Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Wednesday, November 26, 2008

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia 24 Nov 2008
Inilah yang terjadi jika kehidupan dan agama dipisahkan. Islam adalah satu satunya agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ia bukan sekadar mengatur hubungan manusia dengan penciptaNya. Islam adalah Deen yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulnya Nabi Muhammad bagi mengatur hubungan manusia dengan PenciptaNya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakat.

Sesebuah masyarakat yang berbeza budaya dan agamanya mempunyai Hadharah dan madaniyah tersendiri. Hadharah adalah produk atau symbol atau amalan sesebuah masyarakat yang terbit dari pemikiran, ideologi, agama yang dianutinya. Cth produk hadharah adalah seperti patung patung Buddha. Cth simbol yang hadharah adalah seperti salib, khat Allah dan sawastika. Cth amalan hadharah ialah seperti upacara menyembah berhala, memasang colok, sistem riba dan lain-lain.

Madaniyah pula lebih menjurus kepada produk umum seperti kereta, baju dan produk-produk teknologi yang lain. Ia bukan sesuatu yang terbit secara langsung dengan pemikiran dan aqidah sesuatu masyarakat. Sebagai contoh jubah putih yang dipakai oleh orang arab dengan baju melayu yang dipakai oleh orang orang melayu.

Islam melarang penganutnya mengambil sesuatu yang hadharah namun membenarkan perkara perkara yang madaniyah selagi ia meliputi batas batas nas yang telah ditetapkan. Sebagai contoh seluar jeans, umat islam lelaki boleh menggunakannya kerana ia masih dalam batas batas nas iaitu nas menutup aurat bagi kaum lelaki. (Pakaian seperti pakaian paderi adalah hadharah kerana ia secara langsung mencerminkan penganut Kristian). Bagaimanapun kita tidak diharamkan menggunakan kereta yang dikeluarkan oleh orang kafir kerana ia tidak ada kena mengena langsung dengan pemikiran/aqidah sesuatu agama yang dianuti.Berbeza dengan hadharah yang mana ia secara langsung merujuk kepada pemikaran atau aqidah seesuatu kaum dan agama. Sebagai cth hiasan berbentuk salib, walaupun mungkin dengan alasan sekadar perhiasan ia tetap dilarang oleh Islam.

Jika Yoga itu terletak dibawah hadharah agama hindu, maka ia adalah sesuatu yang HARAM diterima oleh umat Islam.

Wallahualam.

P:S Jika pembaca yang lebih arif dan ingin memasukkan nas nas, sememangnya saya amat mengalu alukan.

No comments: