Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Qodha'

Bila disebut Qodha' dan Qodhar selalunya penafsiran kita adalah baik dan buruk semua dari Allah SWT. Sebenarnya pengertian dan pemahaman Qodha' dan Qodhar adalah penting untuk mengukuhkan akidah kita semua. Baru baru ini aku ada menghadiri satu perbincangan yang membincangkan hal ini, mungkin boleh dikongsi bersama, dan jika ada salah diharapkan sahabat2 yg membacanya dapat sampaikan kepada aku melalui komen blog ni.

Dalam ruang lingkup kehidupan kita ni, sebenarnya ada 2 bahagian yang kita sedar atau tak, iaitu 1) Sesuatu yang diri kita dikuasai 2) Sesuatu yang diri kita menguasai.

Yang pertama itulah letaknya Qodha' . Sebenarnya yang pertama inilah yang banyak dalam kehidupan kita seharian. Contohnya kita tengah drive berhati hati di jalan raya, tiba tiba ada sebuah kereta dari arah lain eksiden lepas tu, kereta dia terpelanting masuk dalam jalan kita, padahal ada pembahagi jalan, dan akibat nya kita terlibat sama. Inilah cthnya diri kita dikuasai, kita tak dapatpun berbuat apa apa untuk elak situasi tu, Cth lain adalah seperti yang kita ketahui iaitu soal jodoh, rezeki dan ajal. Sebenarnya kita tidak akan di hisab atas perkara perkara yang kita dikuasi ini. Kita hanya akan dihisab atas perkara yang diri kita yang menguasai. Sebagai contoh, kita bekerja dengan amanah untuk mencari rezeki, rezeki itu diluar bidang kuasa kita, sama ada hasil kerja kita itu banyak atau sedikit itu ketentuan Allah SWT, manakala kerja kita yang amanah itu yang akan dinilai oleh ALLAH. Bagitu juga kita mencari rezeki dengan cara rasuah atau mencuri, bukan jumlah hasil curian itu yang dihisab, yang dihisab itu adalah perbuatan mencuri itu. Di sini kita nampak yang perbuatan mencuri atau bekerja itu dikuasai oleh diri kita sendiri, kita boleh membuat pilihan untuk mencari rezeki cara yang halal taua cara yang haram.

Apabila kita terlalu memikir hal Qodha' yang sebenarnya diluar kawalan kita, itu satu perkara yang merugikan kerana ia boleh menyekat kita dari melakukan sesuatu yang mungkin lebih baik. Cthnya, alim ulama yang mempunyai ilmu agama yang kuat dan berjawatan dalam sebuah kerajaan dengan gaji yang banyak, tidak mahu menegur kesalahan pemimpin kerana takut kena buang kerja. Sebenarnya ia memikirkan sesuatu yang Qodha', jika Allah nak tarik rezekinya, kalau dia tak tegur pemimpin pun dia boleh kehilangan kerjanya. Ini kerana rezeki itu urusan Allah, maka kita sebagai hamba cuma nak mendapatkan rezeki itu dengan jalan yang diredhainya. Di sini kita nampak bahawa keburukanya ia telah menghalang usaha dakwah seseorang. Begitu juga dengan AJAL, kebanyakan kita sekarang takut mati, sedangkan mati itu tidak dalam kawalan kita. So kalau kita pegang ia adalah salah satu Qodha' Allah, kita akan berusaha untuk menjadi baik setiap masa agar apabila tiba ajal kita, waktu itu kita dalam keredhaan Allah. Dengan sebab pegangan ini juga para sahabat dahulu tidak takut utk berperang kerana mereka tahu ajal itu hak Allah.

Byk lagi cth yang boleh sahabat fikirkan. Kesimpulannya kita tidak perlu menghabiskan masa dan buah fikiran kita utk hal hal Qodha' yang sememangnya diluar kemampuan kita. Apa yang kita perlu buat adalah berfikir atau mencari jalan yang terbaik di sisi Allah utk melakukan sesuatu yang didalam kawalan kita.

Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

Askm..soalan ini untuk menajamkan kefahaman kita. Adakah ruang lingkup manusia mampu menguasai itu termasuk di dalam qadha? kalau termasuk, ianya seperti fahaman Jabariyyah..bagaimana jawabnya

Ajaque Rahman said...

Qadha adalah sesuatu yang tidak mampu menguasai. Apa yang kita mampu buat ialah sesuatu yang kita mempunyai pilihan, sbg cth, Untuk mencari rezeki kita boleh bekerja atau kita boleh mencuri. Pilihan itu yang kita buat, tentang rezeki itu adalah Qadha Allah. Kita boleh bercucuk tanam, namun samaada kita dapat hasil atau tidak itu adalah Qadha Allah, Wallahualam.