan kehidupan semua ini mempunyai sifat yang hampir sama iaitu kewujudannya terbatas bermaksud, kita ada tarikh lahir dan semestinya ada tarikh mati. Kemudian kewujudannya juga adalah saling memerlukan, contohnya kita perlukan air utk hidup, perlukan bumi dan perlukan manusia lain untuk hidup. Dengan adanya sifat ini semua yang kita nampak disekeliling kita ini adalah makhluk yang lemah, yang tidak bersifat seperti yang Maha Pencipta, sebab yang Maha Pencipta semestinya kewujudannya tidak terbatas, ia tidak akan mati dan mesti kekal selama lamanya. Dan Dia juga mesti wujud sebelum kita dan alam ini wujud dantidak bergantung kepada apa apa pun. Contohnya, kalau yang maha pencipta memerlukan bumi, sudah tentu ada yang mencipta bumi barulah Dia boleh wujud. Kesimpulannya yang Maha Pencipta mesti wujud sebelum apa yang kita lihat ini wujud.

So dari sini, akal akan membuat beberapa hipotesis tentang kemungkinan yang Maha Pecipta ini :

  1. Dia mencipta dirinya sendiri.
  2. Dia dicipta oleh sesuatu.
  3. Wajibul Wujud : ia wujud sejak azali, tidak diciptakan, tiada batasan masa, tidak akan dirinya mati atau hilang.

Hipotesis pertama sememangnya tidak boleh diterima oleh akal, bolehkah kereta mencipta kereta lain? Sudah tentu tidak. So hipotesis pertama boleh ditolak.

Hipotesis kedua juga tidak boleh diterima. Ini kerana jika ia dicipta oleh sesuatu yang lain, ini bermakna ada yang lebih Maha Pencipta.

Hipotesis Ketiga sahaja yang boleh diterima oleh akal fikiran kita, dimana kita telah bincangkan pada awal entry kita tadi.

Maka di sini kita telah membuatkan bahawa sememangnya wujudnya Sang Maha Pencipta iaitu Allah SWT, yang mencipta segala apa yang terlihat ataupun tidak dan yang akan wujud selama lamanya dan juga sebagai Yang maha berkuasa keatas segalanya daripada sebelum kewujudan kita sehinggalah selepas kematian kita dan selepas kemusnahan bumi dan alam ini.

Wallahualam.

2 comments:

salam said...

1. Dia mencipta dirinya sendiri.
2. Dia dicipta oleh sesuatu.
3. Wajibul Wujud : ia wujud sejak azali, tidak diciptakan, tiada batasan masa, tidak akan dirinya mati atau hilang.


Kurang lengkap. Lagi satu kemungkinan.

4. Dia di cipta oleh kita sendiri - macam dalam mimpi kita cipta Ultraman dll makluk hebat.

Anonymous said...

kalau dalam mimpi kita boleh cipta ultraman...siapa pulak yg cipta kita ni, kewujudan manusia tu sendiri.
tentulah kita diciptakan oleh sesuatu