Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Bersyukur

Tentu ramai yang tersenyum lebar hari ini kerana semalam Pak Lah mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaan. Ia memang berita yang baik. Tapi dalam perkara yang kita rasa baik ini pun kita kena membuka fikiran kita agar kita tidak terus terawang awang dek berita gembira ini.

Kita percaya rezeki datangnya dari Allah. Kalau dalam rukun iman Rezeki ni duduk dalam rukum iman yang ke-6, Percaya kepada Qodo' dan Qodar. Kalau kita tengok berita semalam Pak lah amat bangga bila mengumumkan kenaikan semalam, seolah olah dia telah menambah rezeki kepada kakitangan kerajaan. Dah la duit tu bukan duit dia pun, dan duit kerajaan tu pun sememangnya duit rakyat pun. Sebenarnya kerajaan cuma saluran dimana rezeki itu datangnya dari Allah.

Kemudian terdengar seorang ditemurumah, saya tak pasti siapa, tapi begitu bersemangat memuji muji kerajaan atas kenaikan gaji ini. begitu berterima kasih kepada kerajaan, tak salah berterima kasih namun jangan lupa Allah yang memberi rezeki. Tanpa rezeki dari Allah, jangan harap gaji kakitangan kerajaan akan naikkan gaji anda semua. Cuba fikir situasi ini. Setiap bulan anda check je account anda di ATM ada duit kemudian anda keluarkan duit. Pernahkah anda berterima kasih kepada ATM yang bagi duit tu? Tak pernah bukan? sebab anda tahu itu duit anda bukan duit Bank atau duit ATM tu? Begitu juga cerita rezeki, Rezeki itu dari Allah, kemudian disampaikan kepada anda melalui saluran saluran tertentu. Jadi kita sepatutnya berasa amat rendah diri kepada Allah Al-Razzaq yang tidak putus-putus memberi rezeki kepada kita semua, bukan saja gaji, malah udara, air semua itu adalah rezeki Allah, dan semalam DIA menambah rezeki anda dengan menambah gaji anda. Dengan itu yang utama bersyukurlah kepada Allah, pujilah DIA. Berterima kasih kepada kerajaan kerana menjalankan amanah Allah dengan baik. Semoga dia menjalankan amanah itu dengan Ikhlas, bukan sebab naikkan gaji sebab pilihanraya yang akan menyusul tak lama lagi.

Semoga kakitangan kerajaan semua berfikir dengan lebih terbuka.

Wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

Setiap bulan anda check je account anda di ATM ada duit kemudian anda keluarkan duit. Pernahkah anda berterima kasih kepada ATM yang bagi duit tu? Tak pernah bukan? sebab anda tahu itu duit anda bukan duit Bank atau duit ATM tu?

Analogi tak bolah pakai. Pernahkah anda berterima kasih kepada ibu yg malahirkan anda? Pernah bukan? Walaupun nyawa anda bukan ibu yg bagi :)

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH..SAYA SETUJU DENGAN SAUDARA. REZEKI YANG KITA TERIMA TIAP BULAN ADALAH ANUGERAH DARI ALLLAH.JANGAN KITA INGAT ITA KERJA DAPAT GAJI. FIKIRKANLAH JIKA ALLAH TIDAK BERI NIKMATNYA BERUPA KESIHATAN, WARAS AKAL FIKIRAN, KEAMAMAN RUMAHTANGGA DAN BANYAK LAGI, DAPATKAH KITA PERGI KERJA. DAPATKAH KITA KERJA. KALAU OTAK DAH MERENG, BOLEHKAH KTA KERJA? KOMEN BANDING HAL INI DENGAN IBU TAK SAMA. ALLAH KATA SYURGA BAWAH TAPAK KAKI IBU. FAHAM2 JELAH MAKSUDNYA. BUKAN TAK BOLEH TERIMA KASIH PADA KERAJAAN DAN PEMIMPIN. BOLEH SANGAT2. KITA SEMUA HAMBA ALLAH. PAD KAWAN ATAU SIAPA SAJA KITA UCAP TERIMA KASIH..CUMA BETULKAN IKTIQAD KITA..APA YANG KITA TERIMA, APA YANG KITA ADA ADALAH DENGAN KEHENDAK ALLAH TAALA.

Anonymous said...

SAYA INGIN MOHON MAAF JIKA APA YANG SAYA TULIS SEBELUM INI BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK ISLAM...SAYA HANYA FIKIR APA YANG PATUT DIBUAT BERDASAR PEMAHAMAN ISLAM SAYA.BERKENAAN SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU, SEPATUTNYA SAYA TULIS "BIASA KITA MENDENGAR UCAPAN, TULISAN... SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU..." SILAP LA TULIS ALLAH KATA SEDEMIKIAN...MAAF2 BANYAK2