Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Pemikiran Islam

Sempena hari Jumaat ini, aku nak ajak kawan kawan semua berfikir sejenak. Aku bukan nak tunjuk pandai, cuma menyampaikan apa yang aku rasakan betul. Jika salah saya bersedia menerima teguran.

Akhir2 ini atas desakan hati, aku cuba mencari golongan pemikir Islam untuk belajar. Dalam mencari, akhirnya aku bertemu dengan Hizbut Tahrir (HT). Satu kumpulan yang boleh dikatakan mempunyai Cara Pemikiran Islam yang aku cari. Sebenranya Hizbut Tahrir adalah lebih dari itu, tak mampu untuk aku terangkan dalam wacana ini. (Untuk Maklumat lanjut sila ke http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/index.htm) . Selepas beberapa sessi bersama HT, aku rasa aku nak sampaikan apa yang aku faham kepada sahabat semua. Mungkin ia cuma sekelumit. Namun Sabda Nabi SAW:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya :Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari dan Tirmizi)

Umat Islam secara amnya percaya wujudnya Yang Maha Mencipta. Namun begitu tidak ramai yang merujuk kepadaNya jika wujud permasalahan dalam kehidupan. Bagi kebanyakan umat Islam sekarang akan merujuk kepada Yang Maha Pecipta apabila masalah tersebut berkaitan dengan penyembahan. Cthnya bila nak dirikan solat nak puasa, nak tunaikan haji, tidak jika masalah itu mengenai gejala sosial, persengketaan antara manusia dan sbg nya. Sedangkan kita percaya Dia yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka tentulah kita dapat menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam kehidupan ini dengan kaedah yang telah di ajar melalui Al Quran dan Sunnah. Satu contoh yang amat mudah difahami :

Antara kereta BMW dan Perodua Kancil, kita tahu BMW mempunya engineer engineer yang hebat maka enginenya juga memang hebat. Tapi jika kita mempunyai sebuah kereta Kancil, dan apabila ianya mempunyai masalah rumit sehinggakan mekanik biasa tidak tahu untuk membaikinya, sudah tentu kita akan hantar ke Perodua untuk dibaiki. Kenapa? kerana Perodua yang buat Kereta Kancil tersebut bukan BMW. Maka kerana Perodua yang membuatnya pasti kita sedar yang lebih mengetahuinya adalah Perodua dan bukan BMW.

Begitu juga dengan kita. Kita tahu siapa pencipta kita. Maka siapa yang lebih tahu tentang permasalahan kita? Saudara tentu dapat menjawabnya.

Wallahualam.

No comments: