Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Bunuh Anak : Kita berada di zaman Jahiliyah?

Astaghfirullahalazim, itu lah lafaz yang keluar dari mulut orang orang islam apabila mendengar berita tentang ibu/bapa yang sanggup membunuh anak sendiri. Sejak kebelakangan ini semakin kerap kes membunuh anak sendiri, yang mana antara penyebabnya adalah berhutang dengan Ah Long dan yang terbaru dek kerana suami nak berpoligami. Kejadian ini bukan baru, sebelum ini kisah pembuangan bayi biasanya anak luar nikah menjadi satu isu yang agak besar. Begitu teruknya kita sekarang, seteruk kita zaman Arab Jahiliyah, malah lebih teruk lagi. Jika ketika zaman arab jahiliyah dulu ibubapa cuma membunuh anak perempuan, namun kini perempuan dan lelaki sekali menjadi mangsa.

Kalau diteliti sedikit tentang sebab sebab perbuatan terkutuk ini ada 3 faktor utama. Pertama adalah perzinaan, Kedua adalah masalah ekonomi dan ketiga masalah rumahtangga(poligami). Bila digali lebih dalam lagi, sebenarnya semuan penyebab ini adalah tidak mengikut manual yang Allah SWT turunkan kepada kita.

Dalam negara kita ini perzinaan adalah lebih baik dari membunuh/mengedar dadah/memiliki senjata api/. Kenapa aku kata macam tu? Sebab hukuman bagi orang yang berzina adalah denda maksimum RM 5000 atau 3 tahun penjara atau kedua duanya sekali. Sedangkan 3 kesalahan lain yang aku sebutkan tadi, maksimumnya hukuman mati. Bukankan Allah SWT telah menetapkan hukum yang jelas bagi kes kes zina. Bukankah satu ketika dulu para pemimpin kita claim yang Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Islamkah kita kalau kita tidak mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT serta RasulNya? Sahabat semua pasti boleh jawab. So jangan hairan mengapa kes pembuangan bayi masih tidak henti henti sampai ke hari ini.

Faktor kedua ekonomi, secara jujurnya hari hari kita penuh dengan sistem ekonomi kapitalis yang sentiasa menekan kita. Riba dihalalkan oleh pemerintah, rasuah berleluasa, cukai terus dikenakan, pemerintah/kerajaan mengabaikan tanggungjawab tentang hak hak rakyat. Takkan tak ada sistem ekonomi ISLAM? Takkan tak wujud Sistem Pemerintahan ISLAM. Sedangkan seremeh remeh perbuatan pun ada diajar dalam ISLAM, inikan pula hal hal besar. Sememangnya jawapannya ADA. Tapi mereka yang tahu itu saja saja buat tak tahu. Yang tak tahu pula, tak cuba langsung nak ambil tahu. Apabila kita buat sesuatu tanpa merujuk manual Allah, sudah tentu kegagalan adalah hasilnya.

Yang ketiga adalah poligami, sekarang wujud golongan yang cuba nak haramkan poligami sedangkan terang terangan hukumnya telah termaktub dalam Al Quran. Pelik, tapi itu yang berlaku. Pada golongan yang berfikiran begitu, cuba muhasabah adakah anda kata anda lebih baik dari Allah? Kadang kadang apa yang kita fikir baik, bagi Allah ia adalah buruk, dan kadang kadang apa yang kita fikir buruk, bagi Allah ia adalah yang terbaik. So mana kita nak pilih, yang dari Allah atau dari kita manusia yang semememangnya amat lemah.

Kembali pada apa yang Allah tetapkan adalah penyelesaian yang terbaik. Kerana Allah adalah yang mencipta kita, Dia lebih mengetahui apa yang diciptakannya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya.

Wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Bagus cetusan idea anta, ana memang sedang mencari maklumat tersebut. Seteruskan berkarya

Ajaque Rahman said...

Mari kita sama sama berusaha menegakkan panji Islam di muka bumi Allah ini.

Abg Loceng said...

betul kata tuan, tapi kalau tuan tahu ke bagaimana cara pemerintahan islam yang sebenar? sistem kewangan islam yang sebenar? kita hanya tahu teori tetapi tidak pernah mengamalkannya.

bagaimana nabi mengubah zaman jahiliyah, macam itulah kita kena ubah masyarakat kita, dengan agama sahajalah sistem moral yang sihat dapat diwujudkan. dakwah(ingat-mengingati) mestilah ditegakkan semula.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.