Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, November 9, 2008

Pengkid cabar fatwa

KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.

“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.

Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa.

Menurut Win, pengharaman itu hanya sekadar di atas kertas kerana pihak berkuasa sukar mengambil tindakan, terutama dalam membezakan sama ada seseorang itu pengkid atau tidak.

Harian Metro 9 Nov 2008
Dimana letaknya pegangan akidah umat Islam sekarang? Sudah lah bila nak berbuat sesuatu tidak mengkaji dulu sama ada ia perkara yg dilarang atau tidak oleh Islam, dan bila ulama mengeluarkan fatwa ada yang cuba mencabar. Sedarkah kita ini akan mati? Kita akan dihisab oleh Allah satu hari nanti. Beringatlah...

Wallahualam...

No comments: