Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

Sunday, November 16, 2008

Khutbah: JAIP siasat imam

KUANTAN 15 Nov. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menyiasat tindakan seorang imam yang dikatakan menyalahgunakan khutbah Jumaat untuk menghentam kerajaan di Masjid Keratong 4, Rompin, semalam.

Pengarah JAIP, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata, jawatankuasa masjid tersebut juga boleh dikenakan tindakan jika memberi kebenaran 'orang luar' membaca khutbah tanpa menggunakan teks yang disediakan oleh Jabatan Mufti negeri.

Menurut beliau, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi mengetahuinya menerusi akhbar.

''Jika ada bukti yang kukuh, kita akan ambil tindakan kepada semua yang terlibat dalam kejadian itu termasuk jawatankuasa masjid berkenaan.

''Sekiranya yang membaca khutbah itu merupakan imam yang dilantik, kita akan lucutkan jawatannya jika terbukti bersalah," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan 16 Nov

Masjid dahulunya, di zaman Rasulullah menjadi satu pusat pemerintahan. Di samping itu ia menjadi satu tempat untuk menuntut ilmu. Malah ia juga dijadikan markas utama tentera bagi membincangkan startegi perang. Fungsi masjid bukan sekadar tertumpu kepada ibadah khusus seperti solat dan lain lain. Ia sepatutnya menjadi satu tempat dimana umat islam berurusan bagi apa jua urusan. Jika ia dijadikan tempat menegur pemerintah, ia juga adalah wajar.

Mimbar jumaat adalah salah satu tempat untuk menegur atau memperingati jemaah yang hadir. Saya agak tertarik dengan isu khutbah ini. Boleh dikatakan semua masjid yang saya pergi akan menggunakan teks yang sama. Tapi yang sedihnya biasanya isi kandungannya amat tidak releven.

Saya juga kurang menyokong jika ia dijadikan tempat menghina orang. Tapi jika apa yang dicakapkan itu berbentuk teguran ia sepatutnya tidak menjadi masalah. Jangan kerana kita ditegur kita terus menganggap diri kita dihentam. Kaji apa yg diperkatakan. Muhasabah diri dan berusaha untuk mengubahnya, itukah jalan yg patut diambil.

1 comment:

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam ajaq..

jalan2 la ke blog saya..