Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Kenapa Yahudi & Amerika Hebat?

Kita selalu tertanya tanya kenapa umat Islam sekarang lemah? Dan pelbagai jawapan timbul dari persoalan tersebut. Ada yang kata sebab ekonomi umat Islam tak hebat, ada pula yang kata ilmu pengetahuan kita tidak setinggi bangsa Yahudi dan Amerika sekarang. Apa kata kita ubah sedikit soalan tu jadi.. "Kenapa Yahudi & amerika hebat sekarang?"


Kalau kita kata ekonomi mereka kuat, suatu masa dulu ekonomi mereka juga lemah, so kita akan tertanya pula, bagaimana mereka boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka. Mungkin jawapannya Ilmu pengetahuan. Tapi suatu masa dulu ilmu mereka juga cetek. Apa yang sebenarnya yang memacu mereka sehingga mereka berjaya meningkatkan ekonomi dan ilmu mereka sekarang? Jawapannya mudah, mereka memegang akidah mereka dengan teguh. Sungguhpun akidah yang mereka pegang itu salah namun apabila mereka meyakini dengan sepenuh hati maka ia akan memacu tindakan mereka untuk mencapai matlamat dalam akidah mereka. Apa akidah mereka? Sudah tentu mereka memegang teguh akidah kapitalisme.


Apabila kita menjawab soalan tadi, dengan sendirinya terjawab mengapa umat Islam sekarang lemah,. Ini adalah kerana akidah umat Islam yang lemah. Semua orang Islam percaya dan tahu tentang kekuasaan Allah, hari akhirat dan perkara halal haram. Namun begitu umat Islam tidak bertindak di atas akidah tersebut. Ini bermakna akidah Umat Islam masih lemah. Apa yang kita percaya dan tahu itu tidak menjadi mafhum (Saya ada tulis tentang hal ini dalam entry yang lepas), maka kita tidak bertindak mengikut apa yang kita pegang(akidah). Ini kita dapat buktikan pada zaman Awal Islam, di mana umat Islam ketika itu tidak menguasai ekonomi, tidak menguasai bidang Ilmu, apa yang Rasulullah SAW buat ialah menguatkan akidah para sahabatnya. Dengan teguhnya akidah mereka, akhirnya Islam dapat menguasai dunia.


Di sini saya bagi satu contoh mengenai akidah , satu hari kita sedang menaiki tangga, kemudian kita ternampak duit 5 sen, kita abaikan. esoknya kita nampak duit RM 50 kita tengok kiri kanan orang takdak kita pun ambil. Agaknya apa yang membuatkan kita menolak duit 5 sen tapi kita ambil duit RM 50? Kerana duit 5 sen tu kita rasakan tidak bermanfaat sangat kalau diambil pun berbanding RM 50. Kalau itu yang kita fikir, akidah kita sama dengan Yahudi dan Amerika. Kalau kita mempunyai akidah Islam, keputusan sama ada ambil atau tidak itu adalah berdasarkan halal atau haramnya duit itu, bukan bermanfaat atau tidak ia kepada kita. Jika sesuatu itu haram, walaupun kita rasa ia bermanfaat kepada kita, kita tetap tidak akan ambil atau buat. Itulah sebenarnya kalau kita memagang Akidah Islam.


Apa matlamat kita sebagai seorang yang mengaku memegang akidah ISLAM? Renung dan fikir, dan jawab pada diri anda sendiri. Jika tak dapat menjawabnya, jom sama sama kita berusaha meningkatkan akidah kita.


Semoga Allah membuka pintu hati kita semua, untuk kembali ke jalan yang diredhainya, Amin.


Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Apa matlamat kita sebagai seorang yang mengaku memegang akidah ISLAM?

Masuk syorga dengan cara termudah, pengorbanan paling sedikit dan masa paling singkat (yg last utk mereka yg idup merana)