Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, November 9, 2008

Krisis ekonomi lebih mencabar dari 1997

PUTRAJAYA 8 Nov. - Krisis ekonomi yang dihadapi dunia hari ini sebenarnya jauh lebih mencabar berbanding apa yang berlaku pada 1997, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia ketika krisis ekonomi 1997 hanya mengalami penurunan nilai mata wang ringgit, manakala krisis yang menimpa dunia sekarang pula menyaksikan keruntuhan sistem kewangan, pasaran dan perdagangan antarabangsa.

"Tidak ada seorang pun yang dapat selesaikan masalah ini dengan sendirinya, Amerika Syarikat sendiri teragak-agak untuk mencari jalan penyelesaiannya.

"Mereka cuba selamatkan pasaran dengan menyuntik AS$700 bilion, tetapi pasaran menjunam juga. Selepas Barack Obama menang sebagai Presiden, pasaran menjunam lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ekonomi kapitalis sedang menuju kehancuran. Hanya satu cara untuk mengukuhkan ekonomi dunia iaitu dengan menerapkan sistem Ekonomi Islam. Kembalilah ke jalan yang diredhaiNya.

Klik sini untuk bacaan lanjut :
Kehancuran Kapitalisme

Wallahualam

No comments: