Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, January 31, 2009

Islam utk siapa?

Masyarakat di kebanyakkan negara yang memiliki majoriti penduduk yang beragama Islam mempunyai persepsi yang begitu bertentangan bagi persoalan "Islam utk siapa?" Bagi negara Malaysia atau di nusantara, Islam dianggap hanya kepada bangsa melayu. Di negara negara arab pula persepsi Islam itu hanya berkisar kepada bangsa arab sahaja. Inilah salah satu persepsi yang menyebabkan dakwah Islam di negara negara yang bermajoritikan umat Islam menjadi lemah. Kita lihat di Malaysia sendiri kaum cina yang beragama Islam amat sedikit. Ini kerana persepsi yang dibawa oleh umat Islam itu sendiri menjauhkan non-muslim berbangsa non-melayu ini dari ruang lingkup keislaman. Tidak seperti di US, umat Islam di sana adalah golongan minoriti dan mereka tidak mempunyai persepsi yang Islam itu milik satu bangsa tertentu, maka dakwah menjadi lancar dan bilangan non muslim yang memeluk Islam lebih ramai.

Berbalik kepada persoalan Islam untuk siapa. Berikut adalah 5 ayat Al-Quran berkaitan dengan persoalan ini :

"Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam." (Al Anbiyaa 107).

"Dan tiadalah Kami mengutus angkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Qs. Saba' 28).

"Al Qur'an adalah suatu peringatan untuk semesta alam" (Qs. At Takwiir 27 dan Al Qalam 52).

"Dan Kami turunkan Al Qur'an kepadamu (Muhammad) supaya engkau jelaskan kapada umat manusia, apa-apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka berpikir." (Qs. An Nahl 44).

"Muhammad bukanlah bapak salah seorang dari laki-laki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Qs. AlAhzaab 40).
Ayat-ayat di atas jelas menyatakan Islam bukan hanya untuk sesatu bangsa, ia adalah utk seluruh alam dan kepada seluruh Umat Manusia.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik non-muslim, Nabi Muhammad dianggap sebagai seorang pelopor kepada anti racialist:
"FourYears after the death Justinian or, A.D. 569, was born at Mecca, in Arabia the man who, of all men exercised the greatest influence upon the human race, Mohammed"

"4 tahun selepas kematian Justinian 560M, lahir seorang lelaki di Mekah,jazirah Arab,seorang yang kemudian mempunyai pengaruh sangat besar terhadap umat manusia, iaitu Muhammad".

(John William Drapper, M.D. LL.D.A., History of Intelectual Development of Europe, London 1875, vol. I, hal. 329)
Marilah kita sama sama buang persepsi yang salah tentang "Islam utk siapa?" ini. Kemudian barulah kita boleh mengubah persepsi non-muslim yang lain.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Islam utk siapa Islam utk ummat semesta alam itu jawaban.
Karena hanya AlIslam agama yg diredhoi disisi-Nya Tuhan.
Kapan Islam bermula semenjak Nabi Adam sudah diciptakan.
Dizaman Nabi SAW bagindalah pelengkap Islam kesempurnaan.
Firman Tuhan bahawa Nabi Muhammad SAW itu tidak diutuskan,
melainkan baginda Nabi pembawa Rahmat seruan semesta alam.
Sepeninggalan Nabi ummat Islam ranap dilanda Fitnah Zaman.
Hingga Dunia Islam terperangkap Fitnah Dajjal Akhir Zaman.
Allah bangkitkan Imam Zaman Penyelamat Ummat yg dinantikan..