Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, November 5, 2008

Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pergerakan Putera dan Puteri UMNO menggesa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim segera membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menyentuh isu ketuanan Melayu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, Zaid perlu membuat permohonan maaf secara rela hati tanpa memanjangkan isu itu.

‘‘Meminta maaf adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu, lagipun beliau memang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga menyebabkan hati kaum sendiri terluka.

“Sebaliknya, beliau perlu sedar bahawa gelaran menteri yang pernah disandangnya sebelum ini, selain kelebihan dan kesenangan yang dimiliki kini adalah hasil daripada sistem ketuanan Melayu itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Zaid yang menyifatkan konsep ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada bangsa Melayu.

Utusan Malaysia 5 Nov 2008

Semakin hari manusia makin sedar akar kesilapan mereka. Pada pendapat saya kenyataan Zaid itu ada benarnya atau lebih tepat lagi, "konsep ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada umat Islam.

Saya tidak merasa terluka dengan kenyataan tersebut kerana sesuatu yang benar itu kadang kadang agak pahit utk didengar. Kita sepatutnya menerimanya secara terbuka dan mencari kebenaran dalam kenyataan tersebut.

Saya ingin komen tentang kesenangan yang dikatakan adalah hasil daripada konsep ketuanan melayu. Pada saya ia bertentangan dengan aqidah kita yang meyakini Qodo' dan Qodar.

Wallahualam.

No comments: