Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Hakikat Manusia

Secara amnya manusia mempuyai 2 ciri utama iaitu :

  1. Hajatul udhowiyah
  2. Ghorizah

Hajatul udhowiyah bermaksud keperluan jasmani yang mana secara tak sedar telah wujud keperluan ini dalam diri manusia. Sebagai contohnya kita perlu untuk makan bagi memebuhi keperluan jasmani kita. Allah mengurniakan khasiat khasiat dalam diri manusia bagi memenuhi keperluan manusia itu sendiri. Khasiat khasiat ini adalah seperti rasa mengantuk yang mendorong kita untuk berehat, rasa lapar yang akan mendorong kita untuk makan, rasa dahaga yang mendorong kita untuk minum dan lain lain lagi. Dengan wujudnya khasiat khasiat ini menyebabkan manusia akan melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan jasamannya.

Ghorizah membawa maksud naluri. Pada setiap manusia pasti mempunyai ghorizah, iaitu naluri yang timbul dari dalam dirinya. Ghorizah ini boleh dibahagikan kepada 3 cabang iaitu :

  1. Al Nau’ (berkasih sayang)
  2. Al Baqo’ (mempertahankan hak)
  3. Al Tadayyun (beragama)

Naluri Nau’ yang ada dalam diri manusia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, dengan wujudnya naluri ini, manusia akan mencari pasangan dan melakukan hubungan seksual untuk menyambung keturunannya. Dengan adanya naluri ini juga menyebabkan manusia menyayangi anaknya dan berusaha dengan apa jua sekalipun untuk membesarkan anaknya. Nau’ bukan sekadar merangkumi apa yang disebutkan di atas, ia juga merangkumi kasih sayang sesama manusia secara kesulurhannya. Contohnya kita merasa kasihan melihat orang lain yang mengalami kesusahan. Munculnya rasa kasihan itu adalah kerana wujudnya Naluri Nau’ dalam diri kita.

Naluri baqo’ atau mempertahankan hak bukan sahaja bermaksud mempertahankan diri dari bahaya. Ia merangkumi mempertahankan diri dari segi ego, harta, pemilikan dan sebagainya. Beberapa contoh untuk memahami naluri baqo ini adalah seperti dibawah :

  1. Keinginan untuk membeli kereta, handphone, camera dan sebagainya
  2. Meletakkan kamera litar tertutup di rumah untuk mengawasi rumah daripada pencuri.
  3. Memberi bukti bukti dan alasan yang kukuh kepada seseorang jika diri kita dituduh melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak kita lakukan.

Naluri tadayyun ini sama ada sedar atau tidak, ia memang wujud dalam setiap manusia. Tidak kira samada orang asli yang tinggal di hutan, ataupun di tengah kotaraya besar. Dengan naluri ini maka wujudlah agama agama yang banyak dimuka bumi ini. Naluri ini akan menyebabkan manusia akan cuba mencari sesuatu untuk disembah. Objek yang disembah itu pula mestilah sesuatu yang hebat dari objek objek lain. Contohnya penyembahan kepada matahari. Mereka menyembah matahari kera mereka menganggapnya hebat.

Setiap manusia pasti akan terasa adanya perasaan ingin meminta pertolongan kepada satu kuasa lain apabila berlaku sesuatu yang diluar kawalan diri manusia itu sendiri. Contoh paling mudah, dalam satu kapal terbang terdapat 200 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Tiba tiba juruterbang mengumumkan ada masalah teknikal dalam kapal terbang tersebut. Sememangnya semua yang berada dalam kapal terbang iu termasuk juru terbang tersebut tidak dapat melakukan apa apa untuk membaiki kerosakan tersebut ketika dalam penerbangan. Apakah tindakan mereka? Sudah pasti mereka mula berdoa kepada sesuatu yang mereka percaya yang dapat menyelamatkan keadaan. Ada yang menyilangkan salib di dada, ada yang menadah tangan memohon doa, ada yang merapatkan kedua dua telapak tangan sambil mengangguk-ngangguk dan mulut terkumat kamit. Ini semua membuktikan mereka semua percaya akan wujudnya suatu kuasa yang dapat merubah segala keadaan. Yang menyebabkan kepercayaan ini adalah naluri tadayyun tersebut.

Persoalan mengenai Hakikat Manusia

Kenapa tindakan atau perlakuan terhadap naluri ini berbeza antara manusia?

  1. Realiti
  2. ilmu
  3. akal
  4. Mafhum

Apa berlaku jika naluri naluri itu terpenuhi atau tidak terpenuhi

Adakah wujud satu peraturan atau tatacara atau manual atau rujukan bagi manusia memenuhi keseluruhan keperluannya?

1 comment:

Anonymous said...

Hakikat Manusia.... Naluri perasaan kecintaan Ketuhanan itu tetap ada, walau pun dia seorang Atheis. Seperti sesaorang Atheis dijatuhi hukuman gantong sampai mati, atau dihukum pancong putus kepala. Perasaan bergantong pada Tuhannya disaat2 akhirnya tetap ada, hingga bercerailah Nyawa dari Badan....