Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Friday, November 21, 2008

Perbankan Islam mampu tangani krisis kewangan

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Perbankan Islam tidak harus dipinggirkan sebagai salah satu penyelesaian berpotensi bagi menangani krisis kewangan semasa dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, mereka yang melaksanakan sistem kewangan sedia ada berada dalam penafian dan enggan mengakui bahawa sistem mereka salah dan terdedah kepada penyelewengan.

"Mereka cuba untuk membaiki masalah dan menyelamat ekonomi dunia dengan sistem sedia ada, tetapi ia diibarat seperti tidak melakukan apa-apa," katanya.

Utusan 21 Nov 2008

Sedikit demi sedikit manusia mula sedar bahawasanya Islam adalah penyelesaian dalam permasalahan kehidupan manusia. Walaupun dahulunya mereka ini begitu mengagungkan Sistem Kapitalis. Namun mungkin umat Islam yang sedar akan hal ini perlu memastikan bahawa kesedaran yang timbul itu mungkin bukan kerana keyakinan terhadap suruhan dan larangan Allah, mungkin ia cuma nampak manfaat pada realiti yg berada didepan mata. Mungkin satu hari nanti mereka akan balik ke Sistem kapitalis apabila nafsu ketamakkan timbul didalam hati mereka.

Sebagai umat Islam kita wajib melakukan apa sahaja yang menjadi perintah Allah dan meninggalkan apa saja yang dilarangNya. Cth terbaik adalah Allah mengharamkan umat islam memakan babi. Walaupun jika dikira dengan membeli daging babi mungkin ia lebih menjimatkan dari segi kewangan yakni ia bermanfaat dari segi kewangan, namun kita sebagai umat Islam tetap tidak akan memilih babi sebagai hidangan. Sepatutnya hal yang sama berlaku dalam urus niaga bank yang hampir 99% berasaskan riba. Riba diharamkan oleh Islam jadi kita haram berurusniaga jika wujudnya unsur riba walaupun pada pendapat kita urusniaga itu ada manfaat kewangan bagi kita.

Wallahualam.

No comments: