Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Tax (Cukai)

Berada beberapa hari Riyadh, aku boleh nampak beberapa perbezaan cara hidup di sini berbanding dengan di Malaysia. Kalau nak diceritakan dalam satu post mmg tak terlarat nak taip. Sememangnya ada baik dan buruknya jika dibandingkan di Malaysia.

Pagi tadi aku bersama Brother Anwar (Pak Arab) menaiki kereta ke salah satu tempat. Semasa dalam perjalanan aku perasan di windscreen kereta dia langsung takdak sticker. Then aku tanya kat dia. "Don't u have to pay for the road tax?. Kemudian dia pun jawab. "No.. No.. No Tax.. we dont have any tax to pay. The only thing we pay for the zakat". Dia juga cakap yang kena tax cuma Foreign Company. So itu je la tax yang ada.. tak ada cukai pintu, cukai tanah atau apa apa tax yang kita boleh senaraikan. Kemudian aku tanya lagi, kalau non-muslim kena bayar jizyah tak? Dia kata "no jizyah too".

Begitulah kisahnya ttg tax dia arab saudi. Tapi aku tak sure plak bab duti import. Tapi kalau dilihat harga kereta dia, sememangnya mcm tak kena cukai pun kereta import depa. Bayangkan Camry yang kat Malaysia berharga 130K++ kat riyadh hanya around 70K je. Even Playstation 3 kat sini baru SR 2200++, berbanding about RM3K di Malaysia.

Setahu aku sepatutnya memang tidak ada tax dalam sebuah negara ISLAM. Wallahualam.

5 comments:

salam said...

Tak boleh apply di Malaysia. Arab kaya, ada minyak.

fikrul said...

Malaysiapun ade minyak juga......lagipun kat m'sia (kelantan) ada emas....kat arab tak adapun!

Ajaque said...

Negara bangsa, sempadan geografi itulah yang memustahilkan banyak perkara.

Negara Islam, Daulah Khilafah. Inilah yang akan mengrealisasikan byk perkara.

Kerajaan Jelmaan said...

Negara Islam? Daulah Khilafah? Merealisasikan macam mana? Strategi siapa? Tell me......

Ajaque said...

salam sdr kerajaan jelmaan,

Strategi : Rasulullah
Rujukan : Al Quran dan Sunnah
Implementor : Kita semua rakyat Islam sedunia.

Kalau kita yakin dgn strategi ni, jom kita yakinkan ummat yang lain, Insyaallah, ia akan direalisasi.
"... selepas itu, akan kembali Khilafah ala minhaj an nubuwwah" HR Ahmad.

untuk maklumat lanjut tentang strategi dan sebagainya, sila layari http://www.mykhilafah.net