Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, November 12, 2008

Kewangan Islam perlu bukti kemampuan jadi alternatif

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sektor kewangan Islam membuktikan kepada pasaran global bahawa sistem itu mampu benar-benar menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional.

Beliau berkata, untuk itu, mereka yang terlibat dalam sistem ini tidak boleh sama sekali berada dalam zon selesa atau berbangga secara berlebihan, sebaliknya perlu terus menilai keupayaan sebenar.

''Adakah kita benar-benar mencapai tahap sebagai sistem alternatif atau adakah kita hanya lebih kepada menyerupai sistem konvensional yang telah lama bertapak kukuh?

''Kita mesti buktikan kepada pasaran global bahawa sistem kewangan Islam adalah sistem yang benar-benar mempunyai ketahanan dan berdaya maju untuk menjadi alternatif,'' katanya.

Utusan 12 Nov 2008

Jika sesuatu sistem itu benar mengikut syariat dan bersandarkan nas yang kukuh sebagai umat Islam wajib mengambilnya tanpa ragu. Tidak ada istilah ia sebagai sistem alternatif kerana ia satu satunyayang ada jika perbandingan itu dilakukan dengan sistem yang jelas kufur. Malangnya kenyataan "Sistem alternatif" ini terkeluar dari seorang pemimpin yang beragama Islam dan mengatakan negara yang diterajuinya adalah Negara Islam. Sepatutnya beliau mempertahankan sistem tersebut sebagai satu satu sistem yang akan berjaya kerana ia berlandaskan syarak.

Wallahualam

No comments: