Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, January 4, 2009

Boikot terus produk Yahudi, AS

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Generasi muda digesa memboikot secara berterusan produk berkaitan syarikat Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) yang mendalangi kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu mesti membuang tabiat mengagung-agungkan produk AS yang merupakan sekutu rapat Israel itu.

"Tindakan pemboikotan itu mesti dijalankan secara berterusan kerana usaha untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak pernah berhenti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan 4 Jan 2009

Pemboikotan bukanlah jalan penyelesaian yang baik, namun boleh dilakukan.

Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam dan membunuh umat Islam, maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang-ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Microsoft masih terus digunakan, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya. Pada masa yang sama barangan dan produk2 ini masih dibenarkan masuk ke negara negara Islam.

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti demokrasi, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme, sistem perbankan riba dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina dan memerangi Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk keangkuhan dan keceluparan sang kafir yang meemerangi Islam dan menghina kitab suci Al-Quran. Inilah perintah dari Allah SWT,

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong” [TMQ at-Taubah (9):73-74].

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri” [TMQ at-Taubah (9):29].

1 comment:

Anonymous said...

Dalam alQuran telah menerangkan dengan panjanglebar bahawa puak yahudi ini adalah musuh utama kepada umat Islam sehingga kiamat.

Untuk itu inilah masanya untuk kita semua umat Islam seluruh dunia MEMBOIKOT SEHINGGA KIAMAT semua produk zionis Yahudi ini kerana selama ini ekonomi dunia Islam telah dimonopoli oleh mereka melalui agen-agen negara sekutu mereka diseluruh dunia.

Selama ini umat Islam masih bersabar dan bertolak ansur terhadap produk sekutu zionis ini tapi memandangkan ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama kanak-kanak dan kaum wanitanya terus dibunuh maka umat Islam selaku saudara Islam sedunia tidak lagi menerima lagi bermacam alasan yang diberikan oleh pihak zionis ini.

Jihad kita sekarang bukan bertempur dan berperang dengan tentera laknatullah ini tapi kita semua berjihad dengan memerangi hawa nafsu umat Islam dari terus membeli dan mengagongkan jenama produk zionis dan sekutunya di seluruh dunia Islam mulai sekarang juga.

Tepuklah dada tanya iman bukan tanya selera. Berfikiran positif dan muhasabah diri bagaimana cara terbaik hendak keluar dari kancah perjuangan hidup ini kepada sesiapa yang ada bekerja dan berbisnes dengan pihak zionis dan sekutunya selama ini.

Mohon kepada ALLAH SWT dan bertaubatlah sekarang jika ada yang telah tersilap langkah dalam hidup ini kerana dunia sudah akhir zaman Akhiratlah jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dalam alQuran ALLAH SWT ada berfirman " TIDAK BERUBAH SESEORANG ITU KECUALI DIRI MEREKA ITU SENDIRI YANG BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MERUBAH NASIB HIDUPNYA".

Akhirkata BERUSAHA...BERDOA...BERTAWAKKAL kepada ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MAHA MENGASIHANI...wallahualam.