Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, May 25, 2007

Persoalan Manusia

Dalam entry yang lepas aku ada menulis tentang hakikat manusia dan persoalan yang timbul. Kali ini aku cuba nak huraikan tentang beberapa persoalan itu.

Persoalan pertama mengapa tindakan terhadap naluri-naluri yang wujud dalam diri manusia itu berbeza beza. Salah satu daripadanya adalah faktor Realiti. Sebagai contoh semasa kita umur belasan tahun kalau ditanya tentang keinginan kita, mungkin kita akan jawab kita nak beli motor, nak jadi mat rempit. Tapi bila dah bekerja kita nak beli kereta sebab nak main Drift kat USJ. Ini adalah kerana realiti pada waktu itu kita cuma nampak realiti untuk nampak best dengan menaiki motor. Kemudian ilmu, pada ketika kita rasa nak memiliki motor, kerana waktu itu kita cuma ada ilmu tentang motor, kita tahu teknik wilie yang kita belajar masa menungggang basikal, kemudian datangnya akal, bila realiti dan ilmu bertemu ia akan mencetus untuk akal menafsirkannya dan bila akal dapat menerimanya barulah ia akan mewujudkan Mafhum. Dengan mafhum lah yang sebenarnya akan menentukan tindakan terhadap naluri kita. Kenapa tidak makan babi? sebab ia telah menjadi mafhum dalam diri kita yang ia dilarang oleh agama Islam, sehinggakan akal mewujudkan rasa jijik walaupun kita baru menyebut perkataan "Babi". Kenapa ada orang islam berjudi sedangkan ia tahu akan berjudi itu adalah haram?, kerana haramnya judi itu masih tidak menjadi mafhum kepada dirinya.

Persoalan kedua, apakah yang berlaku jika naluri2 ini tidak terpenuhi? jawapannya amat mudah, tentu saudara pernah merasakannya. Bila naluri ini tidak terpenuhi kita akan rasa resah gelisah. Contohnya bila orang bercinta (Naluri Nau') bila ia tidak bertemu dengan kekasih hatinya atau dia tidak dapat mendirikan rumah tangga atas sbb tertentu, ini akan menyebabkan dia merasa gelisah, hatinya tidak tenang selagi ia tidak dapat mengahwini kekasih hatinya. Dan sebaliknya, jika ia berjaya memenuhi naluri tersebut, sudah tentu ia akan gembira, tenang dan puas.

Persoalan yang paling penting, Adakah wujud satu peraturan atau tatacara atau manual atau rujukan bagi manusia memenuhi keseluruhan keperluannya? Jawapannya semestinya YA. Islam adalah manual yang diturunkan oleh Pencipta manusia sebagai rujukan untuk mengatur keseluruhannya. Daripada bab makan, minum sampai buang air besar (Hajatul udhowiyah ) ada tatacara yang diajar dalam Islam, daripada sebelum kenal, berkenalan, berkahwin dan jika sampai bercerai berai atau mati (Ghorizahtul Nau)a da aturan2 yang telah diberikan kepada kita, begitu juga dari segi berkerja, berniaga, memerintah, belajar semuanya lengkap di ajar kepada manusia. Namun manusia yang tidak mahu menggunakan manual yang datang dari Maha Pencipta. Kita semua guna manual yang dihasilkan oleh kalangan kita sendiri. Logikkah manusia yang mencipta robot kemudian robot itu buat manual untuk dia sendiri? Logikkah kalau kita cipta kereta tapi kereta tu buat manual dia sendiri? Fikirkanlah.

Kenapa ini berlaku? sebab kita tidak mafhum tentang Yang Maha Pencipta. Kita diajar Rukun Iman tetapi kita tak diajar bagaimana memahaminya Rukun Iman. Fikirkanlah..

Wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

Logikkah manusia yang mencipta robot kemudian robot itu buat manual untuk dia sendiri? Logikkah kalau kita cipta kereta tapi kereta tu buat manual dia sendiri? Fikirkanlah.

Wrong analogy. Bapa cipta anak, tak semestinya anak lebih bodoh dari bapa.

Anonymous said...

Bapa tidak mencipta anak..

Anonymous said...

Bapak tidak mencipta anak..??
Bapak merangkak cari sarang anak.
Bapak hanya mengeramkan anak,
Ibuk pula yg menetaskan anak...