Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Mencetus Pemikiran Umum

Nampaknya bila entry aku agak keagamaan, kurang mendapat komen saudara saudara pembaca, tapi alhamdulillah kalau dari statistik yang ada, ada yang membacanya, Aku sebenarnya mengharapkan komen supaya aku dapat generate lagi pemikiran dan agar kita dapat belajar antara satu sama lain. Sekali lagi aku nak tekankan disini, aku bukan ustaz atau alim ulama, cuma hamba allah yang teringin menikmati keindahan sebagai umat islam seperti zaman zaman orang islam berada dipuncak satu ketika dulu.


Setelah dalam beberapa perbincangan dengan orang yang lebih arif, kesimpulan yang boleh dibuat, untuk kita umat islam kembali hebat adalah dengan cara membetulkan akidah setiap umat islam. Kalau kita tengok sebelum ini wujud pertubuhan dan parti politik yang berjuang untuk merubah diperingkat pentadbiran sesebuah negara. Nampaknya cara itu tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Kenapa? jawapannya kerana umumnya masyarakat islam sendiri tidak bersedia. Mengapa tidak bersedia? kerana iman atau akidah kita masih goyah. Kita percaya kepada tuhan, kepada Allah tapi tindakan dan perlakuan kita tidak seperti itu. Kita tak takut pun melanggar larangan Allah untuk terlibat dalam riba dan rasuah, tapi kita lebih takut untuk langgar lampu isyarat merah di jalan raya.


Bila mana hampir setiap orang islam sudah memahami erti keimanan, pada waktu itu insyaallah bila ada sekumpulan pemimpin mengisytiharkan Daulah Islamiyah, berduyun duyun yang akan menyokong. Inilah konsep pemikiran umum. Contohnya: kepentingan Bahasa Inggeris. Walaupun kita cuba kata yang kita perlu memartabatkan bahasa melayu, tapi hakikatnya boleh dikatakan semua orang sedar realitinya bahasa inggeris itu skrg menjadi bahasa yang penting. Dan apabila datang pemimpin yang hebat seperti Mahathir, dan mencetuskan pemikiran umum yang bahasa inggeris adalah bahasa penting, dengan sekelip mata perubahan dibuat dalam sistem pendidikan dan di peringkat akar umbi pula, ibu bapa terus berpusu pusu menghantar anak anak ke tuisyen untuk mempelajari bahasa inggeris. Dalam contoh ini, Majoriti umat telah faham/mafhum yang pentingnya bahasa inggeris, dan Dr Mahathir adalah sebegai Pencetus pemikiran umum itu. Begitulah yang akan terjadi jika umat islam sekarang sudah mafhum dengan keimanan kita.

1 comment:

Anonymous said...

Kita tak takut pun melanggar larangan Allah untuk terlibat dalam riba dan rasuah, tapi kita lebih takut untuk langgar lampu isyarat merah di jalan raya.

Sebab kita boleh nampak encik Pulis tapi tak boleh nampak Allah.