Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Thursday, January 29, 2009

Fikrah Dan Thariqoh

Dalam post yang lepas saya memberi pendapat tentang punca kegagalan parti politik Islam dalam usaha membangkitkan umat. Ia dapat disimpulkan bahawa kecelaruan fikrah dan thariqoh menjadi punca yang utama.

Islam bukan hanya sebagai agama yang dianuti. Sesuai dengan penakrifan Islam ialah Al-deen yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada Umat Manusia bagi mengatur segala urusan kehidupan iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan manusia lain. Maka Islam adalah sebuah idealogi yang mengandungi Fikrah dan Thariqohnya atau lebih senang difahami dengan Pemikiran Dasar dan Method perlaksanaannya.

Sebagai contoh, idealogi kapitalisme yang dalam fikrahnya terdapat "kebebasan individu" dan sebagai thariqohnya, ia mewujudkan Sistem Demokrasi di mana suara majoriti di ambil kira untuk menetapkan sesuatu hukum. Apabila fikrah digabungkan dengan thariqoh tertentu ia akan menjadi satu cara hidup. Oleh itu kita harus terima pada masa sekarang, dunia, termasuk umat islam sendiri sedang berada di dalam cara hidup Kapitalisme. Di mana slogan syang sering meniti di bibir umat islam bahawa "Islam adalah satu cara hidup" sedangkan cara hidup yang diambil adalah cara hidup kapitalisme?

Contoh lain, dalam fikrah Islam, riba adalah haram, namun apakah thariqah bagi melaksanakan pengharaman ini? Wujudkah undang-undang yang menghukum pengamal pengamal riba? Aktiviti riba diberi lesen oleh pemerintah untuk diamalkan. Adakah ini method yang disarankan oleh Islam? Inilah kecelaruan fikrah dan thariqoh yang saya maksudkan. Pemerintah pemerintah Islam ini tahu bahawa haramnya riba, jadi fikrahnya ada namun thariqohnya tidak ada. Pemisahan Fikrah dan Thariqoh ini yang tidak menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Ia hanya mengambil sebahagian dari takrifan Islam itu, iaitu ia mengatu hubungan manusia dengan penciptanya. Bila bercerita tentang Islam ia hanya berkisar solat puasa haji.

Oleh yang demikian, parti parti politik Islam harus memperbetulkan fikrah atau pemikiran dasarnya, serta thariqoh yang jelas dan Islami jika mahu melihat Islam kembali bertapak di muka bumi ini. Selagi ini tidak tercapai selagi itu kita tidak mengamalkan cara hidup Islam, kita hanya seorang muslim yang mempunyai cara hidup Kapitalisme, Komunisme atau sosialisme.

Wallahualam

No comments: