Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, January 4, 2009

Megah Tiada Dara

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Metro 4 Jan 2009


Pada saya ada lebih tepat jika tajuknya ditukar menjadi, "Megah melakukan zina". Permasalahan ini wajib ditangani, persoalannya bagaimana? Rata rata umat Islam mengaitkan permasalahan ini adalah permasalahan sosial. Pada saya permasalahan ini cuma salah satu simptom dari penyakit yang lebih besar. Walaupun usaha keras dilakukan untuk mengubatinya namun saya percaya ia tidak akan menemui kejayaan kerana penyakit asalnya tidak diubati. Sebagai contoh seseorang mempunya masalah paru-paru dan simptom dari penyakit init dia sering batuk batuk. Jika kita memberi ubat batuk kepada dia tentulah tidak memberi apa apa kesan kerana masalah sebenarnya ialah paru paru.

Justeru itu, apa yang kita patut lakukan ialah mengenal pasti punca asal permasalahan sosial ini. Salah satu puncanya adalah didikan agama. Kenapa didikannya tidak sampai walaupun sejak kecil diajar tentang hukum hakam, jadi ada masalah dalam sistem pendidikan kita. Katakanlah sistem pendidikan sudah baik, mungkin penerapan hukuman tidak dijalankan, jadi Sistem Perundangan/Kehakiman yang bermasalah. Tapi bagaimana hendak menerapkan hukum hukum Islam di negara ini. Ia agak mustahil kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dimana undang undangnya digubal oleh manusia tanpa merujuk nas nas yang sah. Hukum yang sudah temaktub didalam Al Quran pun masih dibahaskan dan dikira majoriti sebelum dapat dilaksanakan. Ini menunjukkan ada masalah besar dalam sistem pemerintahan yang diguna pakai. Selain itu wujudnya orang yang mempunyai ilmu dan kuasa tidak mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap apa yang telah di bawa oleh Rasulullah. Maka ada masalah dengan aqidah dan fikrahnya.

Inilah yang perlu dibuat oleh cendiakawan dan pemimpin pemimpin yang beragama Islam, iaitu menggali permasalahan asal dan beusaha kearah mengubatinya.

Wallahualam

No comments: