Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Saturday, November 8, 2008

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan 8hb Nov 2008

Apabila hidup ini berlandaskan Akidah Islam, maka keredhaan Allah akan menjadi matlamat kehidupan. Untuk mencapai matlamat tersebut mestilah keberadaan di landasan yg ditetapkan iaitu melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Namun, apabila hidup ini berlandaskan Akidah Kapitalis, maka nilai kebendaan serta manfaat diri menjadi matlamat kehidupan. Apa yang dilakukan dianggap baik selagi ia membawa manfaat kepada diri sendiri "matlamat menghalalkan cara".

Jadi renungkanlah... landasan manakah yang sedang kita berada sekarang?

Wallahualam.

No comments: